Isnin, 4 Jun 2012

Anak Dia Hyperaktif !

Entri aku kali ni macam bosan sikit sebab tak ada gambar-gambir..hehehe harap maaf..

Semalam aku sempat menjengah ke sebuah rumah kawan pada jiran aku. Aku masuk je ke rumah dia, satu suasana yang agak janggal bagi aku. Semua perabot dan meja disusun ke tepi dinding. Maknanya, ada satu lorong khas di tengah-tengah rumah itu.

Kemudian, kehairanan aku terungkai jugak..hehehe..rupanya anak kawan jiran aku ni, ada seorang anak lelaki yang hyperaktif. Mulanya aku kurang percaya, tapi bila depan mata aku dia berlari-lari lintang pukang, semua benda dia nampak dia rosakkan, kaki anak jiran aku pun kena cubit dengan budak tu. Nama manjanya Boboi. Umur dia dalam lingkungan 3 tahun camtu. Segala tingkahlaku dia perlukan perhatian. Hampir setiap minit, maknya akan menjerit nama dia. Cubit, dan rotan tu dah lali kat dia. hehehe..memang langsung tak boleh nak control. Tapi, muka dia comel. Yang paling tak sangka, dia ambil pedang mainan, dia boleh sembelih kat leher anak bongsu perempuan aku yang umur 9 bulan!. Mau tak terkejut aku!. Nasib baik mainan, kalau betul2, dah kejung dah Hayfa... +-+

Dari mula aku nampak Boboi, aku kesian tengok dia. Aku tak berborak pun. Cuma pandang dan perhatikan tingkah  laku dia aje. Memang dia perlukan perhatian, mungkin juga dia terasa disisihkan sebab mak dia ada anak kecil sebaya dengan Hayfa. Tapi, adik Boboi ni lelaki. Mungkin selama ni, dialah yang manja dengan mak dia, tapi alih-alih bila dah dapat adik baru, dia dipinggirkan. Terpaksa banyak habiskan masa dengan alat-alat permainan, robot-robot tak bernyawa yang tak boleh bercakap tu. Kesian kannnn.... :(

Jadi, disebabkan naluri keibuan aku terlampau tinggi, aku tunggu dia meng'hyperaktif'kan dirinya kat aku. tak sampai setengah minit, dia datang dengan robot Ultraman yang dah hilang kaki dan tangan..ngee hee heeee.... Dia campak kat Hayfa, aku sempat sambut, dan capai tangan Boboi..ahahha dia tak dapat lai dari cengkaman aku!..

Aku pegang je tangan dia buat tak tahu...mulanya dia lasak jugak, tapi lama-lama dia jadi lembik. mula rasa ak melepak dengan aku. Sebab aku senyum-senyum dengan dia. Aku tanya nama dia..dia tak nak jawab, aku tanya dia suka tengok cerita apa...dia lambat-lambat jawab lagi...Last-last aku pancing dia dengan rambut dia. Style ni aku selalu buat kat anak bujang aku Hakim. Aku test kat Boboi. Aku cakap kat Boboi, "Boboi,...Boboi ni hensem lah....rambut Boboi cantik...!!!" Dari aktif ke sana sini, terus dia melekat kat tepi kerusi aku!..huhuhu..tak sangka eksperimen aku menjadi. Terus dia tunggu pujian yang seterusnya, "Boboi..gigi Boboi ni cantik lah..." dia mula tersengih-sengih.

Aku rasa, memang betul...dia perlukan seseorang untuk bercakap dengan dia dengan lembut. Mendengar luahan hati dia, dia nak tempat manja yang selamat dengannya. Dalam hati aku berkata, "Kalau lah rumah aku dekat dengan rumah dia....aku tak kisah kalau dia nak datang jalan-jalan tetiap hari kat rumah aku, sebab aku pulak yang risau kalau dia terus hidup dalam dunia dia..tapi aku harap tak jadi macam tu...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...