Jumaat, 16 Mac 2012

Nasi pun kena Kebas?...

Tu lah dulu masa mak ajar masak nasi kat dapur tak mahu ikut ke dapur..bil adah besar...huh tengok!!! kebas nasi orang plak..manusia, manusiaaaaa..entahlah.. mcm2 kejadian pelik boleh jadi kalau dah terdesak.. kan ke banyak lagi kedai makan atau restoran yg tanak nasi kawah, hah ganti jer lah..yg kau pergi kebas nasi kenduri kawen org tu buat ape..hambikkk kau!!!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tanggungmalunasihujanpanaskenakebas/Article/index_html


NILAH NASI HUJAN PANAS TU..SEDAPNYAA..PATUT LAH KENA KEBASSSS!!!! HUHUHU

Rabu, 14 Mac 2012

Baru Bukak Tadi!

Salam semua pembaca...

Tadi saje2 searching barang2, so kalau ada masa tu singggah le kejap kat Kodai Pijut , tengok2 je dulu... hehehe kalau ada yg berkenan contact je saya...

Excited lagi ni sbb ade kedai maya sendiri... Semangat nak jadi bussiness woman.. Cewah..amin!!!..
Thank You all..!!! 

Sabtu, 10 Mac 2012

Kisah Mamat Tip Top

Alkisahnya, kat tempat aku blaja dulu ada lah sorang mamat nih..senior aku, dia memang tip top, hot guy kat IPT aku blaja tuh..dia ni budak ganaz gak lah..amik pun kos ganaz2 gak... ade cerita klaka yg aku ingin kongsi ngan korang sumer...walaupun aku tak admire langsung kat dia time dolu2, tapi gegirls kat IPT tu minat cintan ngan dia..dah lah hensem..pastu tinggi, badan macho...dan pakej lengkap lah...

Kisah klako ni terjadi bila aku diarahkan utk join the group dgn senior2 utk Kem Jatidiri kat Sepang... Gegirls lain cam kecewa skit lah pasal tak sama group dgn mamat nih. tak pasal2 aku yg satu group dgn dia, mamat ni biasa lah berlagak nak mam***... Menyampah gila lah kitorang satu group dgn dia...

Dalam kem tu, mmg banyak aktiviti yg mencabar fizikal & mental, nak jadi satu insiden...waktu kitorang berlapan sdg melangkah parit yg penuh dgn kubang tahi lembu....tetiba sorang amoi ni kasut dia tertanggal dan masuk dlm selut lumpur...korang byg kanlah mcm mana azab nya nk mencari kasut sukan si amoi nih....coach pun dgn garangnya suruh semua skali masuk dalam kubang tahi lembu!!! adoiyaiii... dah mcm komando rasanya...huhuu tgh2 menyeluknyeluk tangan dlm lumpur tahi lembu tu masing2 terpaksa menonggeng..termasuklah hot guy ni..mmg cover habis lah hensem dia tu...kahkahkah... yg cun2 pun berkubang skali..hambik ko buat masker free!!!...

Tetiba...tgh masing2 khusyuk mencari kasut sukan, aku terdengar bunyi yg sgt sinonim dgn bau busuk.. mcm bom lemau meletup dlm lumpur! HUHUHU..Ya!!! bunyi tu sah dari orang di depan aku.. TU DIAAAA!!!! mamat hot guy aka tip top of the year telah melepas di depan aku!!! Sioootttt.... dgn secara tak sedar aku terus baling segenggam tali lembu dan membaling ke muka dia!!! nasib baik tak kena...kuang ajor punya senior....merah padam muka dia....betul2 tahan malu dia...nasib dia agak baik, sbb yg dgr bunyi "gemersik kalbu" tu cuma aku sorang..yang tak tahan tu lumpur tu meletup mcm dodol tgh panas...hihihiih... siap dia warning aku tutup rahsia.. yerlah aku kan junior... Baik BOS!!! ahahaha....

Sejak dari kisah tu...aku perasan dia dah tak cover hensem dah kat IPT...lebih2 lagi kalo terserempak aku...sengih bodo jew...huhuhu

Jumaat, 9 Mac 2012

"Tony Fernandez" buat aku ingat geografi

Semalam lepas office hour aku melepak jap kat Taman Tasik Seremban sampai kul 7 lebih..menunggu husband  yang tak sampai2...hukhukhuk korang tau lah kan, kalau dah sorang2 tak de geng ni..pastu kena tggu org berjam2..pasti mula lah nak cari idea kurang cerdik walaupun dah bergelar Mama! cam aku nih...Bosan nye time tu Tuhan jer lah yg tau. nasib baik aku tak bawa suit senam, kalau tak dah lama aku berjoging ngan dorang2 tu sumer...

Aku pun mula lah berjalan tengok sana tengok sini....tengok org joging, tengok org dating (teringat time aku dulu..uishhh romantiknya!, siap pose mcm nak bunuh diri ) huhuhu..... jalan punya jalan..sampai la aku kat bangku malas..long bench tu. duduk lah mcm org kena halau dr rumah...hehehe

Dalam pale ni, tgh dok fikir apa yg aku nak buat ni..orang ramai lalu lalang dpan aku..semua dok menjeling kehairanan..pakai baju kurung batik dah nak senja ni lagi..apsal tak balik rumah?...ngeheee :)

aku pun mendongak lah ke atas awan yg kian mengkelamkan dirinya..(puitis skit hari ni)....banyak awan petang ni..canteeekkk.. tiba2 melintas satu kapalterbang.....bestnya!!!! dalam hati bila lah nak pergi oversea lagi...relax2 lam kapalterbang sampai 10 ke 16 jam ke...huhuhu (nak pi mano tu)..

tengah2 mengekori perjalanan kapalterbang tu.....ade satu lagi kapalterbang ....pun lalu ikut jalan yg sama...shuooooooooooooo! best wooo... datang lagi satu kali ni warna merah putih....AIRASIA kut..(teringat aku kat Datuk Tony Fernandez).. banyak betul kapalterbang ek..agak2nye mcm mana lah yg kat KLIA & LCCT tu?..

Tetiba aku terfikir kalau aku buat tol atas langit ni..leh kaya jugak..hehhe tapi naluri aku tetap bertanya ke mana arah kapalterbang tu semua..maka subjek geografi yg aku blaja form 3 dulu aku aplikasikan dlm hal ini..cewahhh.. aku tengok matahari nak terbenam belah mana..ok tangan kiri aku matahari terbenam (Barat)...so, tangan kanan sure lah Timur, depan aku Utara & belakang aku Selatan....sekarang ni kapalterbang tu mengarah ke selatan!!!!.. negara apa yang best kat selatan Malaysia?... bertanya dan terus bertanya..hanya Tony Fernandez sahaja yg mampu menjawab..ngeheeehehe

p/s : Kereta apa yang ada kaki? Lu Pikir La Sendiri...


sedap sehingga menjilat kapal terbang...nyum nyummmm


lebih kurang macam nilah pemandangan waktu aku tengok..syahdunyerrrrrr

Khamis, 8 Mac 2012

SBPA Batal!!

TERBAEEKKKK!!! that is the 1st word came out from my heart!...

Actually I realised it before CUEPACS ask the gov to take further action about increasing the PA monthly income... tapi...nak buat camne?..aku hanya lumpur di dasar lautan yang luas....huhuhu

Ni aku dapat dari berita Semasa... tapi aku still follow-up lagi this hottest news....the next action forward is PRU13 lak...caya lah!!! huhuhu


PEMANDANGAN YANG CUKUP INDAH...


Apa dah jadi nih??? Mana bajet yang diperuntukkan untuk SBPA??? Apa pun isu itu ianya tidaklah memansuhkan keseluruhan kerana SSM akan di timbal balik dan kenaikan gaji tetap dibuat…jom baca apa yang di ucap oleh PM
  • pecahan bagi pelarasan gaji : gred 1-54(kenaikkan 13%), Gred khas A/B/C(kenaikkan 9%),Turus 2 dan 3(kenaikkan 8%) dan Ketua Setiausaha Negara KSN(Kenaikkan 7%)
  • SSm akan ditambah baik
  • Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA

Aku dan SBPA

Best kan bunyi entri aku ni?...kalau korang nak tahu, aku leh pecahkan kepada 3 fasa SBPA ni....

Fasa Pertama (waktu memula diumumkan): Aku excited giler dengar!

Fasa kedua (waktu ramai membantah) : Aku dah mula keliru...dah start follow-up blog Cuepecs

Fasa Ketiga (waktu mesyuarat asyik bermesyuarat) : Aku dah mula bosan......

tapi hari ini aku mula bersemangat sebab kul 9.30 pagi karang diorang nak wat perhimpunan Penjawat awam....katanya ada berita penting yg nak disampaikan PM Najb...adoiyaiii..kasik saspenses jer....

macam2 rumors aku dengar..tapi aku takut nak percaya, & malam tadi plak aku dengar Sesi Soal Jawab dgn Datuk Omar Presiden Cuepecs kat TV3....entah lah....samo samolah lah yo kito dongar an...


megi sedap aper..peh!!! terliur lak MEGI KARI CAMPUR TELUR MATA SEPARUH MASAK.... mamak!!! megi satttuuuu!!!

Isnin, 5 Mac 2012

Tak Logik

Dah lama aku carik benda alah ni....sbb aku ingat aku sorang je yg perasan...





dan ini satu lagi...ngeheehee....



kalau2 korang ade yang terjumpa scene yang macam tak masuk akal mcm kat sini

http://koleksiceritalucu.com/10-adegan-tak-logik-dalam-drama-tv-tempatan/