Selasa, 24 April 2012

Mengidam Kawad Pengsan

Yea yea...hari ni segala-galanya aku terlebey rajin...tak tahu sebab apa, mungkin dah banyak sangat rehat kut. Hehe..dari menaip, mengedit, mengemas, bercakap, bergossip (ooppss! saja tambah) semuanya BERESSSS... 

Aku masuk keja lambat sikit, sebab nya..tadaaaa...aku tak cukup tido!. Malam tadi anak-anak aku banyak kerenah, yang sulong nak itu nak ini, yang tengah nak itu nak ini, yang kecik sekali tak payah lah tanya... dia Madam Of My Family!.. Tapi aku stress sikit sebab, pic diorang bertiga tak dapat nak upload kat sini jadi bahan Arkib huhuhu...bluetooth tak dek, kabel henpon aku pun entah ke mana, silap haribulan buat cucuk satay!...

Masuk je keja, first sekali aku on PC aku baca paper Metro Online lerrr..walaupun terlambat beberapa jam, aku sempat lagi search gambo2 yang cantik2, yang menarik2..macam kat bawah ni... Pic ni korang nak tahu aku sedut kat Metro Online tu, aku memang dah lama MENGIDAM KAWAD PENGSAN!...



korang rasa member2 sebelah tu ada tak rasa macam nak tolong angkat ke member yang corner-baring kat red carpet tu????...cer perhati member2 yang berdiri dekat tu muka masing2 dah tak serius sangat dahhh...(Hilang Fokus!)

Salasilah aku jadi kemaruk tengok kawad pengsan nih sejak dari Form 4 lagi, masa tu aku jungle-camp sama pulak dengan budak-budak JPA, hari-hari kawan-kawan aku cair tahi telinga mendengor ceghamah, yang aku pulak dok ketagih mengira sorang-sorang budak JPA jatuh bedebuuuk PENGSAN!!!..Pelik kan "PENGIDAMAN" aku..(ada ke ayat ni,....?) bantai jerrr...

Start dari situ, aku mula layan je isu kawad ni (isu ke?) hehe aktiviti kawad ni, pastu aku pergi pula Stadium Sultan Zainal Abidin kat Kuala Terengganu tu, tengok Tatoo PDRM, ada kawad..tapi Kawad Patung..BEST WOOO!!! kelakarrr... nanti kalau ada lagi, nak tengok lah...

p/s : Jangan Tiru Macam Saya!



Rabu, 18 April 2012

FB (Jejak Kasih Online)

Minggu ni aku mungkin aku nampak sepenuh hati hepi sebabnya tadaaaaaaaa.... aku dah pun berjumpa dengan adik angkat aku yang dah lama lost contact... Dulu aku panggil dia "Adik", sebab aku tak ada adik lelaki dulu , sedih sangat2 bila kawan2 semua citer pasal adik2 diorang, tapi aku je tak ada.... 

Kisah lampau ni bermula begini (jgn lupa background music kasi paling sedeyy)

Time aku sekolah rendah dulu (darjah 6), kawan-kawan aku waktu sekolah memang rajin cari akak angkat, adik angkat, abang angkat dan macam2 angkat lagi lah...hehehe memula aku tak layan pun, sbb aku ni jenis pemalu waktu sekolah dulu (cikgu aku pun mengakuinya!)..huhuh...mungkin sebab kata kawan-kawan aku, aku tak ada adik beradik lelaki...dengar aje diorang cakap macam ni, terus berkobar-kobar nak cari adik angkat. Tapi, aku ni tak reti nak bercakap dengan budak-budak bawah aku ni, dah pemalu lah katakan.. Jadi aku pun, decide nak ambil adik angkat melalui Majalah je. 

Balik rumah aje, aku pun cari lah magazine lama. jumpa lak tu Majalah KAWAN. (mesti korang ingat ada ruangan last tu, ada bebudak hantar gambar pasport cute2 je muka)... aku pun entah tak berapa nak selidik sangat, aku tulislah surat nak berkenalan dengan seorang adik ni "S". Aku cakap lah aku tak ada adik lelaki, teringin sangat nak ada adik lelaki sebab aku dah ada 3 orang adik perempuan. Dia pun ok je, adik angkat aku ni 2 tahun lebih muda dari aku. 

Aku pun tak adalah serius sangat sesaja suka2 sebab time tu pun bebudak hingusan blaja tulis surat lagi...ngeheehee..  Adik angkat aku ni kebetulan tak ada kakak. Kira situasi menang-menang lah. :) 
tahun berganti tahun, banyak jugak benda-benda yang kitorang kongsi, dia open je cerita masalah dia, sekolah dia, peperiksaan dia, hatta masalah cintan-cintun pun kitorang kongsi sama..ngehehehee... Dia cakap best ada kakak, dia ada abang je tapi takut nak kongsi...nnt kena marah.

Tahun berganti tahun, berbelas tahun jugalah kitorang berhubung (hingga sekarang)  sampai aku pun dah ada adik lelaki kandung time aku form 3..(rezeki kut dapat adik lelaki)... yang kelakarnya, selama berbelas2 tahun tu, aku tak pernah berjumpa dengan adik angkat aku sendiri, yang pernah jumpa dia, adik aku yang nombor 2, tu pun sebab kebetulan budak 2 orang tu tak ada sedara mara kat Sarawak..(at least ada jugak orang yang diorang kenal walaupun bukan sedara).

Start 2006, aku tetiba lost contact sebab henpon aku buat hal, habis terpadam separuh contact number..nasib baik ada tertinggal no mak dia. aku pun try contact tapi tak dapat. Masa tu dah putus harapan sebab tahun depan aku nak kahwin, berharap sangat adik angkat aku boleh datang dengan tunang dia. HAMPA!...Ada satu hari, cari pulak henpon lama2 dulu kut2 ada lagi nombor adik angkat aku, ntah berapa kali nasib baik...dapat nombor mak dia yang lama. Hidup lagi nombor tu, aku pun trylah call (tahun 2010), mak dia angkat phone tanya aku siapa...aku pun ckp aku akak angkat dia : (LOGHAT NOGORI + LOGHAT KEDAH = LORATTTT SANGAT! :)

Mak dia: S tak penah cakap pun dia ada akak angkat...

Aku : Agaknya dia malu makcik...

Mak dia: Dah lama tak contact dia, nak apa kat dia?, dia dah kawen dah la ni...harap tak mengganggu lah rumahtangga anak makcik tu ya...

(Ish...simpang 44 aku nak runtuhkan masjid orang.. tapi risau jugak, darah pengantin, aku sendiri pun tak tahu S dah kawen ngeheeehehe)

Aku : (Dengan yakinnya..) Aishhh tak makcik, saya bukan jenis macam tu, saya ada urusan sikit dengan dia, isteri dia pun saya kenal....lama dah saya cari dia ni, tapi nombor dia dah hilang..yang ada pun nombor makcik...

Mak dia : Dia ada guna nombor ni contact kamu ka?

Aku : Ada selalu jugak..tapi dia ada bagitahu ni no makcik.. (Alamak! secara tak sengaja aku mengkantoikan adik angkat aku!) huhu sorry....
 
Maka mak dia pun bagi lah no S kat aku..aku pun catit lah kat surat khabar atas meja makan. (Budak pandai....ada orang (pelakon tambahan) datang koyak buat pasang api dapur gas!) tettttttt.......itulah sebab aku LOST CONTACT.

Minggu lepas, .....

Aku online FB pukul 1.30 pagi, dah nak log-out dah..tetiba aku nak tertaip nama adik angkat aku.. 
PAP!! Keluar Mohd Kh***** Sy****

Punyalah terkejut aku dibuatnya..dah ada FB (sebelum ni ada aku search tapi hampeh!!!
Dia pun terkejut jugak....borak punya borak...sekali join the group wife dia..tak ada lah rasa macam ada skandal...Alhamdulillah..dia cakap dia dah putus harapan nak cari aku, sampai post kat wall public sebab give-up cari aku kut2 ada orang yang kenal aku. Dah macam Jejak Kasih Online...huhu. 

Tapi, paling aku terkilan, aku tak dapat jemput dia datang rumah aku sebab alamat dia dah guna alamat baru, dia pun dah sah-sahlah tak dapat nak jemput aku datang majlis kawen dia....Bila tengok gambar dia dengan wife dia, tak jadi nak panggil "Adik" sebab rasa macam ganjil pulak, aku panggil nama je.. huhuhu











Selasa, 17 April 2012

Sudoku a.k.a Suduku

Hahaha...good evening semua!!! kesian aku 2 minggu kebelakangan ni, asyik sibuk memanjang tu belum citer aku dok bertapa sensorang kat ofis ni lagi....5 hari kena tinggal...huhuhu sodeyyy den...


Terasa rindu nak mem"blog" cam biasa, tapi, masuk keja je on PC, terus cek email..hambekkk ko... banyak gila aku nak kena layan macam Customer Service. 


Tapi yg kelakar nya, tengah2 sibuk melayan nombor-nombor IC yang melambak2 ni (sampai nak muntah hijau) , sempat lagi akucari hobi baru.. ha! main Sudoku!... hehehe memula game ni hangat, aku buat tak layan sebab malas nak tahu benda baru (sebenarnya time tu tak reti main! huhuhu) dok melopong je lah tengok orang lain dok kira-kira kotak2 kecik comeyyy banyak nombor-nombor tu...dalam hati aku 

"Apalah yang diorang fikir ni, terror giler matematik!," kuangkuangkuanggg..... 


Sebenarnya lepas je aku dapat skill main Sudoku ni dengan cara aku sendiri, (puas cari skill ni, bila baca panduan aku langsung tak dapat catch-up, sepatah haram tak paham) tapi dalam hati..AKU TAK KIRA AKU NAK JUGAK TAHU MACAM MANA NAK MAIN BENDA ALAH NIH. Akhirnya, barulah aku tahu, langsung tak payah guna ilmu MATEMATIK, ILMU HISAB ke atau pun MATEMATIK TAMBAHAN!..malunya aku! 


Jeles jugak tengok dalam tren, kat kedai buku orang sibuk cari buku sudoku tu hatta ada pulak Sudoku Online!.. lagi sakit hati..tapi sekarang tidak lagi!..(cewah macam iklan)..


Cerita pasal Sudoku, ada la orang tu tak pernah dengar kut nama game nih, dia tanya aku apa yang aku tengah busy sangat...aku cakap lah 

"Oit..busynya..main apa tu?"


"Tengah main Sudoku!..." 


Agaknya, pendengarannya kurang jelas, maka dia pun tergelak sambil bercakap dengan penuh yakinnya...


"Apa yang best sangat, sampai Sudu pun kau nak buat main?...."


Terpinga2 aku sekejap...(lambat loading) dan terus aku ketawa,


"Bukan main Sudu lah!..nama game ni S.U.D.O.K.U... SUDOKU....." ngeheehehe....


Terus dia keluar menghilangkan diri.... (kalau kamu terbaca..jangan marah ye)

Ahad, 8 April 2012

Agak-agak la Weh...

Salam hari ini entri HOT!!!..aku hangin betul dengan kisah satu nih..nak salahkan siapa eh?

Cerita nyer begini..

Dalam satu taman perumahan tu, ada lah seorang ibu tunggal separuh umur ni, anak dia pulak dah bujang-bujang..., kerja pun ok, heboh gaji besor!..(memang ler pun)..

Tapi, yang buat seorang akak ni sakit hati, (pangkat akak kut) ialah sikap mak budak bujang ni, dia tuh yang suka sangat minta tolong dengan laki akak nih..

"Kau fikirlah..Sabtu Ahad aku nak jugak bercuti luang masa dgn anak dan suami aku di rumah, pergi jalan-jalan ke...lepas tension 5 hari bekerja..tapi alih-alih..jiran aku sorang ni tak reti bahasa, ada je mende dia nak minta tolong dgn laki aku..sampai bercarik kat rumah..nasib baik lah aku ni muda sikit dari makcik tu, kalau tak mau je aku serang rumah dia..nasib baik ibu tunggal.."

"Aku fahamlah dia ada hal penting..anak-anak dia dah besar panjang, gaji besar pulak tuh, kenapa nak beli motor mahal2 tapi kebajikan mak sendiri terabai..dah tu suka menyusahkan tetangga pulak..tak nak ke beli kereta, kereta second-hand pun tak pe....dia bukan tak de lesen kereta..aishhh!!! sakit hati betul lah cam ni, dah beri betis nak peha lak...."

Entahlah...aku rasa anak2 makcik tu yang salah kut...dah bergaji besar, fikir-fikirkan lah mak awak yang susah nak kesana-ke mari..setakat sekali-sekala boleh lah orang tolong...kalau dah hari-hari datang rumah minta hantar ke sana-sini..siapa larat dik oiii....dunia! dunia!!!!

Rabu, 4 April 2012

Ambulans Yang Sakit

Hehehe....Selamat Pagi semua..hepi2 hari ini, kalau wordless hari ini, aku tak nak join sebab aku ada satu benda nak kongsi... 


Di sekitar Seremban sekarang mengalami kejadian pelik. Pelik yang aku rasa macam tak logik. sejak awal minggu lepas lagi, sharp aje pukul 5 ptg, mesti ada ambulans yang lalu. Kalau ada sesapa yang duk kat sekitar town Seremban nih, korang cer dengar, area pukul 5 petang aje, siren ambulans mesti bunyi. Last semalam pun ada. Start semalam lah, aku rasa macam semacam aje. Asalkan pukul 5 aje, ada orang sakit @ emergency. Atau driver ambulans tu yang malas nak menghadap jam yang teruk (tak lah teruk sangat pun) kat town Seremban ni?. Pelik kan kan kan....????


Aku lepak kat Tasik Seremban pun, pukul 5 lebih-lebih sikit ada ambulans. Aku punya skodeng baik je tang driver tu, mak oiiii dia punya skill bawa van ambulans tu, macam AMBULANS TU YANG SAKIT!!! Mentang-mentanglah cermin belakang gelap, aku tak dapat nak skodeng...jangan ambil kesempatan sudeyyyy...


Petang ini aku tunggu lagi, kalau ada lagi bunyi siren ambulans tu, sah lah orang-orang kat Seremban ni sehati sejiwa nak sakit aje pukul 5 PETANG!!!.... 


p/s : So, sesapa yang nak cepat sampai tempat kerja or balik rumah tu, tak payah susah-susah cari no phone teksi, korang call aje 999...hahaha


kalau yang ini speeding tengah town tapi tak ada patient, memang cari nahas lerr...hehehe

Selasa, 3 April 2012

Cerita Sekawan Lembu

Alkisahnya, pada suatu malam sekawan lembu sedang duduk berpiknik di tepi jalan, ada yang bersantai sambil minum punch juice, manakala tok lembu dan nek lembu berborak tentang masa muda-mudi dulu (zaman ago go) , pak lembu dan mak lembu pula sibuk menyuruh anak-anak lembu tidur serta ada pulak mat lembu dan awek lembu sedang merenung bulan di pagar bintang di atas langit yang terang disuluh cahaya bulan yang mengambang. Semuanya aman gembira lembu-lembu tu semuanya. Tiada seekor pun dilanda masalah ekonomi yang kian meruncing.

Sedang mereka bersantai, tok lembu menyuruh mat lembu membeli beberapa paket rumput di seberang jalan. Maka, awek lembu, adik-beradik lembu, pak lembu, mak lembu, nek lembu hatta jiran tetangga lembu pun nak mengikut si mat lembu ke kedai.

Maka, dengan menggeliat malas, mat lembu pun bangun. Seakan baru keluar dari pintu bilik beradu, mat lembu tak toleh kiri kanan, dia terus ke seberang jalan. Langkah demi langkah disusun penuh gemalai, di belakangnya pula adik mat lembu, awek dia, mak dan pak nya turut juga menghayun langkah melintas jalan.

"Abang..nanti beli rumput perisa vanilla tau," pesan adik mat lembu.

Mat lembu mula terkejut. Duit ada RM 5 ringgit jer.

"Mat...mak mengidam nak makan rumput perisa milk shake...kedai depan sana diskaun agaknya," kata mak lembu penuh keibuan.

Aduh..lagi sakit kepala si mat lembu mendengarnya. Diskaun pulak!.

"Errr..mat kalau ada duit lebih, tolong belikan sekali stok daun ketum, dah lama tak pekena daun ketum ni," ujar pak lembu yang dok mengidam sangat daun ketum fresh, terbaik dari ladang.

Mat lembu mula bengang sebab semuanya tahu ng'order' jer.

Tak ketinggalan awek yang disayangi, turut juga meng"order".. Kali ini, dia nekad. 

"Kanda...petang tadi ayang tengok citer Wonderpets, teringin pulak nak kunyah daun celery, macam sedap jer...boleehhh..MOOOOHHH!!!!," tiba-tiba terdengar jeritan awek si mat lembu memecah kedinginan malam. Disahut pula bunyi dentuman yang kuat.

"DUMMM!!,".

 Mat lembu menoleh ke belakang, semua ahli keluarga mat lembu bertempiaran lari. Adik mat lembu lari dalam kedai aiskrim, mak lembu lari masuk shopping complex, pak lembu pula lari masuk ladang Farm Ville.

Tapi ke mana awek mat lembu???... (3 tanda soal di situ.)

"Ayoyooo!!!!..awekku!..DUDUK BERSIMPUH DI ATAS JALAN RAYA!!!," kelam kabutlah si mat lembu memapah awek yang jatuh terjelepuk penuh sopan di atas jalan raya yang disangka red carpet.

Rupa-rupanya aweknya telah menjadi mangsa kemalangan jalan raya. Aweknya sempat lagi cover cun jatuh bersimpuh. Mat lembu yang sekejap tadi bimbang, terus naik hangin.

"Hang ni..kalo dah kebuloq nak makan daun celery pun, jangan lah duduk bersimpuh kat sini!!! Tak dan nak balik ghumah ka? Nak kena perambat?," di tanduk-tanduknya jalan raya tu melepaskan kemarahannya.

"Kanda...bukan salah ayang pun, tuan kita tak buat kandang, duk bersepah tepi jalan, malam-malam kerja kita keluaq carik kedai 7 eleven...," awek mat lembu pun bengang.

Nasib baik tak ada apa-apa.

Maka, keesokan harinya, mat lembu telah pun berbincang dari hati ke hati dengan tuan tanah kedaung untuk bina kandang baru di bawah Skim Kandang Pertamaku.

p/s : part aku dalam cerita ini..hanyalah datang dari bunyi "DUMMM!!," tu jew.. huk huk huk... ( lampu depan keta aku pecah! melanggar sekawan lembu di atas yang macam rombongan Cik Kiah.) memang tuan tanah kedaung, aku akan jual lembu ko nanti !!!






Isnin, 2 April 2012

Kalau Suka Baca, Tak Suka Tak Ape...

Sebenarnya kata-kata mcm tajuk entri kat atas ni datang dari seorang blogger yang tegar dan masyhur. dah dapat award dah blogger nih. (macam terasa diri ini menjadi pengkaji blogger2 lak semenjak dua menjak ni ngeheehe)... Entahlah, aku suka mengkaji kelainan, & perbezaan antara pemikiran blogger2 sebenarnya..aisyhhh...macam penyiasat lak.


Dan dia berpegang pada kata-kata seperti di atas dan alhamdulillah dia sekarang pemegang ranking tertinggi followers terbanyak..tak silap ada 36 ribu..mak oiiiii.....


Bila difikirkan kat sini, dia tak ada pulak tinggalkan link dia kat mana-mana blog orang lain, just sharing among her friends jer. Mungkin prinsip yang dia pegang itu amat kukuh sampai kan dia tak kisah apa orang nak kutuk (cth: macam mana nak rating tinggi kalau tak tinggalkan link???) selamba je aku tengok dia ni...MACAM BEST JERR...ngeheeeheee


Ops...by the way, sesiapa yang nak tengok atau download pekeliling baru 2012 tu klik kat sini PEKELILING SSM BARU 2012


p/s : KALAU SUKA BACA, TAK SUKA TAK APA... :)

Game yang Hareeemmm

Wahhh...dasat sungguh lah..semalam aku tengok TV citer pasal bloggers wanita nih..memang tip top lah dier..(tabik spring sikit)!!!..dalam sibuk2 kerja seharian dia pun masih boleh update blog lagi tuh...hehhee CONGRATES!!! star for Honey!..

Upss!!!...lupa tak ada kena mengena dengan tajuk entri aku kali nih.. hmm, dah lama sangat aku tak update blog nih kan..lamaaaaaaaaaa sangat, siapa kata tak rindu?..ini lah diari online ku...cayang cikit.. hehee

Kali ini aku nak kongsi satu benda, tak tahulah korang perasan ke tak pasal satu game kat Google+ nih, aku punya excited nya, install lah nak main game ni untuk elak boring tahap sengal. Tiba-tiba, sedang asyik main game level ke entah berapa, satu level itu minta set up kan "church" (gereja) untuk lengkapkan game ni. So, kalau dah set upkan "church" (gereja) baru lah boleh naik ke next level. Mulanya, aku enjoy je, tapi rasa tak sedap hati bila masuk level ni..(macam syirik, dan memang syirik pun kalau orang Islam nak kena bina gereja pulak!) apa faedahnya?... WHY WHY WHY???..ARGHHHH tension...

Last-last, aku decide untuk sharing kat sini sebab sayangkan akidah umat seagama aku supaya tak terpesong. Inilah game nya, aku rela disaman Google+ demi agama ku yang tercinta...(kalau korang bukak Homepage Google+ tu, depan je dah ada game ni..adoiyaiii)


So, tak salah nak main game, jangan terpesong akidah sudeyyyy...