Selasa, 20 Disember 2011

Manis vs Pahit


MANIS vs PAHIT…

Wah..bestnya, tak lama lagi kita nak melangkah ke Tahun Baru 2012!!! YuhOOO…
Walaupun tahun depan angka usia aku paling last “2” di depan..pastu pangkal “3” lak..hmmm tak pe lah, apa ada pada umur..semua org akan tua… aku tak de rasa ape2 pun…hihihi

Sepanjang tahun 2011 ni, korang mesti banyak simpan peristiwa manis & pahit… ada yang sengih je, ada yang mcm blur2 je…ade yang kata huh! Serupa je mcm tahun2 dulu je hidup aku..tak de benda yang berubah pun..(mungkin saiz badan kut) hihhi J

Biasa lah, mana ade manusia hidup sentiasa manis…tak de pahit2..dan tak de manusia dlm dunia nih asyik2 pahit je yg datang…tak de yg manis lak…bak kata org hidup mcm roda..(aku dah rasa hidup mcm roda..memang betul pun)

Cuma azam & kesabaran yang membezakan kita semua. Ade org tak tahan cabaran, terus blah sebelum berjuang….jenis org camnih, mungkin belum cukup dugaan yang berat2 lagi dlm hidup dia..maybe jugak dah terlampau lama hidup senang…jarang2 rasa susah.

Terkenang plak aku, kisah cikgu aku dulu…cikgu aku ni kategori org senang jugak walaupun anak dia ramai…sbb dia rajin, mcm2 keja dia buat. Tanah sekangkang kera pun leh jadi kebun sayur..subur plak tuh. Yang lawaknya, cikgu aku ckp, bila sayur dah cukup matang, dia pun mulalah buat aktiviti petik-memetik…pastu korang nak tahu dia ajar anak2 dia rasa susah…sayur2 tu tadi dia masukkan dalam bakul & suruh anak sulong & anak kedua yang skolah rendah tu pegi jual keliling taman tu. Bukan nak suruh laku pun, tapi suruh rasa susah..nnt bila dah besar, perkara mcm ni akan jadi guru yang paling bermakna.

Skang nih aku tengok, anak2 cikgu aku nih semuanya berjaya2 belaka. Suka aku tengok hidup dia. Cara dia mendidik anak, tak sama mcm org lain, dia ade pendekatan dia sendiri..mungkin ikut cara dia kecik2 dulu kut.

Tahun depan, aku sendiri tak tahu apa azam aku…hmmm mungkin nak lulus periksa jer lah…hihihihi. Agak2nya kalo buat buku mcm diari tu pastu, kira kan yang mana perkara manis, mana perkara pahit, mana paling banyak eh…???

Hahahah..cepat kira cepat kira!!! J

Khamis, 15 Disember 2011

KISAH GILER...


Kisah gila… J
Nak jugak MyKID “04”

LOKASI: 2 buah negeri yang berjiran
MASA: Pukul 9.15 am
ORANG TERLIBAT: Aku & Mr Suami

Aku tak pandai nak mulakan citer. Tapi kalau aku dah berciter,  penuh semangat  bunyi nyer…(bak kata kawan aku masa kat hostel dulu).Citer ni akan menjadi pengalaman manis+gila dalam hidup sewaktu aku tgh sakit nak bersalin. Bukan citer pengalaman nak bersalin, tapi suasana sewaktu tengah sakit tu.

Time aku preknen anak ke3 dulu, Mr Suami ada tanya nak pantang kat mana?...aku pun jwb nak berpantang kat rumah mak aku sendiri..(anak sulong & kedua pantang rumah mertua). Tapi Mr Suami tak kisah pantang mana2 janji dua2 sihat, tapi yang dia x bleh nak kompromi dia nak anak2 dia semua lahir kat Melaka..(Hospital Besar Melaka). Tak tahulah apa yg dia suka sgt, tapi aku selesa kat situ. Katanya Melaka dah maju…(shopping complex banyak) suka2 J

Aku pun mula bercuti kat kampong aku di Tampin. Suami pun amik lah cuti jugak. Aku ni sebenarnya menetap dgn kluarga mentua aku kat Jelebu, Negeri Sembilan. Maka, berbondong2 lah satu kapal tongkang beg masuk rumah aku kat kampong…macam pelarian aku rasa. Yang bestnya, aku dah nak tunggu hari pun, sempat lagi jalan sana jalan sini. Ke mana lagi kalau tak jalan2 habiskan minyak keta kat Melaka. Penah satu hari 2 kali pergi balik ke Melaka, pagi skali & malam skali…semata2 nak makan kuih pau panas kat Restoran Jejantas tuh..(Ni belum tahap gila lagi) hihihi ade lagi…

Kisah paling gilanya bermula hari sebelum aku bersalin, lebih kurang seminggu aku duk kat Tampin, tapi still tak de tanda2 nak bersalin, jadi aku pun decide dgn Mr Suami nak balik Jelebu kejap utk amik baju2 kain batik aku yg masih tertinggal di rumah mertua aku. Jadi, bila dah balik petang…aku pun tidolah satu malam kat rumah mertua. Plannya nak balik ke Tampin smula pagi2 esok..

Maka, masuklah hari Jumaat 9/9/2011…(masih di Jelebu lagi) pukul 9.15pagi aku dah mula rasa tak sedap perut, keluarga mertua aku semua tak ada kat rumah..pegi mana ntah..tak ingat lak. Aku pun terus bagitau kat Mr Suami yang  masih tido keletihan bawa keta smalam dari Tampin-Jelebu.

Dengan sepantas kilat, capai sana capai sini..(brg2 yg belum bawa masuk keta), dlm sakit2 tu Mr Suami bleh buat lawak sengal..dia bleh tanya bleh tahan lagi ke?..nak bersalin sgt ke?..aku senyap jer. Cuma mengangguk jer lah.

Aku pun cakap, kita cancel jerlah nak bersalin kat Melaka kali nih, hntar aku bersalin kat Hospital Jelebu jer lah…tu yg dekat 10km lebih je di saat kritikal nih… Muka dia dah mula masam..apa taknya, hajatnya nak dptkan MyKID “04” akan berkecai jadi “05” lak… sbb aku nak bersalin kat Jelebu,n9.

Dengan tekad penuh azam, dia pun tawakkaltu jer memecut laju keta ke Hospital…dlm perjalanan tu aku ingat kan menuju ke Jelebu..rupa2nya keta meluncur laju arah ke Seremban. “Awak nak saya bersalin kat Hospital Seremban ke?” dia just ngangguk jer, kata dia selamat sikit, facilities & pakar ade kalo ade ape2 contraction. (more or less dlm 27km ke Seremban dari Jelebu)

Aku pun dah malas nak layan..baik aku layan si kecik yg nak kuar ni..sesampai saja kat Seremban, dia tanya lagi sakit ke tidak, bleh tahan ke?..aku pun jawab leh “tahan jugak lah sakitnya”..time tu dah pukul 11 pagi tak silap aku..

Agaknya dgn hati yang hampir kecewa, dia pun kata “Time camni parking kat Hospital Seremban susah, lagipun saya tak tahu nak letak awak kat mane?.”.. Hati aku ni dah panas dah. Sakit lagi, parking x der lagi, nasib baik Hakim aje yg ikut, Hannah ikut pak mertua aku jalan2, kalo tak lagi bertambah serabut paler time nih.

Bila dah malas nak fikir panjang, Mr Suami pun terus menuju masuk ke highway utk balik Tampin (utk tukar keta dgn ayah aku) sbb keta aku bergegar kalo bawa laju2… Mak aku mcm tak percaya aku nak bersalin kat Melaka jgk dlm keadaan mcm tu…tapi mak aku sempat bagi air masak kat aku..(ntah apa dia baca agaknya aku rasa sakit kurang sikit dari tadi) ..

Mr Suami pun dapat keta, tekan minyak mcm air…destinasinya ke Hospital Melaka..nasib lah traffic tak brapa nak jam..fhm2 jerlah dah dekat pukul 12tghari..hari Jumaat aku nak bersalin, org nak balik keja, budak sekolah nak balik…tgh2 aku menahan sakit dlm keta, kat traffic light, bleh lak berselisih dgn ambulan pun bawak org sakit jgk…(tapi tak de lah siren)..pemandu ambulan nmpk aku tgh sakit nak bersalin, dia bagi Mr Suami jalan dulu..(mgkn time nih pemandu2 lain pelik..ambulan bagi keta aku jln dulu)..

Akhirnya……

Tepat pukul 1.23tghari, Hajat Mr Suami nak MyKID anak ke3 dia “04”..alhamdulillah tercapai jua…(dlm hati, taubat aku tak nak berjalan dah kalo due dah dekat)

Mr Suami pesan, dia akan menyesal seumur hidup kalo hajatnya tak kesampaian nak anak2 dia semua lahir kat Negeri Hang Tuah tu, biar MyKID semuanya “04”…
(insyaAllah bertuah semua anak2 mama)
Rezeki koranglah dapat papa mcm tuh…:P

(2 HAJAT AKU TERCAPAI JUGAK)
1)   Aku suka tarikh 9/9/11…mcm 911
2)   Aku nak susun masa lahir dari anak aku yg sulong sampai ke no 3 mmg ikut turutan 1-8 (hannah lahir pukul 8.07malam, hakim 6.54pagi, hayfa pukul 1.23tghari) kan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 , 8….hihihi


Rabu, 14 Disember 2011

MAK OII..SEKSINYER CIK "ABANG"!!!!


MAK OIII….SEKSINYER CIK “ABANG”!!!!
LOKASI : Tempat bas “lepak” kat seremban
Masa: Pagi lagi masa tuh…tahun 2003
Orang terlibat: Aku & adikku

Alkisah purbakala…hmmm

Kisah ini adalah reality, bukan fantasi @ aku reka2 (tak pandai reka citer lah)..kisah ni adalah kisah manis ada pahit sikit pun ada jugak…tapi paling banyaknyer unsur lawak…:P

Aku tak berapa ingat time tu aku gi sana nak beli apa..tapi aku pepagi lagi dah kuar dgn my sister (Dikna).. Jauhnye dari rumah aku ke bus station tu adalah lebih kurang sejam perjalanan kalo naik bas lah, kalo naik keta…hmm 40 minit bley sampai kut..

Ntah camner aku nak kongsi ngan korang citer hampeh nih. Lepas beli roti & air kat kedai tepi2 bus station tu, aku & dikna pun decide nak masuk terus ke pusat beli & blah tuh..tenmpat ni memang famous kat Seremban suatu masa dulu..port dating org cakap..yer kuut???

Nak dijadikan citer, aku tengok orang time tu baru nak masuk keja..yang cleaner nyer sibuk mengemop lantai lah..yang pak guard nye sibuk menjaga pintu (loading & unloading bay ) yang tauke kedai nye..ada yang dah sampai..ade yang baru nak tarik selimut turun katil…(belum buka kedai lerr)

Tapi rata2 nya, Cuma satu dua kedai je baru nak buka pintu…tauke pun belum melangkah masuk lagi..tup2..tengah jalan punya jalan cari tempat seswai nak duduk tu..tetiba ntah dari mana datangnya sorang errr…mak nyah (kompom lelaki) dengan baju baju (baju ke?..tak seswai baju…bikini kut) turun eskulator dengan selamba badaknya..(ala2 gaya pandalela renong berjalan nak terjun kolam)..Memang selamba giler!..memang betul dia pakai bikini yang ade rambu-ramba warna hitam..yang paling tak kuasa aku nak tengok..siap spek mata selit kat rambut, & bawa hand bag kulit.. you!!! Turun eskulator (yang belum “on” lagi) macam model kelas pro kasut tumit tinggi…kalau tergelecek… huh, entahlah..terlekat lah kau kat celah tu…


Terpegun dengan kesasaan yang langsung tak menawan tu….adik aku bleh gelak punya kuat lepas tercengang 2 minit..saksi kejadian time tu 4 orang saje dalam pusat beli& blah tuh..aku, dikna & 2 orang sahabat lelaki (budak sekolah menengah kut outing)….diorang pun bekerjasama dgn kitorang gelakkan mak nyah giler glamour tu…tak sanggup aku nak tgok lelama..malu pun ade, agaknya….terlebih suntik hormone. Aku pun memula takut nak gelakkan si maknyah nih, mane lah tahu kut2 dia hentam ngejar aku keliling kat situ…tak pasal2 dapat “Hajah shopping mall”…J

8 mata saksi kejadian tak kelip2 memandang mak nyah nih sampai lah dia hilang turun tangga..ntah nak pi mana… Lepas je, insiden gile tu berlaku…dikna bleh tanya lagi..orang tu betul2 gila ke apa?..bleh pakai baju camtu sensiang buta, dressing macam masuk modeling contest…SALAH SIAPA???

MORAL: kalo nak ngelak panas pun…jgn lah pakai baju bikini tgh khalayak ramai…dah lah cik “abang” yang pakai…loghat sungguh.. (La ni aku tak jumpa dia dah…dah berjaya masuk modeling contest kut?, tak pun ratu universe utk Mak nyah)…huhuhu

Selasa, 13 Disember 2011

KAU TANYA AKU SIAPA PULAK???



LOKASI : BILIK BERADU
MASA : 12.30 MALAM
ORANG TERLIBAT : AKU SORANG JE KALI NI…

Kenapa ek bila aku nak tidur je, ade je “benda2” datang mengacau..dah lah smalam aku amik cuti hantar hayfa gi klinik, ingatkan malam bleh lah aku tidur tanpa sebarang gangguan emosi @ mental, rupanya ade jugak “panggilan hangit” dari minah hindon..(aku rasa byk gak entri aku sub nama hindon nih) J
Tengah2 mata melayan nak terlelap, bleh plak hp aku berbunyi…(masa ni tak marah pun lagi, tkt2 ade emergency call ke 12.30 malam).. anak2 yang baru nak tido sumer celik on the spot..sumer naktahu sapa call mama mlm2 buta nih…
Aku pun angkat & tanyalah sapa yg call nih..pastu bleh lak dia Tanya aku balik, siapa nih?..errmm lebey kurang camni lah conversation aku ngan minah hindon nih…
Aku: Hello..sapa ni?..(aku tgok nombor aku tak kenal..)
Minah: Hello..Ria, aku ni…boleh kamu tolong saya nggak?
Aku : (Masih blur2 lagi)… Hah?! Sapa Ria?..saya bukan Ria…
Minah: (Degil & tak percaya)..Eh, ini no Ria kan?..kamu ini Ria nggak?
Aku: Nggak..(dah terikut loghat dia lak) Saya bukan Ria..
Minah: (lagi lah tak percaya bila terdengar aku sebut loghat dia)..Eh..kamu ini Ria kan? Cakap yang benar..
Aku: Lorr..udah dibilang kan..saya bukan Ria.. (semakin hangat nampaknya panggilan hangit versi hindon nih)
Minah : Hmm..kalo kamu bukan Ria, udah kamu ini siapa?
Aku: Kamu yang nelpon saya..kamu Tanya siapa saya? Kamu ini siapa?
Minah: Terus mematikan panggilan…(agaknya mungkin dia masih ingatkan aku ni Ria yang dia maksudkan…dan nak main2kan dia.)
Tapi nada dia ni, memang betul2 nak minta pertolongan…kesian lak aku dengar suara dia..dari suasana yang aku dgr latar belakang tmpat dia bercakap tu masih bising lagi dgn suara orang, keta, motor dsb nya…
Selang 5 minit sekali pastu dia call, bertanya betul ke aku nih bukan Ria..(nak aje aku jawab aku nih bukan Ria, tapi Riang Ria cuti Sekolah)..ish..rimas plak aku. Last call nak dekat pukul 1 pagi tak silap aku..lantak dia lah..
Yang anak2 aku, bila dah tak dapat nak tido dek bunyik henpon aku yang terderit2 tak sudah2 tuh…langsung bertanya, siapa yang call Mama?..(time nih Hannah & Hakim dah duduk dekat2 ngan aku sbb takut, pengaruh citer hantu lah nih)…
Yang buat aku tergelak tuh, Hannah leh jawab, “Mama, entah2 hantu call mama malam2 ni tak?”… Apalagi, bila si Hakim dgr je perkataan HANTU kluar, terus dia amik selimut, bantal tido sbelah aku, dah berebut2 2 org ni nak tido sbelah…& untuk sekian kalinya..AKU START BUAT OT MEMBEBEL DI PAGI BUTA….



Jumaat, 9 Disember 2011

Bac

kalau sesapa tgh cari backgroun blog...cari kat sini..aku tgok cantik2 jugak...

http://dottydotdotdesign1.blogspot.com/

LAWAK DI MALAM SEPI...


Malam tadi punya cerita..
Tempat kejadian : Dapur rumah mertua aku
Waktu kejadian : Lebih kurang pukul 9 lebih-lebih skit…
Orang2 yg terlibat : 2 org jer…
Lepas maghrib smalam, aku & Mr suami pegi la kedai beli lauk mentah nak masak utk hari ni (sng skit balik trus panaskan aje)
Balik dari kedai tu, tidurkan Hayfa dulu..bila semua under control, barulah aku memulakan tugas memasak.
Yang aku suka time masak ni, Mr suami mesti suka mengacau (ntah hapo2 eksperimen yg dibuat kat dapur) nak bukak lab sndri modal tak besar J
Bila dah siap cincang ayam, sayur, masak air panas aku pun masuk ke bilik kejap sempat lagi jengah hayfa yg tgh sedap sgt tidur…(time ni Mr suami masih lagi menjalankan eksperimennya di dapur) aku sndri pun tak tahu apa dia buat..kdg2 aku tgok mcm dia main masak2 plak. Nasib baiklah anak aku yg 2 org lagi tu tak turut sibuk kat dapur…
Hayfa masih tido lagi, lauk aku masih terjerang panas tapi tak tutup api pun saje bagi kaw2 punya rasa..:) tgh tggu lauk masak tu aku pun bancuhlah doh biskut susu. Time ni aku tgok Mr suami tgh tekun benar masak sup kentang dia..(hihihi sempat lagi aku curi skodeng dlm periuk dia..hmm sedap gak, rasa nya wallahualam)  
Aku pun tgok tv jap sambil bagi hakim makan malam. Tetiba….aku terkejut beruk+cemas+panic skit2 bila Mr suami terjerit minta tolong kat dapur..(korang tau jelah mcm mana suara lelaki minta tolong kan….)
Tanpa toleh kanan kiri lagi..aku pun terus berkejar-kejaran ke dapur nak tgok apa yg dah jadi dgn Mr suami sampai menjerit minta tolong.
Mulanya, aku ingat kan dia nak marah ke aku lupa tutup api dapur rupa2nya….
Aku terperanjat+nak marah bila tgok api menyambar keluar dari oven, aku tgok Mr suami lintang pukang kluarkan tray oven tu..mak oiii!!! Dulang oven terbakar, dalam oven pun hitam melongot…nasib baik plug dah dimatikan.
Mr suami aku tgok terkial2 mencampak tray panas tu ke lantai (api masih menyala lagi kat tray)..aku tak sempat nak bertanya nape jadi mcm tu, (ni result eksperimen tak jadi lah ni)..sbb dok mengibas2 baki api yg masih degil nak padam..aku tgh marah dlm hati lagi nih..terus aku campakkan tuala basah atas tray tu…berkepul asap meledak ke siling. Nasib baik insiden eksperimen Mr suami “bakar oven” tak dilihat oleh sesapa mlm tadi.. kalu tak!!!! Adoiiiiyaiii…..
Bila api dah padam aku pun spontan Tanya, apasal jadi mcm tu?
Dgn slumber dia jwb, “Tadi nak bakar ikan…(aku start terliur bila sebut ikan bakar) agaknya tray tu berminyak tak dibasuh ntah sapa2 guna.. terus bara tu menyambar minyak kat tray tu yg api kluar dari oven..saya terus jerit minta tolong awak…”
Hmm nak marah pun bkn salah dia…aku tgok tray tu mmg berminyak pun.
Tapi tetiba aku nak marah semula bila aku tgok atas pembakar kuih tu bukan ikan siakap ke, jenahak ke , kerapu ke & ntah hapo2 lagi..tapi IKAN MASIN!!!
IKAN MASIN yang nak dibakar masuk oven????...(patutlah Mr suami tersorok2 apa yg dia nak buat sejak tadi..)
Moral:..(sapa hitamkan oven..sentallah sendiri sesedap rasa..tak dapek den nak nolong doh…)

Khamis, 8 Disember 2011

Teringat pulak aku tentang kisah ni...

              Dulu lah sebelum aku keja gomen ni, aku keja kat satu syarikat maintenance di WISMA PERKESO. View nyer dari tmpat keja skang mmg lain sgt, dulu aku diajar mcm mana nak keja dgn technician2 lelaki, kontraktor2 yg keras kepala, dan seluruh bahagian2 dari sistem elektrik, air-cond, paip, fire-fighting hinggalah ke sistem tandas!..uhuhuhu mula2 tu mmg lah nak menangis aku nak kena hengat sumer2 skali..

          kalo tak ingat, mcm mana nak deal dgn kontraktor & technician, & surelah pasti ade masalah kalo nak buat laporan bulanan. Bak kata org, kalo aku ni kerani pun, aku kena juga blaja skit2 pasal sumer sistem ni..adoiyaiii..korang tau tak, masa buat 1st inventori tu, aku susun sumer perkakas2 atas simen, & tangkap gmbr utk aku labelkan nama2 nyer ntah apa benda alah tu...(dah mula merepek nih)

Uiks..panjang lah plak citer pasal keja, yg sebenornya aku tak nak citer pasal keja pun..aku nak citer satu insiden masa balik dari koje...

Jeng, jeng, jenggggg...


Aku ingat lagi hari tu hari Sabtu, hari  ni aku kena keja sampai kul 3 ptg. (mmg tetiap hari sabtu balik kul 3 ptg).


Anak aku hannah ikut aku time tu gi keja. Masa tu aku baru dpt gaji, konon2 nya nak belikan baju dia kat kedai pakaian dkt2 dgn bus station. Aku ni gi keja naik turun bas, senang skit. Sbb tak jauh mana pun. 


Hampir sejam jugak lah aku bawak Hannah ronda2 kat town sblum kaki aku dah lenguh nak balik umah. Aku pun menapak lah kaki ke terminal bas utk balik. Sblum naik bas kitakan diajar utk beratur (cikgu aku dulu siap tulis kat kertas A4 besor2 time balik nak ajar beratur masa aku djh 1) .So, aku pun beratur, seingat aku yg ke 4 @ 5 penumpang yg nak naik bas masa tu, kiranya blakang aku ni berderet lagi org2 lain tgh line-up. tapi, ramai jgk yg dah masuk dlm perut bas, wah lega giler, dpt air-cond (aku dah kepanasan time tu pukul 4 lebih kut) sempat lagi aku menyapa anak aku yg dah sparuh letih dek berjalan.

Korang tau ajelah, hari Sabtu ni hari mat2 bangla, mat2 hindon, myanmar, afrika ntah apa2 lagi warga antarabangsa keluar merehatkan badan. Mmg penuh dgn kaum diorang aje, kat sekitar town. (AGAK RIMAS JUGAKLAH..TAKUTTT!!! sbb aku pempuan jln bawak budak kecik, takut kena ragut je)


TIBA-TIBA (ni plg suspen ni) .....


"WOI...!! WOI!!!! , WOI.....!!!, TOLONG ADA ORANG MAHU BUKA BEGNYA KAK!!" tergamam aku kejap2 bila sorang lelaki hindon (umur dlm 40an la) menghentak2 tingkap kaca mati bas yang beraircond tu dr dalam bas. Seluruh bas riuh rendah dgn geng2 dia. Mmg ketar lutut aku dgr suara dia menjerit2 arah aku..(nak nangis pun ade sbnrnya)


Dalam suasana hiruk pikuk tu, sorang mamat hindon (geng dia jgk dr dlm bas) terjun ikut tangga blakang  mengejar seseorang. Anak aku si Hannah ditarik masuk ke dalam bas cepat2, pastu aku pun cepat2 ditarik jugak terus ke belakang. (MAK OIII TIME NIH, KALO ADE MR SUAMI AKU DH LAMA AKU MENANGIS)


Korang nak tahu kenapa semua ini berlaku???


Huh...celaka punya lelaki cina!  menurut cerita lelaki hindon yg menjerit2 tadi, beg tangan aku hampir2 nak di buka zipnya oleh lelaki cina tadi. Nak menyeluk rupanya!!! Lelaki hindon tu dah lama skodeng lelaki cina tu dari sejak nak naik bas lagi, tetiba insiden tu lelaki hindon tu nmpk dr dlm bas, tu yg terus dia menjerit kuat2 arah aku suruh tutup beg.  


Kemudian, geng dia gi kejor lelaki cina tu...tapi hampeh..tak dapat tangkap!


Semua mata yg ada dalam bas tertumpu ke arah aku. Malu, takut & cemas. Hannah aku tgok buat dek je..maybe dia tak fhm apa yg berlaku. Tapi, kalaulah lelaki cina tu berjaya menyeluk beg aku..mmg untung gile sbb dlm dompet aku time tu ade RM300. (cuti menyeluk utk 3 hari)


MORAL yang aku dapat:


Tak semua yg kita benci tu tak mendatangkan kebaikan langsung pd kita (contohnya mat hindon tu) mmg lah semak town kalu hujung minggu, tapi tak semuanya jahat. Dah rezeki aku nk jumpa yg baik, maka dia tolonglah aku...kalau tak buta2 je lesap RM300. Gaji baru kluar tuh..nk belanja anak2 makan...hukhukhuk sodey den rakyat Malaysia camnih! 







Selasa, 6 Disember 2011

Feveret Song


Napelah aku nak terjiwang petang2 nih..mungkin da letih buat keja kut, mata pun dah layu semacam dua macam...nasib x de bantal peluk..kalau tak dah lama aku dibuai mimpi.. AISSHHH!!! BANGKIT!! BANGKIT!!! FIZAH!!!

Daniel Bedingfield – If You’re Not The One
If you’re not the one, then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one, then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine, then why does your heart return my call?
If you you are not mine, would I have the strength to stand at all?
I never know what the future brings
But I know you’re here with me now
We’ll make it through and I hope
You are the one I share my life with
I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?
If I don’t need you, then why am I crying on my bed?
If I don’t need you, then why does your name resound in my head?
If you’re not for me, then why does this distance name my life?
If you’re not for me, then why do I dream of you as my wife?
I don’t know why you’re so far away
But I know that this much is true
We’ll make it through and I hope
You are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray that you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life
I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?
‘Cause I miss your body and soul so strong
That it takes my breath away
And I breath you into my heart
And I pray for the strength to stand today
‘Cause I love you whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And though my heart is by your side

Rabu, 23 November 2011

Sesuatu Yang Indah

Salam everybody...

Hmm..biasala dah jadi mama utk yg 3rd baby nih, agak busy sikit.. kena pandai blaja mencuri tau.. eh bukan mencuri barang2..tapi mencuri masa nak update blog nih...

2 @ 3 hari nih memang kelam kabut sikit, sbb cuti pun dah tak banyak lagi yg tinggal...kusut kepala apa yg perlu nak buat kalau aku tak de kat rumah nnt.

yg anak sulong & 2nd nih dah mcm rasa aku nih brenti keja plak..asal lalu je area tmpt keja..masing2 menjerit2 tak bagi aku pegi keja..pada hal aku melawak jer... terasa kesian plak kat diorang.. ni lah padahnya kalau dah cuti kat rumah terlampau lama...anak2 dah terlampau naik minyak lak, kalau tak keja tak boleh ..sapa nak tolong Mr Suami beli keperluan keluarga..

Dulu, terasa nak amik maid jer sorang, tapi bila fikir2 balik...aku nih jenis susah nak percaya org jaga anak2 aku yg hyperaktif tu...kang tak pasal2 aku gi keja dia lak mengerjakan anak2 aku kat rumah..aaiisshhhh!!! susah jugak jadi mama nih..

Kalau nk hantar nursery sorang dah brapa ratus lak..nak plak yg baru 2 bulan lebih nih hantar mau nyer tak lari 400 lebih...tu harga ikut pasaran terkini (macam saham lah plak) :)

Apa2 pun, tengkiu lak kat semua kerana sedikit sebanyak kusut kat kepala aku nih terlerai jugak walau tak semua...

Sayonara... asta la vista!!!

this is not the ending!!! plzzz

Sabtu, 19 November 2011

When the hopes are GONE!!!

Hello everybody...& my buddies..
(the part of the best scene)

"I dont know whether i should tell him or not..., i really love him, deeply truly madly.. but, i cant keep holding these suspicious love anymore.. No one know that i has fallen in love with somebody before, he was so far away, brought my heart, with the big hope, he will tell me that his heart only alive for me.."


Jumaat, 18 November 2011

Kasarnya Tapak Tangan Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

WORLD!!!!
I LOVE MY MOTHER, I ONLY HAVE ONE MOTHER,
NO ONE CAN REPLACE HER LOVES,
ONLY MY MOTHER...FOREVER!!!
I LOOOVEEE YOU MAK!!

Kasarnya Tapak Tangan Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Salam..waris2 semua...

1st skali aku nak share keseronokan bersorak beramai depan TV mlm td, krna pasukan Malaysia menang ke atas Indonesia....

Aku amat suka & hepi bila tgok muka2 org2 indon yg berlagak nak mampos, tak hormat lagu Negaraku langsung bila pembukaan tadi, bila Malaysia menang puas betul hati aku... PADAN NGAN MUKA!!!

Malam ni harap2 bila tido nnt, dpt mimpi Malaysia bertemu Myanmar dapat lagi mata.. Aku tak tahulah anti gila ngan negara Indon nih, sbb mlm smalam kat page Malaysia, ade org gila indong ngutuk Sultan kita . ade ke patut dia ckp Sultan negara kita ni makan ta**..haram jadah betul.

Malam ni padan ngan muka dia...huhuhu PUAAASSSSS HATIIII AKUUUUU!!!!


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...


WAJAH-WAJAH CHAMPION!!!

Selasa, 15 November 2011

Susu Ibu Sebatian Ajaib | iluvislam.com + discover the beauty of islam

I REALLY LOVE THIS ARTICLE...
Nowadays, most working-mother prefer to provide their babies with formula milk.
It`s not the big fault, but try to think twice....you as a biological mother, try to feed them (babies) with your breast-feed milk. It contains a lot of nutritions that your babies need.
Love your babies?, translate it!!


Susu Ibu Sebatian Ajaib | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bukak Muka Buku

Salam....

Tadi baru je aku buka fb, terperanjat ade gmbr minah mmg gila kot, tayang bnda x senonoh.. Cepat2 aku tutup bila anak aku yang same2 ngadap fb terperasan gmbr gila tuh..nasib baik si kakak tak tanya nape minah gila ni tgkp gmbr camtuh...

Kadang2 nak bagi anak2 tgok internet pun kena pantau, budak2 kecik mana lah tahu ape2, diorang ingat semua tu normal tak mendatangkan salah.

So, aku nak nasihat lah kat korang sebagai pembaca blog aku, sebagai kakak, abang, mak, bapak, or whatever lah, jgnlah biar diorang men`surf` (ade ke prkataan ni) internet sesuka hati tanpa kawalan, kalao bleh wat je parental control kat pc @ notebook korang...sonang  bai tu!!

Isnin, 14 November 2011

Salam semua...!!!

Salam semua...

Pertama sekali saya nak minta maaf sbb dah lama sangat tak update blog saya sendiri. Pantang pun 44 hari. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 9hb September 2011 (9911) (pergh!!! cantik lah tarikh ni)

So, kat sini saya upload gambar bayi saya tuh..(berat lahir dia 3.4kg) besar gak kan, alhamdulillah, masa bersalin tu tak de banyak masalah, sejam je dalam bilik menunggu di Hospital Besar Melaka, pastu terus ke labour room.  Baby keluar tepat pukul 1.24tgahri, Jumaat. (waktu imam tgh baca khutbah Jumaat kat Masjid berhampiran) Opss...lupa lak nama baby girl saya tu Hayfa Addelia.


nilah Hayfa Addelia saya...


si baju pink yang tak suka dibedung...


sekarang dah semakin bulat..totally breast-feed

Ok, stakat ni jelah ek, kalo ade gambar yg kiut miut saya upload lagi...ten-Q..Salam..

Rabu, 24 Ogos 2011

Cerita Semalam

Hai morning semua....walaupun matahari dah nak naik atas kepala...

Aku nak cerita ngan korang semua pasal kisah 2 hari lepas dalam hidup aku. Malam hari Isnin hari tu aku plan & Mr Suami nak berbuka di luar. Tak pernah lagi kami satu family berbuka di kedai makan. So, kitorang pilih lah kedai makan & tempah meja & makanan siap2.

Lepas berbuka, Mr Suami ajak pegi shopping baju raya anak2. Mulanya aku menolak, tapi bila fikir 2 kali lagi parah kalo shopping last minute, orang ramai, saiz baju byk habis, customer service pun x elok, parking pun dah tentu2 susah nak cari. Maka, aku pun memilih baju raya utk anak2 aku yg 2 org tuh. 2 pasang sorang. Aku pun terus letak beg2 shopping atas almari baju sebab dah penat nak masukkan dlm almari.

Al-kisahnya...bermula,

Bila balik keja semalam, anak aku si Hannah bercerita dia tunjuk baju raya dia kat Acu & Wan dia masa aku pegi keja. Bukan main hangin aku sebab pandai2 aje punggah almari bilik aku ambil baju. Aku tak rotan pun dia, tapi aku pulaukan dia. Aku just layan dia, pastu aku bungkus baju raya dia & suruh Wan dia simpankan. Geram gila aku, apa taknya, baju diorang aku tak de plak nak selongkar, kena kat aku main ikut sedap jer.. Memang jollok sarang tebuan lah... Tak tahulah aku geram kalo bilik tidur aku diceroboh, macam2 rahsia aku & Mr Suami memang mudah nak jumpa. Cuma, bila Mr Suami tahu Hannah ajak Acu masuk bilik kami, memang marah gila lah Papa dia.

Mr Suami cerita memula dia tanya elok2 kat Hannah kenapa bawa orang masuk bilik tidur kami, dia menjawap2 & nak menuduh adik dia si Hakim yang buat. Apa lagi, memang kenalah rembat lah ngan Papa dia sebagai hukuman sebab menipu & menuduh org tak bersalah. Aku tak tahulah, mungkin sebab terlalu takut kena rotan dia terus tuduh org lain join dia sekali. Tu yang aku memang marah sangat. Takut terbawa2 perangai tak elok ni sampai ke besar.

Semua kuih kegemaran Hannah ( goreng cempedak & ayam kecik (tongkeng ayam) )aku simpan dalam beg & kalo boleh tak nak bagi langsung dia makan. tapi, Suami yang cakap, jangan kejam sangat sampai macam tu. Geram sangat aku dgn dia malam tadi, sampai aku halau dia tidur dgn Wan dia. Aku cakap lagi, aku tak nak belikan kasut raya utk dia, huhuhu..sesaja aku nak buat dia rasa bersalah sebab salah dia. Muka dia dah kecewa & monyok, pastu tgh aku lipat2 kain, dia sengaja nak amik hati aku, tanya lah aku minum air apa, buat2 tengok lam cawan aku.... Pastu pandai lak usha2 aku, "Mama, papa marah lagi tak?..." (dalam hati sedih gak dia tanya macam tu) Sebab dia tahu, org yang dia sayang tak pedulikan dia. Hahaha..padan ngan muka anak aku.. (Ni yg buat adik aku suka marah aku, sbb suka buli anak sendiri)..

Dah nak tutup lampu bilik malam tadi, dia terus capai bantal dia nak bawak keluar. Aku tanya nak pegi mana, dia cakap nak keluar (nak tidur dgn Wan dia lah tu) sbb kena halau ngan aku petang tadi. Aku terus cakap tak payah. Pas dia tgok Papa dia bagi makan kuih cempedak & ayam kecik dia tuh, terus dia nak senyum & gelak2 dgn Papa dia lah..( Papa dia aka Mr Suami tak suka rotan anak & bila rotan cpt2 dia pujuk balik) Tu yg aku menyampah tu. Last2, Papa dia jugak yg kena janji nak belikan kasut Hannah, ngan aku tak dapat lah... huhuhu

Inilah cerita seorang Mama yang suka buli anaknya sendiri... 

Khamis, 18 Ogos 2011

Pelaburan emas | Harga Emas Malaysia

Serba sedikit ilmu tentang pelaburan emas ni. Aku pun baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas ni. Kalo ade sesapa yang dah pro tuh, leh lah kongsi dengan aku yang naif nih...
Contoh mudah pelaburan emas | Harga Emas Malaysia

Rabu, 17 Ogos 2011

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.." | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Aku menangis bila baca artikel nih.. Tak sanggup nak baca sampai habis, saya tak tertahan airmata yang tumpah kat ofis.

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.." | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pagi Yang Cerah...

Hai, hai, hai.... Selamat pagi semua kawan2..


Harap2, korang sumer sihat lah hari ni. Kita dah nak dekat raya nih, kenalah jaga kesihatan elok2, kalo demam waktu raya nanti, sapa yang susah..baju raya cantik, warna warni..tengok orangnya lak..adoiyaiii.. sembap je muka. hihihi


Aku nak kongsi dgn korang satu cerita, ni zaman aku bebudak dulu..(ntah nape aku suka berciter kisah zaman kecik2 dulu)..


Al-kisahnya, masa aku darjah 3, aku mula nak baca buku cerita yang tak de gambar..(kira novel la).. aku pun pinjam dengan sorang kakak darjah 4 tu, buku cerita hantu.. Hantu Kopek!. huhuhu, aku tak kisah lah apa tajuknya, janji aku dapat baca.. macam menarik kulit depannya. Maka, dari pagi bawak ke malam aku ngadap buku citer hantu tu. 


Nak dijadikan cerita, bila habis je page yang akhir, dah dekat waktu aku tidur. Dah tengah malam pun semangat nak habiskan ni. Tetiba, malam tu aku mimpi ngeri sgt2. Aku terjumpa hantu kopek tu dalam longkang tepi rumah aku (rumah aku rumah kampung).. Macam real, aku berlari macam tak cukuup tanah, muka hantu tu warna hijau, gigi dia panjang2, mata dia warna coklat & besar lak tu, rambutnya kerinting2 dan sikit2 jer...mulutnya lak warna merah dan banyak air liur meleleh..wekkkk!!! geli gile aku ingat balik. Tapi sampai hari ni aku masih ingat mimpi seram tu. Yerlah, dalam buku tu, gambar hantu tu x de, maka dalam mimpi aku lah dia muncul. Hantu kopek nih, suka sorokkan budak2 kecik. Mak mertua aku pun suka marahkan cucu2 dia kalao main sorok2 waktu senja.."Nanti kena sorok kat hantu kopek tau lahhh.." lebih kurang camtulah ayat mak mertua aku.. 


Lepas dari insiden yang dasyat tuh, aku tak berani dah nak baca buku cerita hantu, lebih kurang 3 tahun jugak tak sentuh buku2 ala2 seram nih. Tapi, masuk darjah 6 je, aku start berani balik...hihihi kali nih aku baca buku lagi seram..korang mesti ingat nyer, SIRI BERCAKAP DENGAN JIN penulis dia Tamar Jalis. Pergh!!!, nasib baik hantu2 nih tak kejar aku lagi dalam mimpi..kalo tak kencing malam la aku.


Hehehe..dah masuk sekolah menengah (perasan dah remaja sgt) aku baca novel cinta lak. Macam minah jiwang lah plak. Pernah sekali novel yang aku baca tuh, cikgu2 muda pun ikut pinjam sekali. 


Positifnya, pupuklah minat membaca dan sukakan buku ilmiah (bukan mcm aku) sejak dari kecik lagi. My kids pun, aku suka bawa diorang masuk kedai buku. Tapi yang adiknya tuh, kalo masuk kedai buku suka cari Pensel warna & pengasah pensel. Pada hal baru 2 tahun, hihihi kelakar lak rasanya, tengok dia blaja asah pensel. Si kakak plak, suka buku ABC, Buku Mewarna, aku malas nak marah sbb kat rumah dah berlambak2 buku macam tu, tak pernah yang habis pun diorang buat, dah beli yang baru...



AKU PERNAH DIPERBODOHKAN DENGAN CERITA NIH...HAMPEH!!!

Selasa, 16 Ogos 2011

Wallpaper for Your Sweet Home

It`s so easy to choose from hundreds of home wallpaper designs. Make your dreams come true...
Kertas Dinding - Pakar Kertas Dinding atau Wallpaper (rumah) dan Photomural. - LAMAN UTAMA

Sedekah Jariah...

Salam blogger2 semua....yang tukang baca pun salam jugak...hihihi,

hari ni macam serius sikit lah bunyik nyer tajuk artikel aku nih, SEDEKAH JARIAH di bulan Ramadhan.. Sebenarnya citer ni timbul semalam, waktu aku pergi 7 Eleven kat Sikamat. Hihihi, nak beli top up, & beli roti & air utk my kids berdua  tuh. Dah habis punggah barang kat 7 Eleven tuh, maka sesi utk membuat pembayaran pulak lah.

Masa dah kira2 semua, cashier tu pun bagitahu aku kalau aku nak beli barang2 utk anak2 yatim dan sedekahkan utk mereka, letak dalam kotak besar kat depan mesin slurpee tu.. aku pun tgh kalut, sbb teringatkan anak2 aku dah kebulur dalam keta, aku just mengangguk & aku sempat pesan kat cashier tu, lain kali akak dtg, akak derma InsyaAllah..cashier tu senyum jer. Mungkin dia faham kut. Keadaan aku yg tgh sarat nih nak kendong banyak barang2..

Entah macam mana, sampai ke tengah malam aku dok fikir insiden tuh, aku mcm terasa berlaku zalim plak kat anak2 yatim nih. Tak habis2 aku dok fikir "Bersalah ke aku tak derma tadi ek?".."Aku nih pentingkan diri sendiri ke?" "Dulu aku susah, sekarang dah senang bila dapat keja gomen pun sedekah RM10 hengget pun kemut?"...ARRRGGHHHH,,,dan akibatnya, pukul 3 pagi aku terjaga, pukul 4 pagi aku terjaga & lebih parah lagi lepas sahur sampai pukul 1.00 tghari aku berjagasbb tak dapat tido..pening kepala.. Aku masuk keja pun half day hari nih. Uishhhh!!!...

Tu lah aku ingat balik petang nanti aku nak carik lah tabung2 derma anak2 yatim yang sah di sisi undang-undang nih..aku tak nak duit hasil titik peluh aku bekerja bulan2 disalurkan ke jalan yang tak betul nih. Yerlah, orang sekarang bukan leh percaya sangat, touch-up muka sedih sikit, jalan bongkok2, bela janggut pjg2, pastu bawak tabung tampal Persatuan Anak-Anak yatim ntah mana2 ntah...kumpul derma la konon2 nya.. Sian anak-anak yatim nih kan..cubalah bayangkan, nikmat nak nyambut raya dgn mak ayah dah tinggal kenangan belaka.. pastu ada orang menangguk ikan di air keruh...SEDIHNYAAA... :(

Aku ingat lagi, masa aku awal2 sekolah menengah dulu, banyak jugak aku simpan alamat2 budak2 keluarga susah & anak2 yatim nih. Aku berazam, kalo aku kaya bila dewasa nanti, aku nak sedekahkan utk diorang. tapi sayangnya, buku alamat2 tu ntah mana mak aku campak. Mungkin dia ingat aku admire ramai budak kut.

Tapi apa2 pun, biarlah niat kita ikhlas nak bantu orang, jgn nak dapat nama derma ribu2, bila tak sebut nama kita yg derma, mula lah muncung sedepa. tak kisah berapa hengget nak derma pun, yang penting hati yg suci & ikhlas tu yang kita mahu kan..

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya dari diri aku sendiri... Wallahualam..


Takkan masih nak berfikir..sampai bila?


Amalan bersedekah patut dipupuk sejak kecil lagi...

INGATLAH HATI YANG IKHLAS MENDERMA
BESAR GANJARANNYA DARI ALLAH SWT
TIADA SIAPA YANG TAHU 
APA YANG DIATURKAN OLEHNYA
UNTUK SETIAP MAKHLUKNYA
DI MUKA BUMI INI...


Isnin, 15 Ogos 2011

Good Morning Malaysia!!!!

Salam...Selamat Pagi semua...Isnin 15hb Ogos 2011...

Pagi yang sejuk gile nih, membuatkan tetiba otak jadi beku, macam rasa padat jer...ntah nape ntah.. Skang ni, tgh giat count-down utk ke labour-room daa.. takutnyerrr..

Semalam mak aku call, dia tanya aku mcm mane. sihat ke tak, aku dah 2 minggu lebih tak balik kampung sbb, hmmm..bulan poser mmg letih giler, so, aku plan mggu depan aku baru nak balik kampung sbb nak shopping baju raya my kids tuh..dah ponek den menjawab eh, asyik diorang tanya mana baju raya, mane kasut raya la, mane tudung & songkok raya lah.. ape taknya, diorang tak sibuk bertanya, pegi mane2 mesti nmpak org byk jual baju kurung & baju melayu sepah2 tepi2 jalan.. tapi aku buat dek je, bukan tak nak beli, tapi budak2 lah kan, kalo dah beli barang2 raya, habis semua tak dpt masuk dlm almari nak menunggu raya.. asyik kuar masuk bilik dok menayang baju raya, kalo semua org dah nmpk baju raya, kasut raya bagai, tak surprise lah nnt. Lebih2 lagi si kakak tuh, selagi tak bawa kuar brg2 yang dia pilih waktu shopping, mula la nak mengamuk melolong sana sini... SABAR JE LAHHH....

Directly, aku blum plan ape2 lagi nak shopping ape utk my family raya ni, sbbnya bukan tak nak raya tapi fikiran aku ni dok melayang teringat due date utk ke hospital je..jgn raya nnt aku ter'beranak' sudah la, sian kat ank2 aku 2 org tu, suka benor nengok diorang pegi beraya... nnt aku dlm pantang, dah tentu diorang susah nak berjalan. kalau berjalan naik keta pun, waktu aku ke klinik hntr baby kecik pegi cucuk kut..hihihi


Jumaat, 12 Ogos 2011

ingat TANGGUNGJAWAB kita

Entah macam mana, tgh2 cari resepi kuih raya aku terjumpa artikel nih, menarik nampaknya blog dia nih... Lepas baca, aku rasa nak ter"bakar" je jiwa raga aku... cepat2 lah Tuhan tarik nyawa dia ni...
ingat TANGGUNGJAWAB kita

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hebatnya Seorang Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sesekali terbaca artikel macam ni, terasa diri sangat diperlukan oleh anak-anak...

Anak Degil Apa Ubatnya? (Bahagian 1) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Berkongsi bermakna kita Prihatin...

Anak Degil Apa Ubatnya? (Bahagian 1) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Selamat, Selamat & Selamat Lagi...

Salam & gud Morning pd sumer bloggers...helllo, hello, hello...wake up!!!

Sebenarnya mood aku pagi ni tak lah seceria sekarang pasal Mr Suami liat nak bangun pegi hntr keja. Sakit hati ni tak payah cakap lah, tu lah rasa kalo lepas sahur tidur balik, memang liat gile nak bangun...nak bukak mata pun susah. Hati ni rasa macam kena panggang jer.. TERBAKAUUU!!! ada ke bila aku kejut dia bleh cakap "Rilekslah..nak risau ape, hari ni Jumaat, mesti ramai yang masuk lambat jugak...Rileks lah.." HUH!! panasssssnyer dengar "lawak" pepagi camni, dahlah dari Selasa aku tak gi keja (Selasa sbb MC, Rabu & Khamis aku amik Exam Gov)..

Nanti apa lah org cakap kalo dah lama tak tengok muka aku kat opis..dah lak pulak tu, meja aku ni lagi terkedepan dari Customer Service punya kaunter..(memang selalu cikgu2 cikgi2 akan datang "melawat" meja aku dari pegi ke meja Customer Service tu) tapi tak de elaun khas lah pulak..huhuh

Diam tak diam, dah hari Jumaat, dah 5 hari dah kita puasa kan..Seronok nya, aku puasa time pregnant nih, baby lam perut pun tak banyak ragam..anak soleh InsyaAllah...

Rehat nih aku ingat nak pegi Bank CIMB lah, nak aktifkan semula akaun aku kat sana. Dah berzaman dah akaun aku tak aktif2, sesaja je nak bukak 2 akaun, sbb gaji aku byr guna Maybank. Dari banyak belanja guna satu bank, baik satu bank lagi kita buat untuk menyimpan sikit2..tapi sorilah nak bagitahu Mr Suami ku.. Dia pun pernah pesan, kalo nak simpan duit sorok2 jgn bagitau org lain termasuklah dia..huhu (nape ek?)

Tapi bagus jugak kalo buat camnih, tak payahlah nak pening2 kalo kad bank tertinggal ke, tak payah nak potong RM1 kalo masuk kad ATM lain ke, kalo dah 5 kali masuk dlm ATM Machine lain sebulan, dah RM5 rugi dah... mcm2 RM5 tu bleh beli.. (Doakan aku semoga selamat sampai ke Bank CIMB tu dengan selamat)

Isnin, 1 Ogos 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri-Negeri Seluruh Malaysia | Awan Pagi

Bagi kemudahan seluruh Umat Islam di seluruh Malaysia...
Selamat Berbuka Puasa & Selamat mendapat berkat Bersahur...

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri-Negeri Seluruh Malaysia | Awan Pagi

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam semua...(mood happy)

Diam tak diam kita dah masuk bulan puasa yakni bulan Ramadhan, tak tahulah ada 2 persepsi org2 kita bila masuk bulan poser nih. Pertamanya, ada yang gembira sesangat yerlah sebab dah setahun dah tak jumpa bulan mlia penuh barkah nih, setiap bulan menunggu bila lah nak jumpa balik..ada yang sempat ada yang tak sempat. Yang keduanya, jenis yang AllahuAkbar..tak tahulah nak cakap, diorang ni susah hati bila bulan poser datang menjelma. Patutnya bersyukur sebab Allah panjangkan umur diorang, tapi susah hati sebab mana nak cari kedai makan & port makan (golongan paling malas nak berposer) malunya aku...

Alhamdulillah, aku di golongan yang pertama. Pada aku tak ada bulan yang paling manis sepanjang hidup aku malah birthday aku pun tak semanis bulan Ramadhan ni. Kadang2 kalau ter"layan" nak menitik airmata ni bila Allah masih lagi panjangkan umur aku sampai hari ni.

Bertambah manis lagi, bila si baby kecik turut berposer dalam perut mama dia. Dia macam faham je sekarang bulan poser, tak de lak rasa nak mengunyah mcm bulan2 biasa yang boleh makan. Walaupun Mr. Suami tak galakkan aku berposer sebab ni dah masuuk bulan akhir aku pregnant. Takut jadi apa2, tapi setakat sampai petang ni, aku maintain lagi. Berkat bersahur kut pagi tadi.


Jumaat, 15 Julai 2011

Fikirlah yang Terbaik untuk Diri anda & Anak anda

Dulu aku pernah mengalami situasi macam ni, tapi sayangnya ibu bapa aku bukan type open minded pun... aku sokong artikel ni, korang lak macam mane?..

Nikah Awal vs Maksiat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Isnin, 11 Julai 2011

Antara cuti Sabtu & BERSIH 2.0

Salam peminat blog semua...,

2 hari lepas memang tak update langsung, Jumaat pun aku tak keja sebab terlampau penat, maka ter"cuti" lah daripada bekerja..hihihi

Mr Suami pun tak keja jugak, tu yg malas off day tuh, kalau aku cuti mesti dia pun nak sama cuti jugak. Bukan marah dia cuti sama, sebab kadang2 niat nak cuti nak kemaskan rumah atau hias rumah, kalau dah dua2 ada dekat rumah memang satu kerja pun belum tentu siap..dan telah terbukti banyak kali.. Memang hari Jumaat tu aku cuti sebab nak kemaskan almari & susun kelengkapan rumah sikit2, bila Mr Suami dah bercuti sama, banyak masa terluang dengan berborak, borak, borak, borakkkkk jer... lepas satu topik ke satu topik lain.. Last2 dah penat abih air liur, Mr Suami ajak pulak kuar jalan2 bawa Hannah & Hakim sekali... Penyudahnya, penyapu, penyodok sampah dan beg sampah "melepak" depan almari mcm gitu jerr.. Adoiyaiii.... hihihi

Hari Sabtu nyer bila kat rumah mertua, ingatkan pepagi lagi mak & ayah mertua ke kolam ikan untuk menjala, rupa2nya, ayah lesap pepagi lagi... entah pegi mane. dah tengah hari sikit, ayah tak jugak balik2, aku pun tanyalah adik ipar, kemana ayah pegi. Rupa2 nya, hari Sabtu ni dia pegi ke K.L, tengok dok melepak kat Masjid India perhimpunan BERSIH 2.0 tu gamaknya.. Terkejut gak aku, sebab Mr Suami ada tanya ayah ke mana pepagi lagi dah lesap. Aku just buat joke jer kata ayah pergi BERSIH 2.0 kat K.L tu, tapi rupa2nya joke aku tu kenyataan..hihihi

Kalau dah hari2 internet tengok pasal politik negara, mesti lah agaknya tak nak terlepas peluang tengok perhimpunan yang julung2 kali diadakan.. kata dia SERONOK tengok orang ramai..ish..kalau ade apa2 hal jadi, kan susah. Biar terlepas tengok gerhana bulan, jangan terlepas tengok perhimpunan..hihihi

Khamis, 7 Julai 2011

myMetro | Lemas dalam kereta ibu

Salam, semua pembaca budiman...

Ambillah iktibar daripada berita yang sayu ni... pada ibu bapa (termasuk saya) tingkatkan lah perhatian anda terhadap anak2 anda.. Nyawa tiada gantinya bila maut telah menyapa.

Tips 1 : Kalau anda (orang awam) lalu-lalang kat tempat letak kereta misalnya, jenguk2 lah dalam kereta orang lain (bukan niat nak intai barang berharga apa dalam kereta) kut2 ada nyawa kanak-kanak yang tertinggal dalam tu. Anda penyelamatnya.

Tips 2 : Janganlah nak bergaya pakai tinted gelap gila, sampai siang malam sama je dari luar. Kalau pemilik kenderaan ditimpa kesusahan mcm ni, sapa yang menyesal tak sudah...

Kepada arwah.. kita sedekahkanlah Al-fatihah...

Jumaat, 1 Julai 2011

Bunuh Diri | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ish, ish, ish apa nak jadi manusia akhir zaman ni...

DaHLia's JouRNaL ™ | Blogging is a way of Experimenting

HATI MANYAK SUKAAA LOOOH!!!
INI HALI TAK PAYAH KILAWANG U MUNYA LOMPET LAGI ALA BLAPA DALAM...
U ADA HEPI DALAM HATI KA?
U MUNYA HATI ALA TAMMAN....MAAA

Who are Followers? - Blogger Help

Come join me... Voice out what ur thinkin` around..bout people, bout somethin` that u feel very troublesome to u..don`t have enough time to relax...enjoy here!!!

Jumaat, 24 Jun 2011

Hepi Nyerrrrrrr!!!!

Salam semua...apa tak hepinya, esok kan cuti, ahad pn cuti..hari utk rilek di rumah, Tapi semalam kan, hari plg best dlm hidup aku..My 4th anniversary lah... anak pn dh nk masuk 3 nih, kihkihkih..aktif betul. apa taknya, sayang terlebih.

Syukur lah, setakat nih, segala onak, ranjau dan duri dpt aku & mr suami tempuh di kelilingi anak2 yang cukup nakal & hyperaktif. Cuma yg aku surprise sgt mlm td, Luqman ank bujang aku tu yg umur 2 thn dh pandai baca doa tidur smpai abis, tp bile suruh baca doa makan, klakar bunyi nyer...na, na, na je hujungnyer..pangkal ntah hapa2.., si kakak lak Hannah, pandai baca doa mkn, selawat pn kira terror gak..hihihi x bleh tahan bile ingat kalo dia dah tahap boring sensorang, mesti dia akan cari tudung & cari apa2 majalah or buku jadikan kitab Alif, Ba, Ta dia...comel jerrr...x pe lah anak mama, ade improvement.
So, walau sebusy manae pun life aku & mr suami, aku akan pastikan anak dara aku Hannah & Luqman akan dpt hafal doa2 pendek, & surah2 dlm solat. Semoga kalian menjadi anak2 yg soleh & solehah di kemudian hari & dapat mengemudi bahtera hidup dgn jiwa penuh keimanan tanpa mama & papa lagi.

By the way, smalam anniversary aku x lah celebrate mcm selebriti pn, just mr suami balik awal dr keja, tido puas2 dulu, tgh mlm dia kejutkan aku, mkn mlm burger special..huhuhu, tanpa gangguan dr budak2 tu.. SUNGGUH ROMANTIK. Best nyer hidup bila ramai org sayang kat kita & hargai kita. Borak2, sembang2, citer zaman ketika berdua dulu...sungguh manis saat tuh, x sangka saat tu aku masih dapat rasai walau pun aku pregnant dah masuk 7 bulan nih... hihihi.. Tengkiu mr suami ku.. CAYANG AWAK JUGAK..

SO...SENYUMLAH PUAS2....mcm nih..



TAK PUN CENGGINI...HAHAHA


WALAUPUN KAMBING NI X HENSEM...TAPI GIGINYA MENAWAN...


senyum..jangan tak senyuummm....!!!! tata

Rabu, 22 Jun 2011

Indah yang Terpanah...

Salam..Luv u all,
Pepagi buta ni dah nk jiwang2 dah kan... ntah lah aku ni jenis kalo dah dapat satu ayat puitis, terus je nak take note, kalo nk buat buku, dah bleh jual kat bookstore..hihihi

Sebenarnya, aku rasa rindu nak menulis semula...novel aku dah lama terbiar tanpa bersambung-sambung, banyak jugak idea lam kepala bila nk menulis nih, tak tahulah seronok sgt kalo dpt kongsi apa yg kita fikir dgn orang lain... Walaupun, tak lah sebagus ahli falsafah, tapi kalo nk kata tuh, boleh lahhh... ;)

Kalo dh siap nnt, novel aku akan share kat scribd jer, mane ade modal nk buat launching2 nih, kalo artis hiburan leh lah.. apa aku merepek dah ni.. ?.. By the way, kalo kawan2 aku yg terbaca blog nih, please give me some moral supports ok...

Jalan cerita nya dah ade, cuma nk amik pen & kertas tu Allahuakbar...lecehhhh!!! Sebab tu agaknya aku lebih suka share online je... tapi jgn cetak rompak dah arr.. melampau tuuu...

Oklah, dah abih segmen merepek & merapik aku pagi nih, aku nk pi sambung wat keja lak. Dah lah meja aku ni front desk, mati aku kena "sembelih" jap lagi... Sayonara..

Khamis, 16 Jun 2011

GERHANA BULAN PENUH MALAM INI..

Salam semua,

Wahhh...best lah malam ni ada gerhana bulan ek?.., aku takkan lepaskan peluang malam ni nak bersantai depan rumah sambil meneropong ke angkasa raya.. ni lah hobi aku time kecik2 dulu.. ada memori di sebalik GERHANA BULAN sebenarnya, RINDUNYA...nak balik ke zaman kecik2.. Aku mula jatuh hati dengan keindahan angkasa raya sejak aku sekolah tadika lagi, dulu rumah aku rumah kampung jer, jadi tempat melepak kaum keluarga aku tak berbumbung, kat situlah jalan nak ke tandas, jalan nak ke dapur & nak basuh pinggan mangkuk.. aku ingat lagi, time nak tunggu abah aku balik dari meniaga pasar malam, aku adik beradik dah "bersidai" dah kat luar rumah sambil mengira bintang2 kat langit. (heheh siap main cop2 sape punya bintang lagi) aku dah semestinya nak yg paling terang menyinar. hihihih...

Kadang2 tuh, aku adik beradik akan tenung bulan (dah tenung matahari mak aku marah), sambil berbincang gambar apa yang terbentuk kat atas bulan tu. Mak aku cakap, ada gambar seorang nenek kat bulan tu kalo tengok betul2, maka berebut2 lah adik2 aku merenung bulan kut2 ada lak ternampak muka nenek tua kat bulan tu. Nasib baik aku nampak (mata cekap time tu) agaknya aku terfikir mak aku kecik2 dulu pun suka tenung bulan kut, tu yg anak2 dia terikut2 jugak. hihihi...

Malam ni lak, aku nak ajar anak2 aku tengok kebesaran Allah SWT. Mana tahu, satu hari ada salah seorang anak aku "jatuh cinta" dalam bidang Astronomi, paling koman pun, keja ngan company Astro..hihihi kalo nak tggu gerhana bulan penuh mungkin lambat lagi, ntah aku hidup ntah dah "selamat" dalam tanah.

Aku fikir jugak, time diorang kecik2 ni kena kumpul banyak memori bersama Mama & Papa diorang, nanti dah besar, tak payah nak ajar2 suruh rindu dengan mak ayah lagi. Pasti diorang akan terkenang sendiri zaman kecik2 macam aku nih. Walaupun adik beradik aku dah merantau sana sini, tapi kitorang still ingat lagi kenangan2 nakal kecik2 dulu. Siap bleh ingat satu2 lagi, tak payah buat diari!.. dasat tul..

Aku bersyukur ke hadrat Illahi, kerana memanjangkan usia aku sampai hari ni, aku akan manfaatkan saat2 yang lapang bersama famili aku, aku sedar 1 hari nanti aku pasti akan terlalu merindukan waktu ni, waktu di mana anak2 aku semua dah dewasa...dan dah ada tanggungjawab masing2. Kalo aku tak sebagai Mama tak buat semua tu, sapalah manusia lain yang nak ganti aku buat semua ni utk anak2 aku..DARAH DAGING aku. Dan aku takkan sekali2 menggunakan alasan yang aku bekerja utk melepaskan tanggungjawab aku sebagai isteri dan mama pada famili aku.. INI JANJI AKU.. ALHAMDULILLAH..

Rabu, 15 Jun 2011

SAYANGKU HANNAH...

Salam semua pembaca...
Semalam aku cuti, amik BSP kat klinik..naik jenguh kepala lutut aku dok ulang alik dari rumah ke klinik 8am sekali, 10am sekali, 2pm sekali & the last 8pm... aku sakit hati betul lah, x pasal aku kena cuti, kalo bg mc x pe, nasib baik ade time slip. dah rugi cuti aku sehari nnt.

Mase aku nk tggu utk BSP kul 2pm tu, ade insiden yg buat aku jd risau sgt, ikutkan hati hari ni aku mgkin akan cuti lagi..ni semua gara kerenah anak2 aku ler.. Hannah anak aku yg sulong tu, terpaksa aku masukkan ke ICU Hospital Petaling sbb telinga berdarah terkena cotton buds yang jenis plastik tu.. Mulanya, aku dah siap ketipkan kuku adiknya Luqman tu, dah siap jgk bersihkan telinga dia skali..(pakej ler tu mama cuti) lepas selesai tugas dgn Luqman, aku pun panggil le si kakaknya Hannah lak, (turn kakak lak) aku dah siap ketipkan kuku Hannah (proses nk ketip kuku tu dah start gaduh dgn Luqman, x tau ape yg dia sakit hati bile kakaknya manja dgn aku) Luqman dah mula berebut pengetip kuku dgn aku, main tolak2 kakak dia, aku sabar lagi. Maka, siap aje potong kuku, aku pun nak bersihkan telinga si kakak Hannah lak, telinga kanan dah siap, turn telinga kiri lak, tetiba tangan aku di tolak kuat oleh Luqman... aduhhhh!!! cotton buds yg aku tgh bersihkan telinga Hannah tercucuk kat dinding telinga dia. Aku pujuk Hannah jgn menangis, time tu lak papa nyer tetiba masuk bilik terus menjerit ade darah keluar dari telinga.. aku nyer gabra ntah lah..aku dah terfikir gegendang anak aku dah pecah je. (kena fikir -ve dulu) mane aku nk raba duit nk rawat anak aku kalo pekak ni.

Aku terus je dukung Hannah dgn tisu aku pekapkan kat telinga dia, dlm keta dok meraung je, si Luqman seakan-akan faham dia dh buat salah. Atuk nya kat rumah dah mula risau pasal cucu kesayangan dia cedera. sampai je Hospital Petaling, aku terus serbu ICU, nk isi borang pun dah tersalah cakap, (IC aku leh tak hingat, tahun lahir anak aku pun tersasul) mmg risau sgt2... tapi time tu darah dah mula berhenti mengalir.

Masuk je ICU, doktor cek dalam telinga guna teropong ajaib ape ntah, doktor lak x nmpak, pass pada HA utk tengok dalam telinga Hannah (dah berhenti nangis sbb dia rasa selamat ade depan doktor)..jantung aku berdegup kencang menunggu result ape kata HA dgn doktor tu. Ahhhhh Alhamdulillah...tak kena gegendang telinga Hannah, (bahasa medic yg aku dpt tgkap diorang discuss ialah sebut membran & canal je) doktor pun bagi ubat antibiotik & ubat titis utk cairkan tahi telinga. Aku sempat je tanya kat doktor tu "Tak kena gegendang telinga kan?.." hihihi macam kelakar lak. Doktor tu senyum je bilatengok muka aku cuak.

Hubby aku dlm keta dh bg tazkirah kat adik dia si Luqman tu, diam je x cakap2 ape pun pd hal, kalo dlm keta dia lah yg suka buat bising. Hannah tak menangis dah, aku blanja lah "Let" ganti nama diri (susu kotak Dutch Lady yg RM1.60 satu tu)

Darah ade sikit je lah mengalir lepas aku titiskan antibiotik dlm telinga Hannah. Tu pun aku sapu guna tisu je, kat bhg luar, dah rasa macam fobia lak nk guna cotton buds. Sehari kena titiskan 3 kali, ubat cairkan tahi telinga tu lepas 2 minggu baru leh letak ikut nasihat doktor.

Pagi tadi sebelum aku gi kerja, aku dah titiskan ubat kat telinga Hannah. Aku tengok darah dah beku kat luar telinga dia, aku bersih2 kan aje kat bhg luar, (walau dlm hati geram je nk bersihkan darah yang bhg dalam sikit tu).. tapi, hati tetap risau jugak, kalo darah masih ade dlm 2 atau 3 hari ni, aku kena rujuk specialist jugak, nak puaskan hati & yg paling penting utk kesihatan anak aku Hannah. Aku pun sempat survey struktur telinga manusia. Aku pun mcm faham sikit2 lah ape yg doktor tu kata tentang membran & canal tuh..