Salam semua,
Wahhh...best lah malam ni ada gerhana bulan ek?.., aku takkan lepaskan peluang malam ni nak bersantai depan rumah sambil meneropong ke angkasa raya.. ni lah hobi aku time kecik2 dulu.. ada memori di sebalik GERHANA BULAN sebenarnya, RINDUNYA...nak balik ke zaman kecik2.. Aku mula jatuh hati dengan keindahan angkasa raya sejak aku sekolah tadika lagi, dulu rumah aku rumah kampung jer, jadi tempat melepak kaum keluarga aku tak berbumbung, kat situlah jalan nak ke tandas, jalan nak ke dapur & nak basuh pinggan mangkuk.. aku ingat lagi, time nak tunggu abah aku balik dari meniaga pasar malam, aku adik beradik dah "bersidai" dah kat luar rumah sambil mengira bintang2 kat langit. (heheh siap main cop2 sape punya bintang lagi) aku dah semestinya nak yg paling terang menyinar. hihihih...
Kadang2 tuh, aku adik beradik akan tenung bulan (dah tenung matahari mak aku marah), sambil berbincang gambar apa yang terbentuk kat atas bulan tu. Mak aku cakap, ada gambar seorang nenek kat bulan tu kalo tengok betul2, maka berebut2 lah adik2 aku merenung bulan kut2 ada lak ternampak muka nenek tua kat bulan tu. Nasib baik aku nampak (mata cekap time tu) agaknya aku terfikir mak aku kecik2 dulu pun suka tenung bulan kut, tu yg anak2 dia terikut2 jugak. hihihi...
Malam ni lak, aku nak ajar anak2 aku tengok kebesaran Allah SWT. Mana tahu, satu hari ada salah seorang anak aku "jatuh cinta" dalam bidang Astronomi, paling koman pun, keja ngan company Astro..hihihi kalo nak tggu gerhana bulan penuh mungkin lambat lagi, ntah aku hidup ntah dah "selamat" dalam tanah.
Aku fikir jugak, time diorang kecik2 ni kena kumpul banyak memori bersama Mama & Papa diorang, nanti dah besar, tak payah nak ajar2 suruh rindu dengan mak ayah lagi. Pasti diorang akan terkenang sendiri zaman kecik2 macam aku nih. Walaupun adik beradik aku dah merantau sana sini, tapi kitorang still ingat lagi kenangan2 nakal kecik2 dulu. Siap bleh ingat satu2 lagi, tak payah buat diari!.. dasat tul..
Aku bersyukur ke hadrat Illahi, kerana memanjangkan usia aku sampai hari ni, aku akan manfaatkan saat2 yang lapang bersama famili aku, aku sedar 1 hari nanti aku pasti akan terlalu merindukan waktu ni, waktu di mana anak2 aku semua dah dewasa...dan dah ada tanggungjawab masing2. Kalo aku tak sebagai Mama tak buat semua tu, sapalah manusia lain yang nak ganti aku buat semua ni utk anak2 aku..DARAH DAGING aku. Dan aku takkan sekali2 menggunakan alasan yang aku bekerja utk melepaskan tanggungjawab aku sebagai isteri dan mama pada famili aku.. INI JANJI AKU.. ALHAMDULILLAH..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakan mengulas...
Terima Kasih banyak-banyak yer...