Isnin, 5 November 2012

Peminta Sedekah Kena "POW"..hmm

Hai semua..rindu kat korang bila lah nak tulis citer baru kat sini lagi. Disebabkan kekangan kerja aku tak dapat nak update blog sendiri. Jadi, petang ini, aku pun ada lah sejam dua waktu senggang...tapi kali ni tajuknya agak sedih dan rasa nak marah pun ada.

Alkisahnya begini you all, malam tadi aku lepak-lepak dengan anak aku yang sulung si Hannah, entah macam mana dia terpecah rahsia sendiri dengan adik nya si Hakim. Rupa-rupanya budak 5 tahun dengan 3 tahun ni ada rahsia yang disorokkan baeekkk punya dari mamanya sendiri. Tapi, Alamak!!! terpecahlah pulak tembelang!!!!..huh..

Rahsianya tak lah besar mana tapi, aku rasa ada kesedaran sivik disitu ( Yer kut ayat nih??) hehe..korek punya korek rahsia tu, aku dapat lah cerita full version. Malam sebelumnya (yakni malam Sabtu ada pasar malam kat Tampin, kampung aku) aku pergi jalan-jalan tanpa arah, tak tahu nak beli apa bawa budak-budak ni dengan Mr Suami sebagai pendokong Hayfa full-time. Jalan punya jalan, ada lah seorang tua berbangsa Cina sedang meminta sedekah, fizikalnya serba kekurangan aku tak berapa nak perasan (menurut Hannah jari tangannya tak ada)..aku lalu depan orang tua tu. Ada mangkuk kecil depan dia, orang lalu-lalang pun buat tak nampak jer dia kat atas jalan pasar malam tu. Disebabkan anak-anak aku yang kecik2 tu jarang nampak situasi yang menyayat hati ni, diorang jalan slow motion jer depan orang tua tu. Kesian kut lebih-lebih lagi si Hannah, anak aku yang ni memang berjiwa sentimental sikit.

Tanpa pengetahuan aku, agaknya time aku sibuk pilih ayam goreng diorang kat gerai dekat2 jer dengan peminta sedekah tu, entah bila si Hannah pergi sedekah duit kat orang tua tu. Aku tak kisah, lalu aku tanya berapa keping not biru dia bagi?..so, Hannah jawab 3 keping semuanya. Mula-mula, dia bagi 2 keping, lepas tu dia kesian lagi, Hannah tambah sekeping lagi RM1... Hmm, tak pelah, mulia jugak anak aku si Hannah nih. Suka tolong orang. Tapi, ending cerita yang tak sedap, Hakim bikin fault betul....

Korang tau tak, Hakim pergi jumpa peminta sedekah tu dan minta balik RM1 !!!...adusss. Si Hannah melakonkan semula cara Hakim minta duit tu. Tergelak besar aku tengok, sambil keluarkan poket seluar yang kosong, dia cakap kat orang tua tu, dia tak de duit nak beli ayam goreng, duit tadi tu kakak dia yang pinjam..semua habis bagi kat peminta sedekah. Wakakaka....kalau aku jadi peminta sedekah tu pun kesian jugak..hehehe.. Maka, peminta sedekah tu pun bagi lah balik RM1 kat Hakim..

Rupa-rupanya, memang betul duit yang Hannah bagi kat peminta sedekah tu semuanya duit Hakim. Duit Hannah ada pada atok dia tertinggal dalam kereta. Bagus betul kan....kesian punya pasal, duit adik dia jadi mangsa bagi kat orang...nasib baik Hakim jenis tak malu punya orang..hehe

p/s : aku cerita pada nenek dan atok diorang, semuanya tergelak besar...haha


1 ulasan:

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...