Isnin, 11 Jun 2012

"Kau usha Bini Orang der"....

Hahaha..entri yang agak PANAS jugak.. walaupun bukan selebriti punya cerita.

Alkisahnya pagi tadi lah, aku duduk melepak menunggu pengangkutan awam yang tidak kunjung tiba.... Naik berpeluh ketiak aku dibuatnya. Jenuh tok sah cerita, aku main Sudoku pun dah naik pitam tak juga sampai-sampai.. Alahai pakcik bas..

Di sebelah perhentian tu, ada sebuah sekolah rendah. Dari belakang perhentian tu, aku terjeling-jeling kat sekolah rendah mengimbau zaman sekolah rendah aku dulu. Bestnya, jadi budak..tak ada masalah nak pikir..semua mak yang uruskan..

Aku pun dah naik boring melayan persekitaran sekolah yang bertebing tu, maka aku duduk semula. Menunggu dan terus menunggu... Selang 2 minit after that, terjengah lah dari pondok pengawal sekolah tu seorang cikgu lelaki muda membawa 8 orang anak muridnya duduk di tepi tembok longkang. Wah...masing-masing dengan buku latihan..Hmmm... bagus-bagus..

Aku perhatikan aja dari jarak lebih kurang 50 meter dari tempat aku tunggu bas. Tapi, 10 minit kemudian, cikgu lelaki ni bawa anak-anak murid dia datang ke arah aku di perhentian bas tu. Macam rombongan makcik kiah lak. hahaha.. Elok aja cikgu ni suruh murid dia menulis kat tempat duduk perhentian bas tu. Mujur aku seorang diri aja.

Cikgu ni berlagak selamba je mulanya. tetiba dia bersuara, "Nak pergi kerja ke?..". Aku mengangguk dan pendek je "Ya..". Aku paling ke arah kanan semula perhatikan kehadiran bas.

Leka anak murid dia buat homework kat bus stop, oh rupanya diorang tengah melukis papan tanda jalan raya!. Sambil bersandar kat palang besi, cikgu ni bertanya lagi, "Duduk sini ke?.." Aku cakap "Ya duduk area sana tu". Aku diam lagi. Eh cikgu ni, banyak tanya lak.

"Awak kerja kat mana?..." lorr ada lagi soalan rupanya.
"Saya kerja kat Seremban," malas aku nak layan.

Agak senyap dalam 2 minit, dia bertanya lagi.

"Jauh tu berulang ke Seremban?..hari-hari ke?" peramah rupanya. Dah mula senyum sinis. Aku cukur misai sejemput tu tahulah..
"Nak buat macam mana, dah rezeki kat sana,". Ish tak faham ke aku ni malas nak melayan orang aku tak kenal, alih lelaki pulak. Depan murid pun jadi jugak nak meng"usha" tu. Agak-agak la...
"Awak kerja mana ek,?". Soalan ni yang aku tunggu-tunggu...nanti kau!
"Saya kerja kat Jabatan Pelajaran....," sinis je aku menjawab.

Tiba-tiba terkejut cikgu muda ni dengar "Jabatan Pelajaran"...ahahah cuak!. Buat-buat telan air liur. Dia tanya aku Unit apa lah, tingkat berapa lah...bla, bla..saya selalu hantar surat kat sana lah...bla, bla.... (Nak aja aku cakap..."Cikgu, please talk to my hand..." ).

Habis saja dia meleter, aku pun cakap lah menyindir dia..."Lambat hari ini, terpaksa naik bas,". Cikgu ni sekali lagi bertanya, "Selalu naik apa?".

"Selalu SUAMI saya hantar!,". Memang gelak besar aku dalam hati... Memang terkena cikgu ni. Padan Muka, lain kali nak usha pun bajet-bajet lah...sampai pekerja kedai sebelah pun dah bernyanyi memerli dia, buat pekak je, pekerja tu tahu aku dah kawen. Hihihih...terima kasih Wak!.

Terus dia diam, suruh murid-murid dia beratur balik ke sekolah. Ish, ish....nasib badaaaannnn....
Dalam hati aku menjerit dari belakang

"Kau usha bini orang derr...!"

Jadilah seorang wanita solehah...mulia dan dimuliakan....amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...