TIPS & PETUA

First sekali page ni akan kongsi tips2 yang aku simpan dalam kepala, untuk sepanjang hidup. Sumber-sumber juga adalah daripada sumber yang boleh percaya atau pun sikit-sikit kepercayaan orang kita aje. Tapi, setakat yang aku amalkan semuanya OK aje.

TIPS Beli Kasut

OK, korang mesti suka pergi shopping hujung minggu kan?... Tips beli kasut ni aku dapat masa aku sekolah menengah dulu, my mak beli majalah dan dah tak hingat dah jenama majalah tu. Tips untuk beli kasut ni agak mudah je,:

1) Waktu yang sangat sesuai untuk beli kasut baru ialah WAKTU PETANG. Murid-murid...kenapa waktu petang? ngeheehehe sebabnya, segala otot dan urat-urat kita dah pun berkembang dan aktif ketika ini setelah separuh hari kita menjalankan aktiviti seharian. So, kalau korang tak percaya korang boleh bandingkan saiz kaki korang akan kecil sedikit waktu pagi, tapi bila dah petang, saiz kaki korang tetiba membesar!!! & aku pernah buat, beli kasut waktu pagi, bila dah petang kasut baru yang dibeli tu SEMPIT!. jadi untuk beli kasut raya nanti, shopping lah petang-petang yer murid-murid...

2) Tengok tapak kasut. Korang belek lah tapak kasut favourite korang dulu. Ada sesetengah orang, suka tapak kasut getah (macam aku, konfem tak beli kalau tapaknya plastik) . Bukan apa, memang tapak getah ni mahal sikit kalau nak banding tapak plastik, tapi sebabnya bahaya licin kalau jalan kat jubin atau lantai marmar tu yang aku suka jenis melekap ada grip macam tayar kereta. Ngeheehee...

3) Gigit kasut. Yang ni tak tahulah kesahihan nya kalau korang dah beli kasut tu (jangan gigit kasut yang korang tak jadi beli) nanti kena hempuk pulak dengan tokey kedai kasut tuh...huhuhu ada kesan gigi korang (design baru...huhuhu). Petua ni orang cakap jangan kaki kita melecet bila pakai kasut baru. 

4) Fabrik kasut. Material yang digunakan sekarang macam-macam jenis ada, ada jenis plastik lembut, kain cotton, jeans & macam-macam..kulit buaya pun ada. (kalau jadi beli kasut kulit buaya ni, korang gigit tak macam tips kat atas tu?? hehee) Kalau kaki korang jenis aktif (kuat berpeluh hehehe) jangan beli jenis material yang tak boleh alir udara.. nanti korang buka je kasut tu konfem pitam & muntah hijau orang sekeliling... kalau korang degil tahap gaban jugak, korang boleh beli Foot Perfume khas untuk kaki orang-orang yang berpeluh... kat Avon ada jual (aku bukan dealer Avon wokeh, just pernah nampak je..)

Setakat ini tu je lah aku ingat pasal TIPS beli kasut ni... Kalau korang nak tahu satu lagi pasal kaki, ialah Jarak dari pergelangan tangan korang ke pelipat siku adalah sama panjang dengan tapak kaki korang sendiri!!! Ha!!! Cuba ukur sendiri kalau tak percaya!!! 

Wokeh!!! Babai...









TIPS elak kena samun di Mesin ATM

Hai semua, aku ingat hari ni hari Sabtu aku tak ada masa nak update page ni. Hari Sabtu aalah hari sensitippppsss..huhu

Ok, back to the point kita, hari ini aku nak kongsi dengan korang-korang semua kat luar sana tu tentang bahayanya kalau kita ke bank!. Apatah lagi kalau pergi seorang diri, tak kiralah jalan kaki ke, naikmotor ke,naik kereta ke or whatever lah korang nak naik, tapi pastikan keselamatan diri korang semua berada di tahap GOOD bukan GOAL yerrrr...

Aku yakin semua ada kad ATM kan, bukan Angkatan Tentera Malaysia tapi Auto-Teller Machine terjemahkan Mesin Bagitahu-Automatik hahahha... Serius,serius,serius....topik penting nih..!

Ok, baguslah ada kat ATM Bank korang masing-masing, tapi yang merisaukan setiap pemegang kad ATM adalah orang-orang yang berada di sekeliling anda. Mesti korang masa beratur keluarkan kad ATM (waktu gaji lah paling risauuuu) korang akan terpandang-pandang sekeliling macam ada jer penyamun atau perampok-perampok tak bertopeng memerhatikan anda..aku pun takut jugak. Risau ajerrrr. Takut jugak, kut-kut ada yang pakai teropong tinjau no pin korang ke kan kan kan????Tapi jangan risau semua, aku ada cara dan tips untuk elak korangjadi mangsa samun di ATM..

1) Kalau ada orang tetiba menyucuk pistol @ parang @ pisau kat belakang korang untuk paksa keluarkan duit kat ATM, korang ikut jer...nyawa korang lebih penting..make sure pleaseeee sesangat jangan melawan okeh!!!! ikut je..

2) Masukkan kad ATM korang macam biasa.

3) Ok...kat sinilah HELP-DESK korang. Bila dah masukkan kad tu, tentulah pasni masukkan no pin pulak kan, kali ni JANGAN MASUKKAN NO PIN KORANG TU

Contoh no pin korang sedia ada : 123456

Tapi, jangan TERUS TEKAN "123456" tu...

Korang mesti masukkan no pin macam ni "654321" yerrr betul...SECARA TERBALIK!!!

Duit korang tetap akan keluar macam biasa ikut jumlah yang diminta perampokjahanam tu, tapi, pihak bank akan rekod no pin salah korang tu dan terus ke bahagian keselamatan untuk transaksi tak sah tu. Bila pihak bank tahu, transaksi tu adalah samun, maka ke lokap lah jawabnya perampok jahanam tu tadi...

Hmm...rasanya, tu aje untuk kali ini..CAUCINCAUUUU...

TIPS Jaga Muka ala-Bajet

Tak payah banyak cakap ler, kalau nak tahu rawatan muka ala-bajet ni maksudnya, tak payah bayak duit keluar untuk beli foaming wash yang mahal-mahal, toning ler, moisturizer ntah hapa-hapa, dengan serum lah..wahahah belum masuk krim siang, krim malam, krim senja kihkihkih.....jadi kertas lukisan le muka korang..huhuh

Wokeh, enrti pasal tips ni memang senang bai tu nak dikiut, dan aku dah try dah..semenjak zaman remaja lagi. Sebenarnya muka aku dulu kategori combination skin bak kata facial staff yang rawat dulu, dia banyak bagi nasihat pasal penjagaan muka. Yerlah, mmg penting, sebab orang akan nampak kita melalui muka kan?..takkan orang lain bercakap dengan tangan kita lak..hihihi

Ini aku dah pecah-pecahkan kategori jenis kulit muka :

Kulit Berminyak:

Jenis kulit macam ni memang susah nak dirawat, memang rimas lagi bertambah minyaknya kalau salah make-up. So, korang yang ada kulit berminyak ni JANGAN GUNA MAKE-UP BERASASKAN BENDA LAIN, GUNA JENIS AQUA..water-based ler.. Nak hilangkan minyak mungkin mustahil, tapi mengurangkan minyak insyaAllah boleh.

Setiap malam, korang terpaksa tepekkan muka dengan Bedak Sejuk, tak pun kalau korang ni jenis ada resdung sebab debu bedak, boleh gunakan serbuk kayu manis, dulu aku kirim aje kat member2 yang duduk kat Muar atau Batu Pahat..ehehehe ambil sesudu besar serbuk kayu manis tu, korang campur air sikit kali likat dan tepek kat muka. Besoknya, korang dah boleh start tengok hasilnya. Minyak muka korang yang berkilat-kilat tu dah terserap kat serbuk kulit kayu manis tu, siap boleh goreng tanpa minyak....huhuhu
( kawan aku yang perli...)

Kulit Kasar atau Kusam:

Memang boring giler kalau tengok muka sendiri macam hantu siang kan?.. so, boleh lah try tips ni. ambil sebiji telur ayam kampung yang ORI jangan Cetak Rompak...tak ade Omega Plus2 kat sini...hihihi, pecahkan telur tu and then sapu putih telur tu kat muka korang... kuning telur tu TAK MAU HA! kuning telur tu korang sapu atas biskut jerr.. jangan panik, muka korang akan serta-merta keras, bagus juga jadi masker telur ayam kampung nih...jimat kan?..Belajarlah bela ayam kampung pas nih..huhu

Kulit Kering:

Yang nih pulak, kulit rasa macam melepuh pun ada....dulu aku penah rembat arwah nenek aku punya air gamat yang dalam botol (warna hijau, ada gamat dalam tu, airnya jernih rasa masin-masin skit)..hihihi, aku tahu khasiat air gamat ni, jadi aku pun tuang lah dalam setengah cawan dan sapu seluruh muka setiap  malam sebelum tidur. Maybe, sebelum ni mak aku sponsor timun hiris..tapi malas nak potong timun jadi aku lebih rajin kongsi air gamat dengan nenek aku..hihihi... semua benda aku try kat muka..nasib baik tak ASID.. nanti jadi muka Planet Of The Apes....ahaha TAK LARAT!!!

Parut Jerawat dan Rambut Bermasalah:

Tu lah, orang dah pesan jangan picit jerawat degil sangattt...kan dah berbekas..nampak cela jerawat malu kan?..aku faham masalah tu..:) Serbuk kayu manis tadi korang boleh letak kan juga, cara penggunaan pun sama, lagi satu, mak aku ada tanam pokok lidah buaya (Aloe Vera) pun aku cabut-cabut sapu kat muka & rambut...hihihi, mati semua pokok tu..siannn....Untuk rambut, aku campur Aloe Vera (isi dalam aje, kulit tak payah ambil) Daun Bunga Raya, Limau Purut...gosok kepala, bestnya..sejuuukkk kulit kepala..sebiji macam bau kat SPA!...Kalau kelemumur, Buah Limau purut aje dah boleh dah, tapi jangan campur dengan santan!, nanti kulit kepala berminyak, kalau syampu kilang boleh aja..hihihi

Bibir Kering:

Pernah dengar Petroleum Jelly?.. jenama Vaseline pun ada. tapi aku dulu guna jenama lain.. Bibir aku dulu memang ada masalah sampai sekarang aku guna Lip-Balm je, lipstick Safi je aku boleh guna, lain brand...hambek ko macam bibir mayat nanti, pucat dan kering. Untuk bibir aku penah dapat rawatan dari Doktor Pakar Homeopathy (merangkap Pak Ngah aku), dia bagi aku ubat jenis cecair untuk basuh mulut, sebotol aje, terus tak kering dah..ini pun atas syor mak aku!. nak harap aku?...sampai kena kanser bibir pun belum tentu aku pergi...

HUH!..penat aku tulis, nanti ade yang lain-lain kalau aku ingat aku update lagi yerr..rasanya cukup kut untuk entri hari ini....SELAMAT MEN'TRY'....


Tips Kawal Belanja Kaw-kaw

Pernah tak korang menghadapi situasi "genting" di tengah bulan..malah ada pulak cukup bulan je langsung tak berduit. Padahal kerja, bukan tak kerja. Kat sini aku nak kongsi tips yang teramat penting bagi mengelakkan korang yang sering kekeringan poket akan terus kering dan kemarau.

Ok, aku akan mulakan cara aku menabung dan berbelanja sewaktu aku bujang dulu. Aku dulu kerja taklah besar pun, jadi salesgirl kedai baju je. Gaji pun ciput, yerlah kedai tak besar, pelanggan pun tak ramai. Gaji aku time tu RM650.00 yang dibayar cash oleh Encik Bos aku sendiri..(walaupun dah 10 tahun berhenti, tapi sampai skang kalau aku shopping baju kat situ, confirm dapat diskaun ngeheehe..stokin pun dapat free).

Aku akan bagi-bagikan setiap perkara yang aku WAJIB bayar dari gaji aku. Time tu tak de kad kredit alhamdulillah sampai sekarang pun tak de kad kredit..ngeheehee. First, aku akan hulur kat mak abah aku sorang RM 50. So, aku dah habis RM100. Tinggal lagi RM550. Aku akan asingkan belanja pergi dan balik kerja. Aku naik bas je time tu. Pergi kerja tambang bas RM0.50..murah kan time ni?. RM0.50 X 30 hari kerja = RM15. Itu pergi aje,. balik kerja aku X 2 = RM 30.

Ada balance RM535. Aku makan kedai tak selalulah time ni, selalunya abah aku akan hantar bekal makan kat kedai aku kerja tu. Saving giler lah. Tapi, terkadang tuh, nak jugak basah tekak kat kedai makan. Ngehehe.. Dari baki aku yang RM535 tu, aku akan beli top-up untuk handset habis dalam RM100 jugak untuk sebulan guna. Time tu top-up memang mahal. Terpaksa puasa dari bergayut dengan boy-friend..hehe.. Dah tinggal RM435, ni lah duit aku guna nak beli barang keperluan aku yang habis, deodoran ke, make-up ke, pembersih muka ke & paling penting, hadiah kawin kawan2 time tu..semua minta yang gah-gah aje...Ceeiitt...Kiranya dalam sebulan tu dapatlah aku bank-in lebih kurang RM2++ camtu.

Tapi sekarang ni, dah kahwin, ada 3 orang anak lagi, tak dapek nak belanjo cam ateh ni doh... semuo duit!!!  Tapi, anak punya pasal, aku tak makan kat ofis pun tak pe, janji kereta & anak aku makan kat sekolah sudahhh... Setiap bulan jangan terus belanja habiskan gaji korang, simpan untuk belanja kecemasan, contohnya maintenance kenderaan, balik kampung mengejut, mak ayah sakit ke, anak-anak sakit ke, cikgu-cikgu minta bayar itu ini ke...mana nak cekau tengah bulan belanja ni semua...

Dah jadi mak ni, semua aku nak kena fikir, merangkap Akauntan rumahtangga. Kira-kira dalam kepala. Nak menyimpan RM50 sebulan pun, dah kira bertuah tu. Kalau dah setahun RM50 X 12 =RM600. Banyak tu dari bonus. ngeheehe..

Yang penting, setiap kali gaji keluar, bayar apa yang patut dulu, kemudian barulah fikir nak beli barang yang remeh-temeh..ni time gaji..semua satu shopping centre nak beli...belum seminggu gaji, dah melingkup dapur rumah tak berasap.

Tips "Menggoreng" tanpa melekat di kuali

Hai semua...pe kabar? petua yang aku nak share kali ni amat berguna sekali khususnya kepada para ibu-ibu dan anak-anak dara yang nak belajar menggoreng ayam, ikan, sotong ke udang ke dan ntah apa-apa lagi..

Dengan baik hatinya, aku telah mengorek rahsia ini dari abah aku sendiri, terima kasih ek..sebab sudi pecah rahsia. hehe... baiklah, first sekali lepas korang semua siang ikan ke potong ayam ke daging ke pastu tinggal nak menggoreng je kan...pastikan bersihkan kuali tu bersih2..jangan ada kesan minyak goreng lama (akibat malas basuh kuali) tertinggal..I DONT LIKE THAT!.. Lepas penat menyental, korang panaskan kuali tu macam biasa lah, sampai kering air dalam kuali tu, konfem lah pastu letak minyak MASAK bukan PETROL yerr..jangan salah letak plak..

sampailah dikemuncaknya, bila minyak dah panas tu, korang percikkan sikit dengan air (tak kisahlah air paip ke, air masak ke? jangan air berperisa sudahhhhh...jangan pulak simbah sebaldi dalam kuali tu..HAAAA KORANG yang GARING jap lagiiiii!!!!. Ala-ala kadar je, ada bunyi melanting2 sikit2 tu dah ok lah tu.

Pastu korang menggorenglah dengan aktifnya, kalau melekat jugak...tukar je lah cara masak..bakar ke , stim ke, rebus ke...hehe

Abah aku dapat petua ni dari seorang ketua memasak kat kenduri kahwin..baru nak start goreng ayam, dia masukkan air ntah secawan kut dalam kuali ada minyak panas tu, abah aku pun tanya lah untuk apa?.. Chef tu pun cakap untuk elakkan makanan yang digoreng tu melekat pada kuali...Al-kisyahhhhh...babai..
   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...