Khamis, 15 Disember 2011

KISAH GILER...


Kisah gila… J
Nak jugak MyKID “04”

LOKASI: 2 buah negeri yang berjiran
MASA: Pukul 9.15 am
ORANG TERLIBAT: Aku & Mr Suami

Aku tak pandai nak mulakan citer. Tapi kalau aku dah berciter,  penuh semangat  bunyi nyer…(bak kata kawan aku masa kat hostel dulu).Citer ni akan menjadi pengalaman manis+gila dalam hidup sewaktu aku tgh sakit nak bersalin. Bukan citer pengalaman nak bersalin, tapi suasana sewaktu tengah sakit tu.

Time aku preknen anak ke3 dulu, Mr Suami ada tanya nak pantang kat mana?...aku pun jwb nak berpantang kat rumah mak aku sendiri..(anak sulong & kedua pantang rumah mertua). Tapi Mr Suami tak kisah pantang mana2 janji dua2 sihat, tapi yang dia x bleh nak kompromi dia nak anak2 dia semua lahir kat Melaka..(Hospital Besar Melaka). Tak tahulah apa yg dia suka sgt, tapi aku selesa kat situ. Katanya Melaka dah maju…(shopping complex banyak) suka2 J

Aku pun mula bercuti kat kampong aku di Tampin. Suami pun amik lah cuti jugak. Aku ni sebenarnya menetap dgn kluarga mentua aku kat Jelebu, Negeri Sembilan. Maka, berbondong2 lah satu kapal tongkang beg masuk rumah aku kat kampong…macam pelarian aku rasa. Yang bestnya, aku dah nak tunggu hari pun, sempat lagi jalan sana jalan sini. Ke mana lagi kalau tak jalan2 habiskan minyak keta kat Melaka. Penah satu hari 2 kali pergi balik ke Melaka, pagi skali & malam skali…semata2 nak makan kuih pau panas kat Restoran Jejantas tuh..(Ni belum tahap gila lagi) hihihi ade lagi…

Kisah paling gilanya bermula hari sebelum aku bersalin, lebih kurang seminggu aku duk kat Tampin, tapi still tak de tanda2 nak bersalin, jadi aku pun decide dgn Mr Suami nak balik Jelebu kejap utk amik baju2 kain batik aku yg masih tertinggal di rumah mertua aku. Jadi, bila dah balik petang…aku pun tidolah satu malam kat rumah mertua. Plannya nak balik ke Tampin smula pagi2 esok..

Maka, masuklah hari Jumaat 9/9/2011…(masih di Jelebu lagi) pukul 9.15pagi aku dah mula rasa tak sedap perut, keluarga mertua aku semua tak ada kat rumah..pegi mana ntah..tak ingat lak. Aku pun terus bagitau kat Mr Suami yang  masih tido keletihan bawa keta smalam dari Tampin-Jelebu.

Dengan sepantas kilat, capai sana capai sini..(brg2 yg belum bawa masuk keta), dlm sakit2 tu Mr Suami bleh buat lawak sengal..dia bleh tanya bleh tahan lagi ke?..nak bersalin sgt ke?..aku senyap jer. Cuma mengangguk jer lah.

Aku pun cakap, kita cancel jerlah nak bersalin kat Melaka kali nih, hntar aku bersalin kat Hospital Jelebu jer lah…tu yg dekat 10km lebih je di saat kritikal nih… Muka dia dah mula masam..apa taknya, hajatnya nak dptkan MyKID “04” akan berkecai jadi “05” lak… sbb aku nak bersalin kat Jelebu,n9.

Dengan tekad penuh azam, dia pun tawakkaltu jer memecut laju keta ke Hospital…dlm perjalanan tu aku ingat kan menuju ke Jelebu..rupa2nya keta meluncur laju arah ke Seremban. “Awak nak saya bersalin kat Hospital Seremban ke?” dia just ngangguk jer, kata dia selamat sikit, facilities & pakar ade kalo ade ape2 contraction. (more or less dlm 27km ke Seremban dari Jelebu)

Aku pun dah malas nak layan..baik aku layan si kecik yg nak kuar ni..sesampai saja kat Seremban, dia tanya lagi sakit ke tidak, bleh tahan ke?..aku pun jawab leh “tahan jugak lah sakitnya”..time tu dah pukul 11 pagi tak silap aku..

Agaknya dgn hati yang hampir kecewa, dia pun kata “Time camni parking kat Hospital Seremban susah, lagipun saya tak tahu nak letak awak kat mane?.”.. Hati aku ni dah panas dah. Sakit lagi, parking x der lagi, nasib baik Hakim aje yg ikut, Hannah ikut pak mertua aku jalan2, kalo tak lagi bertambah serabut paler time nih.

Bila dah malas nak fikir panjang, Mr Suami pun terus menuju masuk ke highway utk balik Tampin (utk tukar keta dgn ayah aku) sbb keta aku bergegar kalo bawa laju2… Mak aku mcm tak percaya aku nak bersalin kat Melaka jgk dlm keadaan mcm tu…tapi mak aku sempat bagi air masak kat aku..(ntah apa dia baca agaknya aku rasa sakit kurang sikit dari tadi) ..

Mr Suami pun dapat keta, tekan minyak mcm air…destinasinya ke Hospital Melaka..nasib lah traffic tak brapa nak jam..fhm2 jerlah dah dekat pukul 12tghari..hari Jumaat aku nak bersalin, org nak balik keja, budak sekolah nak balik…tgh2 aku menahan sakit dlm keta, kat traffic light, bleh lak berselisih dgn ambulan pun bawak org sakit jgk…(tapi tak de lah siren)..pemandu ambulan nmpk aku tgh sakit nak bersalin, dia bagi Mr Suami jalan dulu..(mgkn time nih pemandu2 lain pelik..ambulan bagi keta aku jln dulu)..

Akhirnya……

Tepat pukul 1.23tghari, Hajat Mr Suami nak MyKID anak ke3 dia “04”..alhamdulillah tercapai jua…(dlm hati, taubat aku tak nak berjalan dah kalo due dah dekat)

Mr Suami pesan, dia akan menyesal seumur hidup kalo hajatnya tak kesampaian nak anak2 dia semua lahir kat Negeri Hang Tuah tu, biar MyKID semuanya “04”…
(insyaAllah bertuah semua anak2 mama)
Rezeki koranglah dapat papa mcm tuh…:P

(2 HAJAT AKU TERCAPAI JUGAK)
1)   Aku suka tarikh 9/9/11…mcm 911
2)   Aku nak susun masa lahir dari anak aku yg sulong sampai ke no 3 mmg ikut turutan 1-8 (hannah lahir pukul 8.07malam, hakim 6.54pagi, hayfa pukul 1.23tghari) kan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 , 8….hihihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...