Selasa, 16 Ogos 2011

Sedekah Jariah...

Salam blogger2 semua....yang tukang baca pun salam jugak...hihihi,

hari ni macam serius sikit lah bunyik nyer tajuk artikel aku nih, SEDEKAH JARIAH di bulan Ramadhan.. Sebenarnya citer ni timbul semalam, waktu aku pergi 7 Eleven kat Sikamat. Hihihi, nak beli top up, & beli roti & air utk my kids berdua  tuh. Dah habis punggah barang kat 7 Eleven tuh, maka sesi utk membuat pembayaran pulak lah.

Masa dah kira2 semua, cashier tu pun bagitahu aku kalau aku nak beli barang2 utk anak2 yatim dan sedekahkan utk mereka, letak dalam kotak besar kat depan mesin slurpee tu.. aku pun tgh kalut, sbb teringatkan anak2 aku dah kebulur dalam keta, aku just mengangguk & aku sempat pesan kat cashier tu, lain kali akak dtg, akak derma InsyaAllah..cashier tu senyum jer. Mungkin dia faham kut. Keadaan aku yg tgh sarat nih nak kendong banyak barang2..

Entah macam mana, sampai ke tengah malam aku dok fikir insiden tuh, aku mcm terasa berlaku zalim plak kat anak2 yatim nih. Tak habis2 aku dok fikir "Bersalah ke aku tak derma tadi ek?".."Aku nih pentingkan diri sendiri ke?" "Dulu aku susah, sekarang dah senang bila dapat keja gomen pun sedekah RM10 hengget pun kemut?"...ARRRGGHHHH,,,dan akibatnya, pukul 3 pagi aku terjaga, pukul 4 pagi aku terjaga & lebih parah lagi lepas sahur sampai pukul 1.00 tghari aku berjagasbb tak dapat tido..pening kepala.. Aku masuk keja pun half day hari nih. Uishhhh!!!...

Tu lah aku ingat balik petang nanti aku nak carik lah tabung2 derma anak2 yatim yang sah di sisi undang-undang nih..aku tak nak duit hasil titik peluh aku bekerja bulan2 disalurkan ke jalan yang tak betul nih. Yerlah, orang sekarang bukan leh percaya sangat, touch-up muka sedih sikit, jalan bongkok2, bela janggut pjg2, pastu bawak tabung tampal Persatuan Anak-Anak yatim ntah mana2 ntah...kumpul derma la konon2 nya.. Sian anak-anak yatim nih kan..cubalah bayangkan, nikmat nak nyambut raya dgn mak ayah dah tinggal kenangan belaka.. pastu ada orang menangguk ikan di air keruh...SEDIHNYAAA... :(

Aku ingat lagi, masa aku awal2 sekolah menengah dulu, banyak jugak aku simpan alamat2 budak2 keluarga susah & anak2 yatim nih. Aku berazam, kalo aku kaya bila dewasa nanti, aku nak sedekahkan utk diorang. tapi sayangnya, buku alamat2 tu ntah mana mak aku campak. Mungkin dia ingat aku admire ramai budak kut.

Tapi apa2 pun, biarlah niat kita ikhlas nak bantu orang, jgn nak dapat nama derma ribu2, bila tak sebut nama kita yg derma, mula lah muncung sedepa. tak kisah berapa hengget nak derma pun, yang penting hati yg suci & ikhlas tu yang kita mahu kan..

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya dari diri aku sendiri... Wallahualam..


Takkan masih nak berfikir..sampai bila?


Amalan bersedekah patut dipupuk sejak kecil lagi...

INGATLAH HATI YANG IKHLAS MENDERMA
BESAR GANJARANNYA DARI ALLAH SWT
TIADA SIAPA YANG TAHU 
APA YANG DIATURKAN OLEHNYA
UNTUK SETIAP MAKHLUKNYA
DI MUKA BUMI INI...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...