Salam Jumaat yang penuh rahmat!!!.. Hari ni aku happy sebab Selasa lepas aku dapat PC baru kat ofis, the latest version untuk HRMIS Gomen, paling menarik, PC aku lah pertama di onkan kat Malaysia ni, tapi yg kelakarnya, PC aku bentuk 4 segi sama, gedabak besar...hahaha, anak aku "PC Mama macam kepala Adudu (citer Boboiboy).." Huh!...diorang itu sumer jeles...hehe
Tapi, aku lah satu2nya student yang mampu buat dia MALU!!!. Kesian pun ada aku fikir2 balik. Insiden ni bermula ketika aku ada Solat Zohor di surau sekolah. Biasalah, aku kan control ayu, jalan control2..haha geli lah plak. Surau sekolah time tu adalah kelas yang diubahsuai, bersebelahan dengan kelas Ketua Sekolah ni, si KA tu. Disebabkan aku ni jenis lembab, aku pun ambil wudhu` nak solat zohor dengan 2 orang lagi member kamceng aku. Lepas sudah berwudhu` tu, jalan itik lah nak masuk surau, TIBA-TIBA!!!! jeng, jeng, jeng...."SAAAPPPP..." aku terasa ada seseorang terpegang tangan aku, yang pastinya bukan tangan pempuan!!!... ADOIIIIIYAIIII...BILA AKU DONGAK KE ATAS, RUPANYA ITU ADALAH KA!!! Ketua Sekolah yang macam singa tu...malunya bukan mainlah!!! Gila rasanya kejap2 seluruh kelas dia nampak insiden bodoh tu. Apalagi bersorak semuanya, muka dia dah merah padam!!!. Apabila satu kelas dah bising, kelas yang lain2 pun bertempiaran keluar nak tahu apa yang jadi.. Jadi bahan aku kejap2.
Hahahaha.....Ada plak aku terdengar sindiran kawan kelas dia, "Dah batal air sembahyang dah..tak payah sarung cincin lagi.." Hampeh!!! betul. Inilah first time aku tengok muka Ketua Sekolah aku mengukir senyuman menahan malu yang teramat sangat, rupanya dia tersilap sambar tangan kawan dia yang bersidai kat corridor kelas tu. Dia ingatkan, tangan aku tu, tangan member dia.. hmmm...kesiannnn...
Agaknya, untuk mengelak rasa lebih malu, cepat-cepat dia mengejar tangga turun pergi ke mana entah. Semua student Form 5 tertanya-tanya sesama sendiri apasal semua bersorak2, dan KA memblahkan dirinya. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Member aku lagi sedap, "Wah...untunglah ko, terus cair singa tu...dapat pegang tangan free2 jer..." Siot betul!. Dengan muka selamba badak, aku terus ambil wudhu` balik... Padan ngan muka aku, kali ni tak jalan itik dah.
Ha..ni lah pandangan depan PC DELL aku tu. (Mmg betul macam kepala Adudu) haha
Yang ni plak kalau pandang dari belakang..tapi Korang JANGAN PANDANG BELAKANG lah...
Semangat sikit aku nak wat koje pasni... okeh, kita berbalik pada Alkisah ni. Kisah kelakar campur mengaibkan ini terjadi ketika aku di Form 1. Masa tu, baru nak belajar jadi remaja perempuan yang ayu2 gitu..ceit!..ahaha. Dapat plak sekolah menengah yang ada Ketua Sekolah yang bapak punya garang!!! Bukan diakui oleh cikgu disiplin saja, malah sekolah-sekolah sekitar daerah aku jugak, mendakwa Ketua Sekolah tu, macam simpan saka!!! dia punya garang. Bayangkan, student sekolah tak takut cikgu disiplin tapi takut pada Ketua Sekolah ni, biar lah aku namakan dia KA (Melayu, Lelaki jantinanya) Time tu dia Form 5. Memang ringan tugas cikgu disiplin time tu, bukan tipu aku cakap, kalau di melangkah ke blok, automatik akan senyap sunyi seluruh blok yang dihuni beratus2 pelajar!!!. Kalau korang tak percaya, aku boleh tunjukkan rumahnya kat kampung aku tu. Sekarang dia tak garang dah...dah boleh senyum manis lagi. hehe.
Bila semua cikgu2 sekolah aku tu mesyuarat, cukup dia seorang Control SATU SEKOLAH yang besar tu!.. Memang aku tabik spring dia ni. Aku ingat lagi, waktu aku di form 4, cikgu BM aku tanya "You all ingat tak KA?, saya pun takut ngan dia tu..hehe, masa kelas dia bising dulu, puas saya suruh senyap tapi masih bising jgk, sekali KA toleh ke belakang jer, automatik semua student yang bising tu senyap!, macam mana dia buat camtu?..tanya cikgu aku pelik. Korang tak pelik ke?... Student perempuan betulkan tudung dalam kelas pun, dia boleh marah, pernah satu pagi dia memekik suruh turun beratur, dia masuk satu kelas ke satu kelas, berterbangan buku2 ke siling kelas dibalingnya, sebab budak2 ni buat homework last minute. Kecut perut aku!.. Garang dia tu tahap standard singa betina. Kalau kat perhimpunan sekolah, bunyi orang batuk pun susah nak dengar. Entahlah, aku sendiri tak tahu apa istimewanya KA sampai orang takut nak melawan dia, apatah lagi nak mencabar dia.
Gambar ini tak de kena mengena dengan ini cerita.
Ada sekali tu, sekolah petang...KA tak balik lagi, satu umat pun tak tahu dia ada di sekolah lagi. Rupa2nya, dia dah dapat hidu ada budak kongsi gelap nak bergaduh kat belakang sekolah, mak oiii!!! macam Detektif polis lah plak. Dengan serius muka taiko, dia boleh bawa batang penyapu, halau budak2 cina kongsi gelap hanya SEORANG DIRI!! depan mata kepala aku sendiri. Tak lama lepas tu, kereta polis datang nak siasat, memang matang gila KA nih. Tu aku cakap, cikgu disiplin boleh goyang kaki jer..eheh.
Yang ni plak, tak de kena mengena batal wudhu, cuma tak boleh salam, sebab bukan muhrim, just tunduk hormat.
Agaknya, untuk mengelak rasa lebih malu, cepat-cepat dia mengejar tangga turun pergi ke mana entah. Semua student Form 5 tertanya-tanya sesama sendiri apasal semua bersorak2, dan KA memblahkan dirinya. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Member aku lagi sedap, "Wah...untunglah ko, terus cair singa tu...dapat pegang tangan free2 jer..." Siot betul!. Dengan muka selamba badak, aku terus ambil wudhu` balik... Padan ngan muka aku, kali ni tak jalan itik dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakan mengulas...
Terima Kasih banyak-banyak yer...