Khamis, 8 Mac 2012

SBPA Batal!!

TERBAEEKKKK!!! that is the 1st word came out from my heart!...

Actually I realised it before CUEPACS ask the gov to take further action about increasing the PA monthly income... tapi...nak buat camne?..aku hanya lumpur di dasar lautan yang luas....huhuhu

Ni aku dapat dari berita Semasa... tapi aku still follow-up lagi this hottest news....the next action forward is PRU13 lak...caya lah!!! huhuhu


PEMANDANGAN YANG CUKUP INDAH...


Apa dah jadi nih??? Mana bajet yang diperuntukkan untuk SBPA??? Apa pun isu itu ianya tidaklah memansuhkan keseluruhan kerana SSM akan di timbal balik dan kenaikan gaji tetap dibuat…jom baca apa yang di ucap oleh PM
  • pecahan bagi pelarasan gaji : gred 1-54(kenaikkan 13%), Gred khas A/B/C(kenaikkan 9%),Turus 2 dan 3(kenaikkan 8%) dan Ketua Setiausaha Negara KSN(Kenaikkan 7%)
  • SSm akan ditambah baik
  • Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...