Selasa, 20 Disember 2011

Manis vs Pahit


MANIS vs PAHIT…

Wah..bestnya, tak lama lagi kita nak melangkah ke Tahun Baru 2012!!! YuhOOO…
Walaupun tahun depan angka usia aku paling last “2” di depan..pastu pangkal “3” lak..hmmm tak pe lah, apa ada pada umur..semua org akan tua… aku tak de rasa ape2 pun…hihihi

Sepanjang tahun 2011 ni, korang mesti banyak simpan peristiwa manis & pahit… ada yang sengih je, ada yang mcm blur2 je…ade yang kata huh! Serupa je mcm tahun2 dulu je hidup aku..tak de benda yang berubah pun..(mungkin saiz badan kut) hihhi J

Biasa lah, mana ade manusia hidup sentiasa manis…tak de pahit2..dan tak de manusia dlm dunia nih asyik2 pahit je yg datang…tak de yg manis lak…bak kata org hidup mcm roda..(aku dah rasa hidup mcm roda..memang betul pun)

Cuma azam & kesabaran yang membezakan kita semua. Ade org tak tahan cabaran, terus blah sebelum berjuang….jenis org camnih, mungkin belum cukup dugaan yang berat2 lagi dlm hidup dia..maybe jugak dah terlampau lama hidup senang…jarang2 rasa susah.

Terkenang plak aku, kisah cikgu aku dulu…cikgu aku ni kategori org senang jugak walaupun anak dia ramai…sbb dia rajin, mcm2 keja dia buat. Tanah sekangkang kera pun leh jadi kebun sayur..subur plak tuh. Yang lawaknya, cikgu aku ckp, bila sayur dah cukup matang, dia pun mulalah buat aktiviti petik-memetik…pastu korang nak tahu dia ajar anak2 dia rasa susah…sayur2 tu tadi dia masukkan dalam bakul & suruh anak sulong & anak kedua yang skolah rendah tu pegi jual keliling taman tu. Bukan nak suruh laku pun, tapi suruh rasa susah..nnt bila dah besar, perkara mcm ni akan jadi guru yang paling bermakna.

Skang nih aku tengok, anak2 cikgu aku nih semuanya berjaya2 belaka. Suka aku tengok hidup dia. Cara dia mendidik anak, tak sama mcm org lain, dia ade pendekatan dia sendiri..mungkin ikut cara dia kecik2 dulu kut.

Tahun depan, aku sendiri tak tahu apa azam aku…hmmm mungkin nak lulus periksa jer lah…hihihihi. Agak2nya kalo buat buku mcm diari tu pastu, kira kan yang mana perkara manis, mana perkara pahit, mana paling banyak eh…???

Hahahah..cepat kira cepat kira!!! J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...