Salam peminat blog semua...,
2 hari lepas memang tak update langsung, Jumaat pun aku tak keja sebab terlampau penat, maka ter"cuti" lah daripada bekerja..hihihi
Mr Suami pun tak keja jugak, tu yg malas off day tuh, kalau aku cuti mesti dia pun nak sama cuti jugak. Bukan marah dia cuti sama, sebab kadang2 niat nak cuti nak kemaskan rumah atau hias rumah, kalau dah dua2 ada dekat rumah memang satu kerja pun belum tentu siap..dan telah terbukti banyak kali.. Memang hari Jumaat tu aku cuti sebab nak kemaskan almari & susun kelengkapan rumah sikit2, bila Mr Suami dah bercuti sama, banyak masa terluang dengan berborak, borak, borak, borakkkkk jer... lepas satu topik ke satu topik lain.. Last2 dah penat abih air liur, Mr Suami ajak pulak kuar jalan2 bawa Hannah & Hakim sekali... Penyudahnya, penyapu, penyodok sampah dan beg sampah "melepak" depan almari mcm gitu jerr.. Adoiyaiii.... hihihi
Hari Sabtu nyer bila kat rumah mertua, ingatkan pepagi lagi mak & ayah mertua ke kolam ikan untuk menjala, rupa2nya, ayah lesap pepagi lagi... entah pegi mane. dah tengah hari sikit, ayah tak jugak balik2, aku pun tanyalah adik ipar, kemana ayah pegi. Rupa2 nya, hari Sabtu ni dia pegi ke K.L, tengok dok melepak kat Masjid India perhimpunan BERSIH 2.0 tu gamaknya.. Terkejut gak aku, sebab Mr Suami ada tanya ayah ke mana pepagi lagi dah lesap. Aku just buat joke jer kata ayah pergi BERSIH 2.0 kat K.L tu, tapi rupa2nya joke aku tu kenyataan..hihihi
Kalau dah hari2 internet tengok pasal politik negara, mesti lah agaknya tak nak terlepas peluang tengok perhimpunan yang julung2 kali diadakan.. kata dia SERONOK tengok orang ramai..ish..kalau ade apa2 hal jadi, kan susah. Biar terlepas tengok gerhana bulan, jangan terlepas tengok perhimpunan..hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakan mengulas...
Terima Kasih banyak-banyak yer...