Rabu, 17 Ogos 2011

Pagi Yang Cerah...

Hai, hai, hai.... Selamat pagi semua kawan2..


Harap2, korang sumer sihat lah hari ni. Kita dah nak dekat raya nih, kenalah jaga kesihatan elok2, kalo demam waktu raya nanti, sapa yang susah..baju raya cantik, warna warni..tengok orangnya lak..adoiyaiii.. sembap je muka. hihihi


Aku nak kongsi dgn korang satu cerita, ni zaman aku bebudak dulu..(ntah nape aku suka berciter kisah zaman kecik2 dulu)..


Al-kisahnya, masa aku darjah 3, aku mula nak baca buku cerita yang tak de gambar..(kira novel la).. aku pun pinjam dengan sorang kakak darjah 4 tu, buku cerita hantu.. Hantu Kopek!. huhuhu, aku tak kisah lah apa tajuknya, janji aku dapat baca.. macam menarik kulit depannya. Maka, dari pagi bawak ke malam aku ngadap buku citer hantu tu. 


Nak dijadikan cerita, bila habis je page yang akhir, dah dekat waktu aku tidur. Dah tengah malam pun semangat nak habiskan ni. Tetiba, malam tu aku mimpi ngeri sgt2. Aku terjumpa hantu kopek tu dalam longkang tepi rumah aku (rumah aku rumah kampung).. Macam real, aku berlari macam tak cukuup tanah, muka hantu tu warna hijau, gigi dia panjang2, mata dia warna coklat & besar lak tu, rambutnya kerinting2 dan sikit2 jer...mulutnya lak warna merah dan banyak air liur meleleh..wekkkk!!! geli gile aku ingat balik. Tapi sampai hari ni aku masih ingat mimpi seram tu. Yerlah, dalam buku tu, gambar hantu tu x de, maka dalam mimpi aku lah dia muncul. Hantu kopek nih, suka sorokkan budak2 kecik. Mak mertua aku pun suka marahkan cucu2 dia kalao main sorok2 waktu senja.."Nanti kena sorok kat hantu kopek tau lahhh.." lebih kurang camtulah ayat mak mertua aku.. 


Lepas dari insiden yang dasyat tuh, aku tak berani dah nak baca buku cerita hantu, lebih kurang 3 tahun jugak tak sentuh buku2 ala2 seram nih. Tapi, masuk darjah 6 je, aku start berani balik...hihihi kali nih aku baca buku lagi seram..korang mesti ingat nyer, SIRI BERCAKAP DENGAN JIN penulis dia Tamar Jalis. Pergh!!!, nasib baik hantu2 nih tak kejar aku lagi dalam mimpi..kalo tak kencing malam la aku.


Hehehe..dah masuk sekolah menengah (perasan dah remaja sgt) aku baca novel cinta lak. Macam minah jiwang lah plak. Pernah sekali novel yang aku baca tuh, cikgu2 muda pun ikut pinjam sekali. 


Positifnya, pupuklah minat membaca dan sukakan buku ilmiah (bukan mcm aku) sejak dari kecik lagi. My kids pun, aku suka bawa diorang masuk kedai buku. Tapi yang adiknya tuh, kalo masuk kedai buku suka cari Pensel warna & pengasah pensel. Pada hal baru 2 tahun, hihihi kelakar lak rasanya, tengok dia blaja asah pensel. Si kakak plak, suka buku ABC, Buku Mewarna, aku malas nak marah sbb kat rumah dah berlambak2 buku macam tu, tak pernah yang habis pun diorang buat, dah beli yang baru...



AKU PERNAH DIPERBODOHKAN DENGAN CERITA NIH...HAMPEH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...