Hello yuhooo....
Hari hari Rabu.
Hmm..apa yg ada hari Rabu nih?..tadi baru je lepas menjalankan aktiviti menyepahkan lantai..iaitu mengetip kuku. Orang cakap kalau ketip kuku hari Rabu ni, tak elok?..betul ke?..aku pun kurang selidik, yg pastinya, kuku dah pendek, & bersih.
Malam tadi, sebelum tido aku sempat berfikir sambil pandang anak2 aku....(dlm hati mengenang..agak2nya kalau aku ni umur panjang, anak2 aku nanti nak ke tenung aku mcm aku tenung diorang sekarang?) aku tengok Hannah, aku tenung Hakim, aku perhatikan Hayfa.. anak aku antara yg 3 orang ni, kalau berjauhan dgn aku nnt, siapa yg tak boleh tahan rindu dgn aku?... (tiba2 BLINK!...aku teringat aku meng"youtube" citer budak2 kebulur kat afrika & somalia..nigeria pun ada.) kesian sangat2....aku terus je menjalankan aktiviti mengkuliahkan anak2 aku tentang betapa berharganya sebutir nasi tuh. Hannah memang terkenal dgn hatinya yg lembut tiba2 nada suaranya berubah sedih mcm tahan sedu menangis... Aku pun buat2lah berlawak, aku tak suka tengok dia nangis, nanti gempar satu rumah..Hannah ni kira mcm posmen dipercayai dlm rumah, mcm "SMS" bergerak lah kiranya. Tapi kalau Hakim, mmg pandai skit tapi susah nak percaya ckp dia nih, sbb dia terlampau suka kenakan org. Semalam aku simpan balik baju cantik dia, dia ckp atuk dia ajak pergi jalan2 kat Seremban, aku tak percaya. Terus aku ambil baju kat tangan dia, dan simpan dlm beg semula. Amboiiii!!! bukan main mengamuk Hakim..hihihi (siapa suruh suka tipu org).. Kelakar sungguh...habis semua barang dilemparnya.
Tak puas hati punya pasal, aku pun pegilah bertanya kat mak mertua aku, betul ke nak bawa Hakim, maka benarlah kata budak kecik tu. Hihihi...lalu si Hakim pun cakap.."Tulah mama nih, tak caya ckp Akim..." hukhukhuk...ahahah
Sekarang ni 2org beradik nih...bukan main lagi pekena org..kalau dia bertanya, aku tak dpt jawab mesti Hakim akan cakap mcm ni "HA! CAYA TAHU..BENDUL!!!" hahahahah....(ni dialog feveret dia dr filem Aku Bukan Tomboy) aku pun dah terkena...wan, mak lang, mak long, mak cu dia pun dah jadi mangsa... tapi, yg gelihatinya, mak mertua aku mmg tak boleh tahan dgn Hakim ni semalam...kesian org tua tu kena memain dgn cucu..tak padan dgn pelatnya...lantaklah....Hakim ke dapur tengok wan dia tgh sibuk memasak...(kalau Hakim gi dapur,, gerenti mesti kena halau masuk balik)
"Wan macak apa tuh?.."
"Masak nasi.."
"Wan ni.....hayi-hayi masak ye.....cemalam dah macak, tak yah lah macak je, boying Akim.."
Aku tergelak je dengar..mak mertua aku apa lagi berceramah lah kat dapur.."Ni wan masak nak bagi Hakim makan lah..nanti lapar."
Tu satu...ni aku yg terkena...
Time tu aku tgh siap2kan Hakim nak pergi jalan2 ikut wan dia..
"Mama..mama, Akim nak gi jalan ni, anti ade owang datang, jangan bukak pintu au, akut...mama, jangan ja`at ja`at eh..."
Ceh!..mentang2 dia pergi berjalan sakan..aku yg tinggal kat rumah ni siap ditinggalkan pesan lagi jgn bukak pintu org datang lah, jgn jahat2 lah...(tu semua pesan aku kat anak2 aku kalau aku pegi kerja, ni diorang lak pesan kat aku camtu)....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakan mengulas...
Terima Kasih banyak-banyak yer...