Isnin, 11 Jun 2012

Hari Aku

Salam tengahari semua... hari ni adalah My Birthday...( pose muka promote sikit!)..heheh dengar mcm bagus je kan..tapi empunya diri memang lah seronok sebabnya setahun sekali je kan kita semua sambut besday nih... Hari ni jelah, esok besday orang lain lak.

Tapi dalam seronok-seronok tu, ada jugak tak hepinya. Apa tu ek?.. Sebab every year, aku paling excited menunggu ucapan besday dari Mak & Abah aku.. Seawal pagi lagi, aku menunggu je depan henpon dalam hati terus bertanya "Bila mak abah nak call wish besday aku ni?????"... Takkan lupa kot, sebab aku anak sulong, selalunya anak sulong ni susah mak abah nak lupa tarikh lahir. Tunggu punya tunggu, berdering juga henpon aku. Mak aku yang call, siap nyanyi dengan suara yang girang lak mak aku nih...."SELAMAT HARI LAHIR YANG KE .......(dlm hati aku cakap....eh, nak suruh aku kira ke?) yerlah...ke 29 tahun!.." alamak dah tua aku rupanya..ingatkan baru 5 tahun je, tahun depan masuk tadika. Hehehe...

Cakap-cakap, borak-borak sikit, (walaupun tak de hadiah, tapi ingatan Mak pada tarikh lahir aku tu amat BESAR maknanya..korang bayangkan, pada kawan-kawan kita yang dah tak ada mak abah tu, kesian kan..) Hati aku dah mula berbunga, lepas ni tunggu Abah pula call aku. Hehehe....tup-tup sejam kemudian, setelah otot-otot aku ni kematu dalam air-cond, akhirnya henpon aku pun menerima call dari Abah. Angkat-angkat je, terus Abah aku berteriak "SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 29 TAHUN.....!," (sempat lagi aku berkata dalam hati, eh sama je ayat macam mak tadi, entah2 diorang dah buat rehearsal malam tadi untuk wish besday aku tak?..Hehehe... Aku pun ucaplah terima kasih ingat kat besday aku.. Mulalah, hatiku tak nyanyi lagu Najwa Latif "Kosong, Kosong memanjang...." Bolehlah aku menyanyi lagu Aris Ariwatan "1, 2, 3, 4 " ahahah...

Malam tadi, Mr Suami dah wish besday ala-ala tak perasan kunun. Sebelum keluar entah bila entah dia rembat henpon aku letak reminder Besday aku, alih-alih tengah layan pesbuk, memekak bunyi reminder...sampai terjaga si kecik tido!...Aku terkejal kejap-kejap, tengah malam sunyi bunyi reminder nih!. Huhu, yang si Hakim bolehlah dia punya excited amik phone aku tuh, terus tanya..."Hello..siapa ni?, " ahahaha nak pecah perut aku..Dia ingat ada orang call aku, tu yang terus poyos angkat phone padahal bunyi reminder!. Aku terkesima lak sekejap tengok reminder berkelip-kelip, tertulis macam ni

"Mama slmt hari lahir syg mama muuah :-*0"

Aku cam bengong kejap, siapa lak tulis reminder nih, lorrrr!!! Mr Suami rupanya... Ceh, buat berlakon keluar rumah kunun. Bila dia bajet reminder aku dah bunyi, dia pun masuk rumah, buat-buat macam tak ada benda, aku buat bodo je..ngeheehee..

Bila dia rasa macam aku tak ada respon pasal reminder kepura-puraan tu, dia pun tanya.."Dapat tak mesej pakwe tadi?" Aku sengih je....pakwe kunun. "Dapat....."

p/s : Semalam kawan baik aku call, bagitahu member lelaki sekelas aku aka teman kemana-mana aka bekas musuh aku , masuk rancangan On Air kat Astro..(terus teringat aku bergaduh dalam Lab Kimia masa kat kolej dulu dengan dia, tak boleh blah ayat dia ahahah!!!) tapi, aku tengok kat youtube..apasal dia boleh gemuk sikit?..dulu kurus meleding, korang nak tahu siapa mamat On Air merangkap stok bergaduh aku tu?...jeng jeng jeng cari lah sendiri...tapi, nama glamer dia tukar lah...hahaha 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...