Sabtu, 29 Disember 2012

Senarai Jenama Smartphones yang dapat Rebat RM200

Assalamualaikumsemua pembaca blog aku kali ni, lama giler aku tak hupdate blog nih, bukan tak mau update, tapi ketandusan masa dan kekangan tajuk2 gempak untuk dijadikan paparan blog. Tapi kali ni konfem gempak jenama smartphones yang korang carik2 selama ni yang dah mimpi mengigau nak dapat smartphone tahun depan kan kan kan??? Mestilah Rebat RM200 tu..hehehe... So, kat bawah ni adalah jenama telefon-telefon canggih-manggih tu...

Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790

Kat bawah ni gambar-gambar henpon yang sempat aku google..hehe


Alcatel One Touch Inspire 2


LG Optimus L3


Nokia 2730


Nokia Asha 305


Nokia C2-03


Samsung Galaxy Chat


Samsung Galaxy Pocket


Sony Experia Tipo


ZTE Acqua

P/S : Setakat tu je yang mampu aku amik dari Pakcik Google , hehe..yang lain korang cariklah sendiri.. Bye2!!

Jumaat, 9 November 2012

Taare Zameen Par in Malay Version

Hai semua...hari ni hari Jumaat aku teringat yang sedih-sedih pulak kala pagi sejuk-sejuk di office nih. Aku tinggal sorang-sorang jer, yang lain entah ke mana. But, I still not feel alone. +ve Thinking.

Aku mengelamun sorang melayari internet kat ofis, tetiba aku teringat satu cerita feveret aku. Setiap tahun aku akan pastikan aku akan tengok cerita ini. Kat TV3 memang selalu jugak ada cerita macam ni. Taare Zameen Par cerita Hindustan lakonan Aamir Khan dengan Darsheel Safary .Touching my feeling, give me a lot of sadness, keep thinking about my reality & true story by based on this movie really. Aku memang betul2 terKESAN dengan cerita ni sebab pernah terjadi dalam hidup aku.

Walaupun bukan aku yang jadi macam watak Ishaan tu budak kecik yang satu hapa pun tak tahu, baca tak tahu , mengira pun tak tahu..dah tu spoil dengan mak manjakan dia. Kisah ni terjadi pada seorang ahli keluarga yang paling rapat dengan aku. Adik aku. (Sorry bukan aku nak cerita yang buruk pasal dia) just nak berkongsi.


Ceria ni selalu kuar time nak sambut Hari Guru...

Adik aku perempuan, dulu memang dia kategori yang bukan malas nak belajar, bukan lembam dan bukan tak suka buku dan cikgu. Dia sweet jer, tapi selalu ketinggalan dengan apa yang diajar oleh cikgu. Aku sedar time dia tadika. Mungkin sebab selalu sakit, dia banyak ketinggalan dalam pelajaran. And then after she recovered, dia selalu mengusung buku-buku cerita ke hulu ke hilir. Nampak rajin, tapi dia MEMBACA DALAM KHAYALAN DIA. Aku mula rasa kesian dan sedih tengok situasi dia. Dia ada sifat persaingan dengan kawan-kawan dia yang dah boleh membaca dan mengira, tapi dia tetap gagal. Sebab dia tak kenal huruf, tak kenal nombor. 

Dia rajin bawa buku pergi sekolah, tapi cuma kawan-kawan dia jer yang baca. Sedih sengat tengok adik sendiri macam tu. Time tu aku form 2. Saat paling tersentuh hati aku adalah aku terjumpa satu kertas dia lukis gambar budak perempuan ikat tocang dua serupa macam dia dengan skirt warna biru. Dia cuma tahu tulis nama dia aje, tu je yang dia tahu. Dekat bawah nama dia tu dia tulis "B I O L" ...kesian kan. Aku tak tahu masa tu dia main sebat je tulis perkataan tu atau kawan-kawan yang ajar dia masa tadika. 

Rasanya ikan pun boleh cakap dengan dia..hmmm

Menangis jugak lah aku tengok dia jenis riang tapi dia hanya bercerita dalam dunia dia. Lastly, rasa tanggungjawab sebagai anak sulong dan rasa sayang kakak pada adik, aku gagahkan diri ajar dia kenal huruf   dan nombor satu persatu. Aku ingat aku sediakan kertas A4 potong dua dan aku klipkan jadi buku latihan dia. Aku balik sekolah Form 2 time tu dalam pukul 2.30 ptg, dia pun dah ada kat rumah. start pukul 4.30 ptg aku ajar dia. Break kejap ajak dia main dulu, minum petang ke...pastu malam sambung balik. Penat tu toksah cakap lah, tapi sampai bila harus aku tengok dia dalam keadaan tak boleh membaca dan mengira?. 

Sampai lah satu malam aku bawakan dia Buku Cerita bertajuk "Raja Ferhat". Aku garis-gariskan setiap suku kata perkataan dalam buku tu, jadi mudah dia nak membunyikan perkataan tu. Kalau ada video memang aku rakam saat paling manis dia menyebut satu-persatu perkataan dan seterusnya membaca buku "Raja Ferhat" tu. Alangkah seronoknya adik aku time tu, aku puas tengok dia gembira. Siap dia berlari-lari bawa buku tu. Tak lupa dia tunjukkan dia dah pandai membaca depan mak abah aku. Senyum lebar my parents. 

Ciuman kasih seorang ibu...

Start hari tu, apa saja perkataan dia nampak, rajin betul dia baca. sampai brand peti ais pun dia baca. hehe.. Hari ni dia dah pun menjejakkan kaki ke Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. InsyaAllah satu  hari nanti dia akan bergelar seorang guru. Aku pesan kat dia, "Kau ingat tak masa mula-mula aku ajar kau baca buku?", dia jawab "Mestilah aku ingat buku "Raja Ferhat" tu.." Aku harap dia pun dapat jadi macam Aamir Khan dalam movie Taare Zameen Par ni. 

At the end of the story, aku melinangkan airmata sebab teringat kisah aku dan adik aku dulu. Bukan aku nak memuji diri aku bagus ke hebat ke atau apa saja, tapi satu aku fikirkan kalaulah aku tak ada, apa akan jadi pada dia waktu tu?. Dan ke mana dia sekarang?...still thinking...So, moralnya, kalau ada anak-anak kecil atau adik-adik, atau anak-jiran yang dah masuk darjah 1 atau darjah 2 tapi still tak boleh membaca, ambillah inisiatif. Dunia semakin berkembang maju, dan yang paling takut dunia semakin kejam. Selalu fikir positif, negatif pun kena fikir jugakkan. Kalau ada salah dan silap, maafkan saya sebagai tukang blog. 

Cikgu Aamir Khan tu...nasib baik ajar budak2, kalau ajar remaja, tak jadi mengajar aku rasa...


Taare Zameen Par. Cikgu yang happening...lastly dia puas bila Ishaan yang bermasalah tu dapat membaca dan mengira.... Congrats...



Isnin, 5 November 2012

Peminta Sedekah Kena "POW"..hmm

Hai semua..rindu kat korang bila lah nak tulis citer baru kat sini lagi. Disebabkan kekangan kerja aku tak dapat nak update blog sendiri. Jadi, petang ini, aku pun ada lah sejam dua waktu senggang...tapi kali ni tajuknya agak sedih dan rasa nak marah pun ada.

Alkisahnya begini you all, malam tadi aku lepak-lepak dengan anak aku yang sulung si Hannah, entah macam mana dia terpecah rahsia sendiri dengan adik nya si Hakim. Rupa-rupanya budak 5 tahun dengan 3 tahun ni ada rahsia yang disorokkan baeekkk punya dari mamanya sendiri. Tapi, Alamak!!! terpecahlah pulak tembelang!!!!..huh..

Rahsianya tak lah besar mana tapi, aku rasa ada kesedaran sivik disitu ( Yer kut ayat nih??) hehe..korek punya korek rahsia tu, aku dapat lah cerita full version. Malam sebelumnya (yakni malam Sabtu ada pasar malam kat Tampin, kampung aku) aku pergi jalan-jalan tanpa arah, tak tahu nak beli apa bawa budak-budak ni dengan Mr Suami sebagai pendokong Hayfa full-time. Jalan punya jalan, ada lah seorang tua berbangsa Cina sedang meminta sedekah, fizikalnya serba kekurangan aku tak berapa nak perasan (menurut Hannah jari tangannya tak ada)..aku lalu depan orang tua tu. Ada mangkuk kecil depan dia, orang lalu-lalang pun buat tak nampak jer dia kat atas jalan pasar malam tu. Disebabkan anak-anak aku yang kecik2 tu jarang nampak situasi yang menyayat hati ni, diorang jalan slow motion jer depan orang tua tu. Kesian kut lebih-lebih lagi si Hannah, anak aku yang ni memang berjiwa sentimental sikit.

Tanpa pengetahuan aku, agaknya time aku sibuk pilih ayam goreng diorang kat gerai dekat2 jer dengan peminta sedekah tu, entah bila si Hannah pergi sedekah duit kat orang tua tu. Aku tak kisah, lalu aku tanya berapa keping not biru dia bagi?..so, Hannah jawab 3 keping semuanya. Mula-mula, dia bagi 2 keping, lepas tu dia kesian lagi, Hannah tambah sekeping lagi RM1... Hmm, tak pelah, mulia jugak anak aku si Hannah nih. Suka tolong orang. Tapi, ending cerita yang tak sedap, Hakim bikin fault betul....

Korang tau tak, Hakim pergi jumpa peminta sedekah tu dan minta balik RM1 !!!...adusss. Si Hannah melakonkan semula cara Hakim minta duit tu. Tergelak besar aku tengok, sambil keluarkan poket seluar yang kosong, dia cakap kat orang tua tu, dia tak de duit nak beli ayam goreng, duit tadi tu kakak dia yang pinjam..semua habis bagi kat peminta sedekah. Wakakaka....kalau aku jadi peminta sedekah tu pun kesian jugak..hehehe.. Maka, peminta sedekah tu pun bagi lah balik RM1 kat Hakim..

Rupa-rupanya, memang betul duit yang Hannah bagi kat peminta sedekah tu semuanya duit Hakim. Duit Hannah ada pada atok dia tertinggal dalam kereta. Bagus betul kan....kesian punya pasal, duit adik dia jadi mangsa bagi kat orang...nasib baik Hakim jenis tak malu punya orang..hehe

p/s : aku cerita pada nenek dan atok diorang, semuanya tergelak besar...haha



Rabu, 26 September 2012

Pontianak makan Petai???

Hai korang...rindu nak update blog sendiri, yerlah apa nak buat lagi time boring-boring camnih... Hari ni aku nak story pasal kisah memalukan ketika aku Form 3.

Kisah ni bermula waktu cikgu aku memilih 2 orang pelajar dari sekolah aku, untuk pergi camping antara pelajar-pelajar Melaka dan Negeri Sembilan kat Air Terjun Ulu Bendul, di Kuala Pilah. Tak lah jauh mana pun, sebab aku sekolah kat Tampin. Siap cikgu aku hantar balik rumah suruh packing  barang pergi camping, sebab aku memang liat nak pergi. HUHUHU...kesian giler kat aku.

Nak dijadikan cerita, camping ni bertemakan pasal hutan-hutan belantara kat Negeri Sembilan ni. So, memang kenal lah jugak renjer-renjer hutan dalam nih. Panjat gunung, cari tongkat ali, kacip fatimah memang seronok. Tapi yang tak seronoknya, nama kumpulan kat situ diberi pelik-pelik sempena nama-nama herba. Sampai sekarang aku ingat nama kumpulan, nama yang paling kelakar sekali antara 8 kumpulan yang ada. Bila sebut memang student semua ketawakan kitorang berlapan nih. Nak tau ke?...hehe, nama kumpulan kitorang TENGKUK BIAWAK..sampai ada yang panggil kitorang keluarga biawak..hampeh betul!!! yang lain aku ingat macam Halia Bara, Ubi Jaga, dan entah macam-macam nama lagi...

Suatu pagi, sebelum azan suboh aku dah terjaga, yerlah siapa yang lena tido dalam khemah sempit yer tak?.. So, aku pun bangun mandi, gosok ggi dan tukar baju tunggu di astaka (pentas terbuka untuk solat). Waktu itu, aku dan 3 orang lagi budak pempuan turun ke situ, memang gelap dan sejuk tambah lagi bunyi-bunyi unggas dan fauna dalam hutan tu, memang thriller lah kitorang...pagi-pagi buta lagi dah terpacak dengan telekung kat situ. Tak silap aku dalam pukul 5 setengah pagi kut..

Sewaktu boring-boring tunggu student lain bangun tido, kitorang pun borak-boraklah, citer-citer merapu.... Tetiba timbul pulak isu pokok petai yang aku bukak... Aku cuma cakap, "Dalam hutan tebal macam ni, banyak tak pokok petai..kalau binatang dalam hutan petik dan makan buah petai tu, kencing binatang tu "harum" tak macam kencing orang?"...(apa punya anak daralah time ni...skang dah mak orang dah..hehe)

Apalagi member-member lain pun tergelak lah berdekah-dekah sebab soalan aku yang tak siuman tuh. Tiba-tiba...jeng,jeng,jengggg....Penghulu student datang dan tiba-tiba mencicit lari ke belakang...Kitorang berempat pun jeritlah panggil dia.. Bila dia datang balik, berpeluh dahi dia, sebab dia ingat kami berempat ni pontianak bertapa kat astaka!!!. Sudahhhh....

Lepas tu dia perli balik "Oh..korang yang bercakap pasal pokok petai tadi?, pasal kencing lah..apalah...?" Eh macam mana dia boleh tahu lak nih, pada hal kitorang berempat je kat situ, lagi pun dia pun baru je datang.

"Eh..mana ko tahu?" tanya member aku dari Melaka,

"Bukan aku sorang je yang tahu..seluruh penghuni Ulu Bendul ni tahu apa yang korang borak tadi....!!! " jawab Penghulu tu selamba.

"Ko jangan nak menipu lah...Macam mana semua boleh tahu ni?" aku bertanya dengan nada cuak.

" Korang tak nampak ke depan astaka ni ada 2 mikrofon yang tengah  ON-AIR!!!"

Ya Allah!!! Baru aku perasan ada 2 tiang Mic yang tengah ON-AIR untuk renjer hutan buat Emergency Announcement...Malu giler lah kitorang time tuh.... Mana nak letak muka aku time nih, dalam lubang ke?. dalam tong sampah ke, dalam khemah ke nyorok tak nak keluar-keluar lagi...ISHHHH malu sey...

Lepas je Penghulu melaungkan azan Suboh, maka berduyun-duyunlah student lain masuk astaka untuk bersolat. Yang sakit telinga tu, dari jauh lagi diorang berteriak...."Petai, Petai, Petai.....siapa budak pempuan yang borak pasal petai pagi buta tadi ha?...semua student lelaki dalam khemah pasang telinga...gelak guling-guling...."... Adoiyai malu nya. Aku membatukan diri, tapi kantoi jugak sebab penghulu hampeh tu dah bagitahu siapa anak dara yang berborak pasal PETAI... huhu...



Moral dari cerita aku ni : JANGAN CERITA BUKAN-BUKAN WALAUPUN KITA ANGGAP ORANG LAIN TAK DENGAR, TAPI SEBENARNYA, TEKNOLOGI MENJADI SAKSI TANPA BUKTI...


Jumaat, 21 September 2012

Samsung Perli Iphone 5

Iklan ni aku dapat kat blog Aku Stress Giler , kelakar pun ada gak aku baca iklan nih. Selamba je, Samsung buat iklan ni, terang-terang dia bezakan. Tapi, antara Samsung dengan Apple ni, aku konfius sebab isi-isi perut dalam badan henpon tu. Kena pulak cari apa kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ada yang cakap Apple bagus, tapi tak mesra pengguna, ada yang cakap Samsung bagus tapi isi-isi perut macam sama jer....entahlah...yang penting dua-dua aku tak pakai...hehehe...


Khamis, 13 September 2012

Wajah Sempurna...YER KERRR????

Kat bawah ni aku postkan satu gambar wanita yang dikatakan sempurna hasil dari gabungan bahagian-bahagian muka dari selebriti-selebriti terkenal Hollywood.

Sekali tengok pun tak lalu...bab edit-mengedit ni manusia, tak sama macam kuasa Allah SWT yang Maha Sempurna ciptaanNya.

Bila aku perhatikan gambar ni, SERIOUSLY aku tak nampak dari mana datangnya KESEMPURNAAN tu. Korang nampak tak?...just minta pandangan aje.


Bagi pandangan aku, wajah-wajah selebriti tu dah cukup sempurna dah...

Jambatan Misteri Bunian...Wujud!!!

Hohoho....!!! macam seram je bunyi entri ni... tapi, aku ada cerita dari pengalaman aku sendiri, bukan aku cedok dari cerita-cerita orang lain atau blogger-blogger yang lain....truly dari pengalaman aku sendiri pergi menyiasat jambatan ni.. 


(Kalau view waktu siang pun dah macam seram, korang bayangkan aku pergi waktu malam macam mana??)

Makin extreme cerita ni hehe, aku mula tahu cerita pasal jambatan bunian ni lepas singgah kat blog http://fanadyalicious.blogspot.com ada cerita pasal entri ni. Yang membuatkan aku bersemangat nak terjah dan menyiasat jambatan ini ialah sebab lokasinya tak jauh dari rumah aku. Lokasi tepatnya taklah berapa pandai nak cakap, cuma yang boleh aku bagi hint, area jalan nak pergi Port Dickson. Masa aku pergi tu waktu malam (dah macam Team Seekers plak) dalam area pukul 9pm lebih macam tu.. Aku yang syok baca  mulanya, just bercerita santai dengan Mr Suami, alih-alih 3 hari lepas aku bercerita tu, Mr Suami ajak aku pergi Port Dickson makan malam. (Masa ni aku betul dah lupa kisah pasal jambatan tu...agaknya banyak makan semut..hehe) ..

Aku pun bersiap macam biasa tanpa ada sesuatu rasa syak pada Mr Suami, cuma yang aku perasan dia amik kamera henpon yang dah lama tak cas...(tetiba dia rajin nak mengecas henpon tu) MUSYKILLLL....di situ..

MUSYKIL kedua ialah, selalunya kalau pandu kereta memang dia selalu nak cepat sampai...aka memandu macam kat litar Sepang... tapi malam tu, macam jalan-jalan petang aje Mr Suami pandu kereta, dia siap BUKA TINGKAP KERETA!!! pulakkk... 

Sampai aja di satu tempat dia slow kan lagi kereta yang memang dah slow tuh....memang sunyi kawasan tu, lampu jalan kiri kanan memang tak ada, waktu malam tu pulak, tak banyak sangat kenderaan yang lalu lalang kat situ. Aku mula rasa heran..(masih lagi tak ingat pasal jambatan bunian tu..) 



Tetiba....Mr Suami terus memecah kesunyian dengan cakap macam ni.."HA...DAH JUMPA DAH JAMBATAN BUNIAN NI !..(buat aku tergamam macam tak ada darah kat badan!!! boleh berhenti pulak depan jambatan seram ni???) Adoiyaiii.... Mr Suami jenguk keluar tingkap kereta untuk pastikan pangkal dan hujung jambatan tu betul ada hutan dan semak ... dia pun lagi menambahkan seram sejuk aku... "YELAH BU...PANGKAL JAMBATAN NI DALAM HUTAN...HUJUNG NYA PUN DALAM HUTAN...KENAPA ADA JAMBATAN MACAM NI YE???"..aku rasa macam nak tekan aja pedal minyak kereta tu nak pecut laju-laju tinggalkan jambatan ni. 

"BU...TANGKAP GAMBAR JAMBATAN NI..."(terus hulur henpon yang dia cas tadi... apa ke peningnya nak tangkap gambar kat hutan malam-malam ni dah lak plak tu kat tempat horror... "AH..TAK NAK LAH...KARANG SAYA TAK LELAP TIDO...JANGAN NAK MACAM-MACAM..." aku terus aje nak menghanginkan badan.. menyesal aku cerita pasal benda alah ni.. Mr Suami tengok aku dah tak keruan, dia pun meneruskan perjalanan..

Bukan habis kat sini je tau korang...Mr Suami pergi cari satu lagi jambatan yang sama tapi jauh sikit dari lokasi tadi....memang bengang dibuatnya. Tapi, at least aku puas hati jugak, sebab aku tengok dan pergi siasat sendiri kewujudan jambatan bunian ni. Ya! Memang wujud. 

Paling tak dapat lupakan, saat aku dan Mr Suami berada area jambatan tu, seolah-olah kehadiran kami diperhatikan!!!... Cuma aku tak nampak siapa yang sedang tengok aku!!!???...



p/s : Kalau ada sesiapa pembaca yang nak tengok jambatan ni, pergilah dengan niat nak tengok aja, janganlah sampai nak rosakkan tempat tu atau nak panjat jambatan tu ke...atau buat benda-benda tak elok lak...tak baik..

Rabu, 5 September 2012

Demam Gangnam Style???

Yesss!!! Op Op Oppa Gangnam Style!!! tu je yang aku dapat tangkap lirik lagu Korea nih...hehehe, yang lain hareemmmm tak faham.. Sekarang nih, tengah demam lagu Gangnam Style ni, kalau kat Youtube, mak oiii melambak-lambak views you oss!!!... 

Aku mulanya, tengok Gangnam Style versi Raya, yakin gila lah lagu ni from Malaysia, tapi rupa-rupanya dari KOREA yang penyanyi adussss!!! Out Of Taste!.. hehehe 

Lagu ni aku bagi rating 4 stars jugak, sebab aku suka rentak dia yang macam ala-ala tak siap remix gitu.. Aku pun tunjukkan lah kat Mr Suami pasal lagu ni, memula tu dia bo-layan jer, tapi lama-lama dia pun macam layan pulak..aku pun senyap jer lah...

Ni ada story sikit pasal penyanyi asal lagu ni... korang klik kat bawah ni.



Ada STYLE takkkk????


Isnin, 3 September 2012

Senarai Harga Terkini Telefon Bimbit

Salam Hari Raya Aidilfitri...rasanya belum terlambat untuk ucap pada korang semua kan??..masih dalam mood raya lagi...sebenarnya tgh down nih, ada byk gambar raya nak upload tapi tak de masa langsung nak upload untuk kongsi dengan korang semua..sedey terlebeyyyy..jadi tunggu punya tunggu, aku jumpa lak entri pasal ni, tadi baru je searching harga henpon...pastu teringat nak share ngan korang jugak, tak payah lah susah2 nak pergi kedai henpon tanya satu2 kedai..just korang tahu dia punya standard harga pun ok lah..

Ni kat bawah ni aku postkan harga2 nya...tapi harga jerlah, mungkin ada yg teringin nak trade-in ke...keh keh keh duit raya berguni-guni kan.... :) tapi, mana yang sempat aku curi gambar kat Google Image ....

SENARAI HARGA TERKINI HANDPHONE

NOKIA 1208


NOKIA 1650

NOKIA 2680 CLASSIC


NOKIA 2710 NAVIGATION

NOKIA 5130 XPRESS MUSIC

NOKIA 7100 SUPERNOVA

NOKIA ASHA 200 
(insiden adik bongsu aku hilang henpon waktu pergi beraya hari tu....ni lah brandnya..hmmm)


NOKIA C7-00
(dulu pernah nak pakai henpon ni, tapi husband tak berapa nak minat sebabbbb...hmmmmm)

NOKIA N8
(sebabbb.....dia suruh saya pakai brand nih....hmmmmmmmmmmm)

Loteh pulak raso eh upload gambar tak habis-habis...yang brand lain tu kalau korang tak kenal rupa henpon tu, korang teruskan lah google yer..makcik dah tak larat nih....ni baru NOKIA jer..belum SONY ERICSSON, SAMSUNG, HTC, BLACKBERRY & APPLE... huh!!


Rabu, 8 Ogos 2012

SENARAI HOTEL DI PORT DICKSON

Hai semua....hehe, dengar je bunyi hotel semua tersengih, mana taknya, bila sebut hotel terbayang makan sedap-sedap, tilam empuk, ada air-cond, suasana tenang, ada kolam renang, ada room service paling best tiap kali sampai time makan....FUHHHH!!!! dah siap tersedia ...tinggal ambil je semua makanan tu...

Kali ni aku letak entri pasal hotel, sebab kat ofis aku ni sedang sibuk cari pakej untuk buat kursus sebenarnya..so, aku sambil menyelam minum air kan kan kan kan...boleh lahhh... Siap ada room rate dan dia punya accomodation lagi.


SEMOGA KORANG SEMUA DAPAT MANFAATKAN INFO YANG DIBERI..WOKEHHH..BABAIIII...

Ni antara gambar-gambar hotel kat Port Dickson tu...


Bayu Beach Resort



Costa Rica Hotel



Cozzi Hotel



Legend Water Chalets


Lexis Port Dickson


Regency Hotel


Thistle Port Dickson Resort 



Tiara Beach Resort


P/S :  Kat atas ni ada gambar je, nak tahu lokasinya kat mana korang search je lah Google Maps ...rerajinlah sikit yea... Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka dan Bersahur...juga Selamat Menjalani Ibadah 10 Malam Terakhir....Selamat HARI RAYA sekalilah..Maaf Zahir Batin...

Selasa, 31 Julai 2012

Meninggal Dunia Di Pangkuan Ibu..

   Assalamualaikum...semua, aku sedih baca berita ni hari ni. Entahlah, aku pun tak tahu sama ada pemuda ni bersalah atau pun tidak tapi, suasana dia meninggal dunia tu amat memilukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Kita yang masih hidup ni, entah macam mana lah keadaan bila menghembuskan nafas terakhir. Sedih sangat, ibu tua memangku anaknya yang berumur 28 tahun sedang lemah menghadap sakaratulmaut yang dituduh memiliki heroin di mahkamah Melaka. Semoga dosa-dosanya diampunkan Allah SWT. Kalau Tuhan nak cabut nyawa kita, bila-bila masa sahaja.....tak pernah awal atau lewat hatta satu detik sekalipun!..

Bawah ni pautan berita tu..korang bacalah.... :(

Melutut Sebelum Rebah


Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah...

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Is Back..Thanks Allah!

Assalamualaikum to all my Muslims Friends all around the world.. I wish all of you Have a Nice Ramadhan this year, May Allah Bless You, do more good things, and leave the bads... I am thankful to prolong life and can fast this year.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa selama sebulan. Alhamdulillah syukur kita masih dapat lagi menyambut Ramadhan tahun ini. Sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang mulia ini, bulan yang penuh barkah. Perbanyakkan amalan sunat dan janganlah ditinggalkan amalan wajib pula.


Selasa, 3 Julai 2012

Kisah Seorang Pemancung Kepala!

Hai...Selamat pagi semua pembaca setia.. Pagi ni baru je selak-selak cerita kat internet...Aku memang suka buka cerita yang lain dari lain...orang lain buka cerita pasal Bonus Raya 2012, aku buka cerita pasal pemancung kepala atau Algojo. Gambar kat bawah ni adalah seorang pemancung kepala pesalah membunuh di Arab Saudi kalau nak tahu lebih lanjut lagi latar belakang beliau ni, baca link kat bawah ni..wokeh...(ketarrrr lutuuuutttt)

Pemancung Kepala (Algojo) Arab Saudi



p/s : Agaknya kalau kat Malaysia buat hukuman macam ni, ada kurang tak kes jenayah bunuh?...hmmm

Rabu, 27 Jun 2012

Santap, Santai dan SENTAP...

Selamat sejahtera semuanya....!!!

Lama gile dah tak ber"blog" semenjak dua menjak nih...tiga menjak pun ye jugak??? hihi

Bukan malas, bukan tak ada masa..cuma sibuk setiap masa..korang pilih lah yang mana satu.
Korang baca je entri ni pun tajuk nya macam nak tergeliat lidah... SANTAP, SANTAI DAN SENTAP.. maaf ya sesiapa yang skill lidah nya pada skala 1.0 tu...saya minta ampun kerana tak pasal-pasal korang kena urut lidah...hihi

Ok, malas nak mengarut-ngarut dah ni, memula aku dah gabungkan 3 isu (chewaahhh "isu" kunun) yang aku kumpulkan macam kumpul setem kemudian di"combine"kan untuk jadi isu blog aku.. Tahap malas gaban nih..ahaha..

Memula sekali aku nak cerita pasal aku dah "LIKE" satu page di facebook baru-baru ini, so habuannya aku dah dapat..memang seronok dapat hadiah free..ni aku upload untuk korang tengok, (tengok je tau..hehe)


Inilah hadiah yang aku dapat via POSLAJU tu...dapat susu 350gram, risalah , borang peraduan free, kupon RM3 Off untuk beli susu 350 gram ni....dapat je terus snap..hihi

kalau korang berhajat nak dapat hadiah macam aku dapat ni boleh lah korang pergi LIKE dekat page diorang di FACEBOOK, tapi nak lagi cepat korang klik je kat bawah ni


Habis cerita kat atas eh..kita pergi lompat ke cerita kedua...jeng jeng jeng..

Minggu lepas aku & Mr Suami jadi pengapit bidan terjun pada kawan kitorang yang kahwin hari Sabtu lepas. Adoiyaii...korang fikirkan, aku & Mr Suami macam lipas kudung mencari baju yang boleh pakai sedondon, mulanya nak pakai baju kahwin kitorang dulu je, tapi bila compare dengan baju pengantin kawan kitorang ni, tenggelam pengantin baru weiii, yang timbul lip lap lip lap pengantin lama ni hah!! (aku & Mr Suami lerrr) hehehe..jadi terpaksa ikut T&C, kitorang decide amik baju nikah je lah buat baju pengapit..hihi save budget..nama pun pengapit terjun tiruk...


Ini pengantin baru JOE & JIEHA...huhu 


Ha..ini pengantin lama tu...kihkihkih...(dah botak dah bunga pahar tepi pelamin tu kitorang sedekahkan kat tetamu) 

Okay..teeettttt!!! habis adegan yang kedua di atas, kita masuk lak babak ketiga.. iaitu Makan Malam di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Mr Suami mengidam nak makan lala masak goreng bercili, jadi kitorang pun berangkat lah ke kedai RM d'Serai ( macam tak sure jer) lot belah tepi sekali..... gerai seafood ni kira macam gerai tetap kitorang kalau pergi makan seafood kat Sepang... memang best dia masak..hehe tapi waktu makan lupa nak snap lak, sebab perut dah berkeroncong sakan...


Macam mana aku tak sentap, korang tengoklah aksi-aksi anak-anak aku nih...seorang sibuk nak berdukung, seorang lagi dah lapar sangat nak makan ikan bakar, seorang lagi si hero malaya tu sibuk memanjat sana sini...feeenniiinggg den...huhu tapi seronok..


Acara menyedut Milo Ais.....siapa habis dulu dia bayar..hehe



Ini pose yang kelakar aku rasa...memang ikhlas lah senyuman tu Encik Hakim!..mata you pun you tutup..heheh

Rabu, 13 Jun 2012

Jom Exchange Banner

EXCHANGE BANNER kembali lagi!!!!! 
Kakak-kakak, Abang-abang, Makcik-makcik, Pakcik-pakcik..
Mari, mari, mari SINGGAH,
YANG JAUH DATANG DEKAT
YANG DEKAT DATANG RAPAT
YANG RAPAT LAGI RAPAT...
hari ini saya ada barang baeeekkk punya..
rugi siapa tak ambil, free ajew....hehehe

Ni dia, dah mai daahhhh....


siapa-siapa yang teringin nakjadi peng-exchange tegar, klik jer lah kat atas tu ek..

SELAMAT MENG"EXCHANGE" BLOG!!!








Isnin, 11 Jun 2012

"Kau usha Bini Orang der"....

Hahaha..entri yang agak PANAS jugak.. walaupun bukan selebriti punya cerita.

Alkisahnya pagi tadi lah, aku duduk melepak menunggu pengangkutan awam yang tidak kunjung tiba.... Naik berpeluh ketiak aku dibuatnya. Jenuh tok sah cerita, aku main Sudoku pun dah naik pitam tak juga sampai-sampai.. Alahai pakcik bas..

Di sebelah perhentian tu, ada sebuah sekolah rendah. Dari belakang perhentian tu, aku terjeling-jeling kat sekolah rendah mengimbau zaman sekolah rendah aku dulu. Bestnya, jadi budak..tak ada masalah nak pikir..semua mak yang uruskan..

Aku pun dah naik boring melayan persekitaran sekolah yang bertebing tu, maka aku duduk semula. Menunggu dan terus menunggu... Selang 2 minit after that, terjengah lah dari pondok pengawal sekolah tu seorang cikgu lelaki muda membawa 8 orang anak muridnya duduk di tepi tembok longkang. Wah...masing-masing dengan buku latihan..Hmmm... bagus-bagus..

Aku perhatikan aja dari jarak lebih kurang 50 meter dari tempat aku tunggu bas. Tapi, 10 minit kemudian, cikgu lelaki ni bawa anak-anak murid dia datang ke arah aku di perhentian bas tu. Macam rombongan makcik kiah lak. hahaha.. Elok aja cikgu ni suruh murid dia menulis kat tempat duduk perhentian bas tu. Mujur aku seorang diri aja.

Cikgu ni berlagak selamba je mulanya. tetiba dia bersuara, "Nak pergi kerja ke?..". Aku mengangguk dan pendek je "Ya..". Aku paling ke arah kanan semula perhatikan kehadiran bas.

Leka anak murid dia buat homework kat bus stop, oh rupanya diorang tengah melukis papan tanda jalan raya!. Sambil bersandar kat palang besi, cikgu ni bertanya lagi, "Duduk sini ke?.." Aku cakap "Ya duduk area sana tu". Aku diam lagi. Eh cikgu ni, banyak tanya lak.

"Awak kerja kat mana?..." lorr ada lagi soalan rupanya.
"Saya kerja kat Seremban," malas aku nak layan.

Agak senyap dalam 2 minit, dia bertanya lagi.

"Jauh tu berulang ke Seremban?..hari-hari ke?" peramah rupanya. Dah mula senyum sinis. Aku cukur misai sejemput tu tahulah..
"Nak buat macam mana, dah rezeki kat sana,". Ish tak faham ke aku ni malas nak melayan orang aku tak kenal, alih lelaki pulak. Depan murid pun jadi jugak nak meng"usha" tu. Agak-agak la...
"Awak kerja mana ek,?". Soalan ni yang aku tunggu-tunggu...nanti kau!
"Saya kerja kat Jabatan Pelajaran....," sinis je aku menjawab.

Tiba-tiba terkejut cikgu muda ni dengar "Jabatan Pelajaran"...ahahah cuak!. Buat-buat telan air liur. Dia tanya aku Unit apa lah, tingkat berapa lah...bla, bla..saya selalu hantar surat kat sana lah...bla, bla.... (Nak aja aku cakap..."Cikgu, please talk to my hand..." ).

Habis saja dia meleter, aku pun cakap lah menyindir dia..."Lambat hari ini, terpaksa naik bas,". Cikgu ni sekali lagi bertanya, "Selalu naik apa?".

"Selalu SUAMI saya hantar!,". Memang gelak besar aku dalam hati... Memang terkena cikgu ni. Padan Muka, lain kali nak usha pun bajet-bajet lah...sampai pekerja kedai sebelah pun dah bernyanyi memerli dia, buat pekak je, pekerja tu tahu aku dah kawen. Hihihih...terima kasih Wak!.

Terus dia diam, suruh murid-murid dia beratur balik ke sekolah. Ish, ish....nasib badaaaannnn....
Dalam hati aku menjerit dari belakang

"Kau usha bini orang derr...!"

Jadilah seorang wanita solehah...mulia dan dimuliakan....amin.