Hai morning semua....walaupun matahari dah nak naik atas kepala...
Aku nak cerita ngan korang semua pasal kisah 2 hari lepas dalam hidup aku. Malam hari Isnin hari tu aku plan & Mr Suami nak berbuka di luar. Tak pernah lagi kami satu family berbuka di kedai makan. So, kitorang pilih lah kedai makan & tempah meja & makanan siap2.
Lepas berbuka, Mr Suami ajak pegi shopping baju raya anak2. Mulanya aku menolak, tapi bila fikir 2 kali lagi parah kalo shopping last minute, orang ramai, saiz baju byk habis, customer service pun x elok, parking pun dah tentu2 susah nak cari. Maka, aku pun memilih baju raya utk anak2 aku yg 2 org tuh. 2 pasang sorang. Aku pun terus letak beg2 shopping atas almari baju sebab dah penat nak masukkan dlm almari.
Al-kisahnya...bermula,
Bila balik keja semalam, anak aku si Hannah bercerita dia tunjuk baju raya dia kat Acu & Wan dia masa aku pegi keja. Bukan main hangin aku sebab pandai2 aje punggah almari bilik aku ambil baju. Aku tak rotan pun dia, tapi aku pulaukan dia. Aku just layan dia, pastu aku bungkus baju raya dia & suruh Wan dia simpankan. Geram gila aku, apa taknya, baju diorang aku tak de plak nak selongkar, kena kat aku main ikut sedap jer.. Memang jollok sarang tebuan lah... Tak tahulah aku geram kalo bilik tidur aku diceroboh, macam2 rahsia aku & Mr Suami memang mudah nak jumpa. Cuma, bila Mr Suami tahu Hannah ajak Acu masuk bilik kami, memang marah gila lah Papa dia.
Mr Suami cerita memula dia tanya elok2 kat Hannah kenapa bawa orang masuk bilik tidur kami, dia menjawap2 & nak menuduh adik dia si Hakim yang buat. Apa lagi, memang kenalah rembat lah ngan Papa dia sebagai hukuman sebab menipu & menuduh org tak bersalah. Aku tak tahulah, mungkin sebab terlalu takut kena rotan dia terus tuduh org lain join dia sekali. Tu yang aku memang marah sangat. Takut terbawa2 perangai tak elok ni sampai ke besar.
Semua kuih kegemaran Hannah ( goreng cempedak & ayam kecik (tongkeng ayam) )aku simpan dalam beg & kalo boleh tak nak bagi langsung dia makan. tapi, Suami yang cakap, jangan kejam sangat sampai macam tu. Geram sangat aku dgn dia malam tadi, sampai aku halau dia tidur dgn Wan dia. Aku cakap lagi, aku tak nak belikan kasut raya utk dia, huhuhu..sesaja aku nak buat dia rasa bersalah sebab salah dia. Muka dia dah kecewa & monyok, pastu tgh aku lipat2 kain, dia sengaja nak amik hati aku, tanya lah aku minum air apa, buat2 tengok lam cawan aku.... Pastu pandai lak usha2 aku, "Mama, papa marah lagi tak?..." (dalam hati sedih gak dia tanya macam tu) Sebab dia tahu, org yang dia sayang tak pedulikan dia. Hahaha..padan ngan muka anak aku.. (Ni yg buat adik aku suka marah aku, sbb suka buli anak sendiri)..
Dah nak tutup lampu bilik malam tadi, dia terus capai bantal dia nak bawak keluar. Aku tanya nak pegi mana, dia cakap nak keluar (nak tidur dgn Wan dia lah tu) sbb kena halau ngan aku petang tadi. Aku terus cakap tak payah. Pas dia tgok Papa dia bagi makan kuih cempedak & ayam kecik dia tuh, terus dia nak senyum & gelak2 dgn Papa dia lah..( Papa dia aka Mr Suami tak suka rotan anak & bila rotan cpt2 dia pujuk balik) Tu yg aku menyampah tu. Last2, Papa dia jugak yg kena janji nak belikan kasut Hannah, ngan aku tak dapat lah... huhuhu
Inilah cerita seorang Mama yang suka buli anaknya sendiri...