Selasa, 19 Mac 2013

Masak Contest yang Giler Panik!!

Hai...you all.. Sori pada pembaca2 yang ghajin duk melangut kat blog aku nih. Kesian, bloggernya sekali-sekali dapat dtg "mengemas" rumah maya nih..hehhe (alasannnnn..) 

Dah masuk suku pertama tahun ni, aku masih lagi blurrrr dengan tugas. Blurr yang sikit-sikit nak tido..hehe, aku puas cari penawar macam mana nak mengatasi penyakit senang tido aku nih..hehe, bukannya buat-buat..eh-eh dah macam penyakit misteri lak. Bila nak tido, tak kira atas batu pun aku leh tido. Tapi kalau tak tido, lebih 24 jam pun aku maintain lagi..hmmm.. 

Oklah, bosan lak citer pasal tido, (tapi itulah yang ramai org suka)...hari ni fikir punya fikir aku teragak nak kongsi cerita pasal Pertandingan Memasak yang aku pernah ceburi...hahaha betul ke "Ceburi"?..hantam jerlah... Aku bukanlah kategori yang pandai masak sangat, just bolehlah...aje. 

Aku join contest ni time aku form 3. Aku terpilih masuk Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 1998 anjuran Maggi & Shell Gas. Fuhhh!!! bunyi macam poyo jo....tapi memang realiti..hehe... Aku ingat aku punya resepi Nasi Briyani apa ntah...nama susah gile nak ingat. Team aku terdiri 3 orang, member aku si Khaty masak semur sayuran ke, si Aslina masak pencuci mulut... Tak berapa nak hingat lahhh.. 


Lebih kurang macam ni lah rupanya nasi briyani tu....

So, setelah 2 kali cikgu KHB aku Pn Rohana ajar masak resepi nih kat sekolah, maka tibalah waktu dan masa yang ditunggu2. Aku ingat lokasinya kat Sekolah Menengah Puteri kat Seremban. Aku pepagi lagi dah bangun, sarapan apa yang patut dan bertolak naik keta cikgu. 

Sesampai kat sana, kitorang amik tempat nak masak, (amboihhh..excited punya pasal, kitorang amik meja masak yang menghadap juri..hambek ko!) dah itu je yang kosong. hehe. Kitorang pun tolonglah keluarkan barang-barang nak masak. Cek2 balik, kut2 ada yang tertinggal ke apa...so clear lah. Maka sharp pukul 9.00 pagi contest pun bermula.

Aku dengan bangganya mengeluarkan beras basmathi nak masak nasi nih, sebelum tu aku dah tumis segala macam benda untuk campur dalam nasi tuh. Aku gerun jugak, sambil basuh2 beras tu, sempat jugak jeling2 contestant sekolah lain. Mak oiii...kecut perut aku tengok resepi diorang...dalam hati aku berkata "Boleh menang ke nih?" hmmm... 

Dah siap menumis, dan basuh beras, time tu menanak nasi lak. Aku tengok bawah meja, berselirat wayar elektrik, aku pun tanpa buang masa terus on switch rice cooker yang dah siap dipasang oleh cikgu aku sebelum tu. "Tap..Tap...Tap...!" ish...apsal tak menyala lak rice cooker ni....jangan spoil kerja aku?..Takkan nak suruh juri rasa nasi mentah kut?.. Aku dah gabra giler dah, contestant lain mula jeling2 kat aku. Member aku 2 org tu, tak dapat nak bantu sebab diorang kena kejar masa siapkan resepi diorang plak, sebab time yang diberi hanya 3 jam sahaja!. 

Inilah jenama dan lebih kurang besaunya rice cooker yang aku dukung tu..hehe

Aslina tanya aku, "Fizah..boleh ke settle problem ni?..." aku dengan paniknya.."Tak pe As, ko masaklah dulu, taulah aku camner nak buat.... 

Hahahaha....ni yang aku nak gelak ni. Tanpa membuang lebih banyak masa membetulkan wayar elektrik yang hampeh tu, aku terus mengangkut rice cooker gedabak tu lari keluar dari tempat contest. Korang mesti nak tahu kan mana aku pergi dengan rice cooker tu?... Hahaha, aku telah mendukung rice cooker tu masuk kedalam sebuah kelas yang bersebelahan tempat pertandingan dijalankan. Mungkin juri ada yang terkejut tengok ada peserta mendukung rice cooker berlari-lari..!!! Dah macam apa ntah. Ada student2 sekolah tu yang menegur aku, aku kata ni resepi baru tau.

Akhirnya masak juga, nasi aku guna elektrik dalam kelas yang tak berkunci tu...Nasib Baikkkk. Cikgu aku pun panik jugak rupanya sebab tak de tempat nak masak nasi. Tapi, disebabkan rules contest cikgu2 tak boleh nak tolong, so, aku dah blajar nak solve problem team aku. 

Keputusan pertandingan amat menggumbirakan hati aku. Team sekolah aku dapat second place. Wang tunai RM5000 dan trofi. Ada hamper Maggi dan cenderamata dari Shell beserta Sijil Penyertaan. Bangganya time tu, dapat salam dengan Chef Florence Tan. ahahah...


Lebih kurang camni lah hamper aku tuh..bendasing2 dalam tu, konfem aku tak tahu guna..hehe pelik2 je nama nya.

Arakianlah citer aku yang sangat panik, lepas ni aku akan lebih berhati-hati memilih tempat untuk join contest..Minggu depannya, dalam Berita Harian ada terpampang nama aku join contest tu...hehe, tapi dah hilang keratan tu. (Dah balik tu baru aku teringat..patutlah tempat team aku memasak tu tak de orang nak pilih..rupanya, elektrik tak hidup!) HAMPEHHH...

Jumaat, 1 Mac 2013

Alkisah: Adoiyaiii..Sultan tanya aku?

          Dah masuk bulan baru ni, korang nak dengar citer best tak?..meh sini, Alkisah lagi, kisah ni terjadi ketika aku berumur 18 tahun. Masa tu aku baru belajar berjauhan dengan keluarga. Aku sambung belajar di sebuah negeri pantai timur. Disebabkan agaknya, aku tak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ni, aku seringkali demam dan sakit kepala. Sampai mak aku kirimkan air penawar untuk aku minum setiap pagi. 

          Di pertengahan semester tu, institusi aku belajar tu anjurkan satu pameran pembelajaran berunsurkan kajian. Aku memang excited take part dalam pameran tu, sebabnya, lecturer aku cakap ada orang besar nak datang nanti. Apalagi, aku dan sorang member lelaki kelas aku buat pameran tentang cuaca. Adalah, model yang kitorang reka, simple jer pun tapi menarik jugak..daripada nak kena bedah katak aku tak nak....hehehe..

            Prepare punya prepare, kami berdua dengan bangganya tulislah nama siapa punya kios pameran. Siapa entah nama budak tu, aku pun tak ingat dah. Banyak makan semut aku nih....hehe..

             Tibalah hari dan waktu yang dinanti-nanti. Aku dah siap gosok baju awal-awal dah....excited nak jumpa Sultan Terengganu. Tiba-tiba tak semena-menanya, aku kena migrain malam tu. Berdengung kepala aku nih, agaknya selalu lambat tido. Dengan sedih giler, aku terpaksa biarkan member team aku yang sorang tu jalankan pameran sorang2 tanpa bantuan aku.

           Maka, sepanjang hari aku just duk dalam hostel jer lah memerap dengan kepala yang tak henti-henti berdenyut2. Hei kepala...kenapalah hari penting ko nak menyakit?...tak boleh ke esok lusa?.... 

            Besoknya, aku pergi kelas dengan muka amat monyok. Aku cepat-cepat cari member team aku tuh. Dia sengih je, tanya aku sebab tak datang semalam. Aku cakap aku migrain. Dia kata, semalam Sultan Mizan datang tengok pameran kita tau...dia sempat baca nama kat kios ada 2 orang, dia tanya "Awak sorang sahaja?, Hafizah mana, kat sini 2 orang nama?" lebih kurang camtulah kawan aku cerita. Peh..walaupun soalan tu pendek, tapi berbunga bila Sultan Mizan yang pernah jadi Raja tanya apasal aku tak datang... Agaknya Sultan Mizan minat kat pameran kitorang kut...hehe. Terima kasih Sultan Mizan, Daulat Tuanku!!!.... 


Alkisah: Ketua Sekolah tak sengaja "Batalkan Wudhu`"

             Salam Jumaat yang penuh rahmat!!!.. Hari ni aku happy sebab Selasa lepas aku dapat PC baru kat ofis, the latest version untuk HRMIS Gomen, paling menarik, PC aku lah pertama di onkan kat Malaysia ni, tapi yg kelakarnya, PC aku bentuk 4 segi sama, gedabak besar...hahaha, anak aku "PC Mama macam kepala Adudu (citer Boboiboy).." Huh!...diorang itu sumer jeles...hehe

Ha..ni lah pandangan depan PC DELL aku tu. (Mmg betul macam kepala Adudu) haha



Yang ni plak kalau pandang dari belakang..tapi Korang JANGAN PANDANG BELAKANG lah...

              Semangat sikit aku nak wat koje pasni... okeh, kita berbalik pada Alkisah ni. Kisah kelakar campur mengaibkan ini terjadi ketika aku di Form 1. Masa tu, baru nak belajar jadi remaja perempuan yang ayu2 gitu..ceit!..ahaha. Dapat plak sekolah menengah yang ada Ketua Sekolah yang bapak punya garang!!! Bukan diakui oleh cikgu disiplin saja, malah sekolah-sekolah sekitar daerah aku jugak, mendakwa Ketua Sekolah tu, macam simpan saka!!! dia punya garang. Bayangkan, student sekolah tak takut cikgu disiplin tapi takut pada Ketua Sekolah ni, biar lah aku namakan dia KA (Melayu, Lelaki jantinanya) Time tu dia Form 5. Memang ringan tugas cikgu disiplin time tu, bukan tipu aku cakap, kalau di melangkah ke blok, automatik akan senyap sunyi seluruh blok yang dihuni beratus2 pelajar!!!. Kalau korang tak percaya, aku boleh tunjukkan rumahnya kat kampung aku tu. Sekarang dia tak garang dah...dah boleh senyum manis lagi. hehe. 

              Bila semua cikgu2 sekolah aku tu mesyuarat, cukup dia seorang Control SATU SEKOLAH yang besar tu!.. Memang aku tabik spring dia ni. Aku ingat lagi, waktu aku di form 4, cikgu BM aku tanya "You all ingat tak KA?, saya pun takut ngan dia tu..hehe, masa kelas dia bising dulu, puas saya suruh senyap tapi masih bising jgk, sekali KA toleh ke belakang jer, automatik semua student yang bising tu senyap!, macam mana dia buat camtu?..tanya cikgu aku pelik. Korang tak pelik ke?... Student perempuan betulkan tudung dalam kelas pun, dia boleh marah, pernah satu pagi dia memekik suruh turun beratur, dia masuk satu kelas ke satu kelas, berterbangan buku2 ke siling kelas dibalingnya, sebab budak2 ni buat homework last minute. Kecut perut aku!.. Garang dia tu tahap standard singa betina. Kalau kat perhimpunan sekolah, bunyi orang batuk pun susah nak dengar. Entahlah, aku sendiri tak tahu apa istimewanya KA sampai orang takut nak melawan dia, apatah lagi nak mencabar dia. 


Gambar ini tak de kena mengena dengan ini cerita.

Ada sekali tu, sekolah petang...KA tak balik lagi, satu umat pun tak tahu dia ada di sekolah lagi. Rupa2nya, dia dah dapat hidu ada budak kongsi gelap nak bergaduh kat belakang sekolah, mak oiii!!! macam Detektif polis lah plak. Dengan serius muka taiko, dia boleh bawa batang penyapu, halau budak2 cina kongsi gelap hanya SEORANG DIRI!! depan mata kepala aku sendiri. Tak lama lepas tu, kereta polis datang nak siasat, memang matang gila KA nih. Tu aku cakap, cikgu disiplin boleh goyang kaki jer..eheh.

                  Tapi, aku lah satu2nya student yang mampu buat dia MALU!!!. Kesian pun ada aku fikir2 balik. Insiden ni bermula ketika aku ada Solat Zohor di surau sekolah. Biasalah, aku kan control ayu, jalan control2..haha geli lah plak. Surau sekolah time tu adalah kelas yang diubahsuai, bersebelahan dengan kelas Ketua Sekolah ni, si KA tu. Disebabkan aku ni jenis lembab, aku pun ambil wudhu` nak solat zohor dengan 2 orang lagi member kamceng aku. Lepas sudah berwudhu` tu, jalan itik lah nak masuk surau, TIBA-TIBA!!!! jeng, jeng, jeng...."SAAAPPPP..." aku terasa ada seseorang terpegang tangan aku, yang pastinya bukan tangan pempuan!!!... ADOIIIIIYAIIII...BILA AKU DONGAK KE ATAS, RUPANYA ITU ADALAH KA!!! Ketua Sekolah yang macam singa tu...malunya bukan mainlah!!! Gila rasanya kejap2 seluruh kelas dia nampak insiden bodoh tu. Apalagi bersorak semuanya, muka dia dah merah padam!!!. Apabila satu kelas dah bising, kelas yang lain2 pun bertempiaran keluar nak tahu apa yang jadi.. Jadi bahan aku kejap2.


Yang ni plak, tak de kena mengena batal wudhu, cuma tak boleh salam, sebab bukan muhrim, just tunduk hormat.

                     Hahahaha.....Ada plak aku terdengar sindiran kawan kelas dia, "Dah batal air sembahyang dah..tak payah sarung cincin lagi.." Hampeh!!! betul. Inilah first time aku tengok muka Ketua Sekolah aku mengukir senyuman menahan malu yang teramat sangat, rupanya dia tersilap sambar tangan kawan dia yang bersidai kat corridor kelas tu. Dia ingatkan, tangan aku tu, tangan member dia.. hmmm...kesiannnn...

                  Agaknya, untuk mengelak rasa lebih malu, cepat-cepat dia mengejar tangga turun pergi ke mana entah. Semua student Form 5 tertanya-tanya sesama sendiri apasal semua bersorak2, dan KA memblahkan dirinya. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Member aku lagi sedap, "Wah...untunglah ko, terus cair singa tu...dapat pegang tangan free2 jer..." Siot betul!. Dengan muka selamba badak, aku terus ambil wudhu` balik... Padan ngan muka aku, kali ni tak jalan itik dah.