Hai semua...hari ni hari Jumaat aku teringat yang sedih-sedih pulak kala pagi sejuk-sejuk di office nih. Aku tinggal sorang-sorang jer, yang lain entah ke mana. But, I still not feel alone. +ve Thinking.
Aku mengelamun sorang melayari internet kat ofis, tetiba aku teringat satu cerita feveret aku. Setiap tahun aku akan pastikan aku akan tengok cerita ini. Kat TV3 memang selalu jugak ada cerita macam ni. Taare Zameen Par cerita Hindustan lakonan Aamir Khan dengan Darsheel Safary .Touching my feeling, give me a lot of sadness, keep thinking about my reality & true story by based on this movie really. Aku memang betul2 terKESAN dengan cerita ni sebab pernah terjadi dalam hidup aku.
Walaupun bukan aku yang jadi macam watak Ishaan tu budak kecik yang satu hapa pun tak tahu, baca tak tahu , mengira pun tak tahu..dah tu spoil dengan mak manjakan dia. Kisah ni terjadi pada seorang ahli keluarga yang paling rapat dengan aku. Adik aku. (Sorry bukan aku nak cerita yang buruk pasal dia) just nak berkongsi.
Aku mengelamun sorang melayari internet kat ofis, tetiba aku teringat satu cerita feveret aku. Setiap tahun aku akan pastikan aku akan tengok cerita ini. Kat TV3 memang selalu jugak ada cerita macam ni. Taare Zameen Par cerita Hindustan lakonan Aamir Khan dengan Darsheel Safary .Touching my feeling, give me a lot of sadness, keep thinking about my reality & true story by based on this movie really. Aku memang betul2 terKESAN dengan cerita ni sebab pernah terjadi dalam hidup aku.
Walaupun bukan aku yang jadi macam watak Ishaan tu budak kecik yang satu hapa pun tak tahu, baca tak tahu , mengira pun tak tahu..dah tu spoil dengan mak manjakan dia. Kisah ni terjadi pada seorang ahli keluarga yang paling rapat dengan aku. Adik aku. (Sorry bukan aku nak cerita yang buruk pasal dia) just nak berkongsi.
Ceria ni selalu kuar time nak sambut Hari Guru...
Adik aku perempuan, dulu memang dia kategori yang bukan malas nak belajar, bukan lembam dan bukan tak suka buku dan cikgu. Dia sweet jer, tapi selalu ketinggalan dengan apa yang diajar oleh cikgu. Aku sedar time dia tadika. Mungkin sebab selalu sakit, dia banyak ketinggalan dalam pelajaran. And then after she recovered, dia selalu mengusung buku-buku cerita ke hulu ke hilir. Nampak rajin, tapi dia MEMBACA DALAM KHAYALAN DIA. Aku mula rasa kesian dan sedih tengok situasi dia. Dia ada sifat persaingan dengan kawan-kawan dia yang dah boleh membaca dan mengira, tapi dia tetap gagal. Sebab dia tak kenal huruf, tak kenal nombor.
Dia rajin bawa buku pergi sekolah, tapi cuma kawan-kawan dia jer yang baca. Sedih sengat tengok adik sendiri macam tu. Time tu aku form 2. Saat paling tersentuh hati aku adalah aku terjumpa satu kertas dia lukis gambar budak perempuan ikat tocang dua serupa macam dia dengan skirt warna biru. Dia cuma tahu tulis nama dia aje, tu je yang dia tahu. Dekat bawah nama dia tu dia tulis "B I O L" ...kesian kan. Aku tak tahu masa tu dia main sebat je tulis perkataan tu atau kawan-kawan yang ajar dia masa tadika.
Rasanya ikan pun boleh cakap dengan dia..hmmm
Menangis jugak lah aku tengok dia jenis riang tapi dia hanya bercerita dalam dunia dia. Lastly, rasa tanggungjawab sebagai anak sulong dan rasa sayang kakak pada adik, aku gagahkan diri ajar dia kenal huruf dan nombor satu persatu. Aku ingat aku sediakan kertas A4 potong dua dan aku klipkan jadi buku latihan dia. Aku balik sekolah Form 2 time tu dalam pukul 2.30 ptg, dia pun dah ada kat rumah. start pukul 4.30 ptg aku ajar dia. Break kejap ajak dia main dulu, minum petang ke...pastu malam sambung balik. Penat tu toksah cakap lah, tapi sampai bila harus aku tengok dia dalam keadaan tak boleh membaca dan mengira?.
Sampai lah satu malam aku bawakan dia Buku Cerita bertajuk "Raja Ferhat". Aku garis-gariskan setiap suku kata perkataan dalam buku tu, jadi mudah dia nak membunyikan perkataan tu. Kalau ada video memang aku rakam saat paling manis dia menyebut satu-persatu perkataan dan seterusnya membaca buku "Raja Ferhat" tu. Alangkah seronoknya adik aku time tu, aku puas tengok dia gembira. Siap dia berlari-lari bawa buku tu. Tak lupa dia tunjukkan dia dah pandai membaca depan mak abah aku. Senyum lebar my parents.
Ciuman kasih seorang ibu...
Start hari tu, apa saja perkataan dia nampak, rajin betul dia baca. sampai brand peti ais pun dia baca. hehe.. Hari ni dia dah pun menjejakkan kaki ke Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. InsyaAllah satu hari nanti dia akan bergelar seorang guru. Aku pesan kat dia, "Kau ingat tak masa mula-mula aku ajar kau baca buku?", dia jawab "Mestilah aku ingat buku "Raja Ferhat" tu.." Aku harap dia pun dapat jadi macam Aamir Khan dalam movie Taare Zameen Par ni.
At the end of the story, aku melinangkan airmata sebab teringat kisah aku dan adik aku dulu. Bukan aku nak memuji diri aku bagus ke hebat ke atau apa saja, tapi satu aku fikirkan kalaulah aku tak ada, apa akan jadi pada dia waktu tu?. Dan ke mana dia sekarang?...still thinking...So, moralnya, kalau ada anak-anak kecil atau adik-adik, atau anak-jiran yang dah masuk darjah 1 atau darjah 2 tapi still tak boleh membaca, ambillah inisiatif. Dunia semakin berkembang maju, dan yang paling takut dunia semakin kejam. Selalu fikir positif, negatif pun kena fikir jugakkan. Kalau ada salah dan silap, maafkan saya sebagai tukang blog.
Cikgu Aamir Khan tu...nasib baik ajar budak2, kalau ajar remaja, tak jadi mengajar aku rasa...
Taare Zameen Par. Cikgu yang happening...lastly dia puas bila Ishaan yang bermasalah tu dapat membaca dan mengira.... Congrats...
assalamualaikum.... tersentuh hati baca entry pasal adik awak time die tadika tu....
BalasPadambut you are a good anak sulong kann... ambik inisiatif siap ajar die bace buku raja ferhat...
sy pon graduat mcm adik u tu, tapi kos lain n universiti lain kot, but one thing i sedih sgt sebab at skool, masih ramai lagi remaja smpai form 3 tak reti baca....hurmm kesian.... betul u cakap, parents kene ambik inisiatif...
"seulas pandangan ikhlas dari : Blog Rasmi
!Datiles Dulces! HafRizah....
terima kasih =) ""
tima kasih sudi baca blog saya, ye memang, betul apa yang dikata oleh akak (sorry kalo saya lebih tua) ...apa yang lagi menakutkan pelajar tu sendiri tak terfikir kalau masih ditahap itu tanpa ada sesiapa yang ambil peduli masa depan diorang...
BalasPadam