Selasa, 19 Mac 2013

Masak Contest yang Giler Panik!!

Hai...you all.. Sori pada pembaca2 yang ghajin duk melangut kat blog aku nih. Kesian, bloggernya sekali-sekali dapat dtg "mengemas" rumah maya nih..hehhe (alasannnnn..) 

Dah masuk suku pertama tahun ni, aku masih lagi blurrrr dengan tugas. Blurr yang sikit-sikit nak tido..hehe, aku puas cari penawar macam mana nak mengatasi penyakit senang tido aku nih..hehe, bukannya buat-buat..eh-eh dah macam penyakit misteri lak. Bila nak tido, tak kira atas batu pun aku leh tido. Tapi kalau tak tido, lebih 24 jam pun aku maintain lagi..hmmm.. 

Oklah, bosan lak citer pasal tido, (tapi itulah yang ramai org suka)...hari ni fikir punya fikir aku teragak nak kongsi cerita pasal Pertandingan Memasak yang aku pernah ceburi...hahaha betul ke "Ceburi"?..hantam jerlah... Aku bukanlah kategori yang pandai masak sangat, just bolehlah...aje. 

Aku join contest ni time aku form 3. Aku terpilih masuk Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 1998 anjuran Maggi & Shell Gas. Fuhhh!!! bunyi macam poyo jo....tapi memang realiti..hehe... Aku ingat aku punya resepi Nasi Briyani apa ntah...nama susah gile nak ingat. Team aku terdiri 3 orang, member aku si Khaty masak semur sayuran ke, si Aslina masak pencuci mulut... Tak berapa nak hingat lahhh.. 


Lebih kurang macam ni lah rupanya nasi briyani tu....

So, setelah 2 kali cikgu KHB aku Pn Rohana ajar masak resepi nih kat sekolah, maka tibalah waktu dan masa yang ditunggu2. Aku ingat lokasinya kat Sekolah Menengah Puteri kat Seremban. Aku pepagi lagi dah bangun, sarapan apa yang patut dan bertolak naik keta cikgu. 

Sesampai kat sana, kitorang amik tempat nak masak, (amboihhh..excited punya pasal, kitorang amik meja masak yang menghadap juri..hambek ko!) dah itu je yang kosong. hehe. Kitorang pun tolonglah keluarkan barang-barang nak masak. Cek2 balik, kut2 ada yang tertinggal ke apa...so clear lah. Maka sharp pukul 9.00 pagi contest pun bermula.

Aku dengan bangganya mengeluarkan beras basmathi nak masak nasi nih, sebelum tu aku dah tumis segala macam benda untuk campur dalam nasi tuh. Aku gerun jugak, sambil basuh2 beras tu, sempat jugak jeling2 contestant sekolah lain. Mak oiii...kecut perut aku tengok resepi diorang...dalam hati aku berkata "Boleh menang ke nih?" hmmm... 

Dah siap menumis, dan basuh beras, time tu menanak nasi lak. Aku tengok bawah meja, berselirat wayar elektrik, aku pun tanpa buang masa terus on switch rice cooker yang dah siap dipasang oleh cikgu aku sebelum tu. "Tap..Tap...Tap...!" ish...apsal tak menyala lak rice cooker ni....jangan spoil kerja aku?..Takkan nak suruh juri rasa nasi mentah kut?.. Aku dah gabra giler dah, contestant lain mula jeling2 kat aku. Member aku 2 org tu, tak dapat nak bantu sebab diorang kena kejar masa siapkan resepi diorang plak, sebab time yang diberi hanya 3 jam sahaja!. 

Inilah jenama dan lebih kurang besaunya rice cooker yang aku dukung tu..hehe

Aslina tanya aku, "Fizah..boleh ke settle problem ni?..." aku dengan paniknya.."Tak pe As, ko masaklah dulu, taulah aku camner nak buat.... 

Hahahaha....ni yang aku nak gelak ni. Tanpa membuang lebih banyak masa membetulkan wayar elektrik yang hampeh tu, aku terus mengangkut rice cooker gedabak tu lari keluar dari tempat contest. Korang mesti nak tahu kan mana aku pergi dengan rice cooker tu?... Hahaha, aku telah mendukung rice cooker tu masuk kedalam sebuah kelas yang bersebelahan tempat pertandingan dijalankan. Mungkin juri ada yang terkejut tengok ada peserta mendukung rice cooker berlari-lari..!!! Dah macam apa ntah. Ada student2 sekolah tu yang menegur aku, aku kata ni resepi baru tau.

Akhirnya masak juga, nasi aku guna elektrik dalam kelas yang tak berkunci tu...Nasib Baikkkk. Cikgu aku pun panik jugak rupanya sebab tak de tempat nak masak nasi. Tapi, disebabkan rules contest cikgu2 tak boleh nak tolong, so, aku dah blajar nak solve problem team aku. 

Keputusan pertandingan amat menggumbirakan hati aku. Team sekolah aku dapat second place. Wang tunai RM5000 dan trofi. Ada hamper Maggi dan cenderamata dari Shell beserta Sijil Penyertaan. Bangganya time tu, dapat salam dengan Chef Florence Tan. ahahah...


Lebih kurang camni lah hamper aku tuh..bendasing2 dalam tu, konfem aku tak tahu guna..hehe pelik2 je nama nya.

Arakianlah citer aku yang sangat panik, lepas ni aku akan lebih berhati-hati memilih tempat untuk join contest..Minggu depannya, dalam Berita Harian ada terpampang nama aku join contest tu...hehe, tapi dah hilang keratan tu. (Dah balik tu baru aku teringat..patutlah tempat team aku memasak tu tak de orang nak pilih..rupanya, elektrik tak hidup!) HAMPEHHH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...