Khamis, 10 Januari 2013

Aku tetap pilih Hospital Melaka!!!

Hai salam semua... rindu nak berblog lak hari ni lepas terbaca satu berita yang bagi aku tak patut berlaku langsung dalam zaman teknologi canggih sekarang nih. KECUAIAN dalam bertugas!!! I mention huruf besar sebab bagi aku kalau tugasan berkaitan dengan nyawa manusia nih especially babies, aku memang protes habis-habisan..NO EXCUSES langsung.. Ni lah berita yang aku amat terkilan sangat MyMetro .


Inilah gambar baby yang tak bersalah....aku tak boleh tengok lelama muka baby nih, aku rasa geram sangat dengan manusia yang cuai tu..DAMN!

Kesian sangat pada baby tu and parent dia yang menyambut kelahiran anak sulung tak sampai beberapa jam lepas tu meninggal dunia akibat kecuaian kakitangan Hospital tersebut yang tersalah suntik baby tu. Mengikut info yang aku dapat, baby itu telah dilahirkan normal dan sihat tetapi akibat KECUAIAN, staf kat spital tu tersalah suntik ubat untuk mengecutkan rahim..dan berlaku kerosakan organ yang teruk disamping melibatkan otak baby tu...Ya AllahhuAkbar!!!... Aku kalau boleh tak nak dengar lagi berita2 yang sadis pasal bayi2 comel ni, kes buang, kes dera, kes bunuh, kes eksploitasi, kes rogol, entah mcm2 kes negatif lagi...

Entri aku nih, bukan aku nak memuji atau nak amik komisyen apa ke pasal "UP" kan Hospital Kerajaan. Yes, dulu memang aku akui zaman mak2 aku dulu, nurse & doc memang garang dan tak mesra alam. Tapi, now dah bertukar. Start aku bersalin anak aku yang sulong Hannah, aku jatuh cinta dengan service kat Hospital Besar Melaka. Pasal parking memang lah crowded, mmg mencabar minda nak mencarinya, tapi bila masuk jer dalam, start dari atendan sampai lah ke pengurusan tertinggi (Pakar Perubatan) aku "Thumb Up" untuk diorang.. Service cepat, doktor yang merawat aku pun tersangat ok. Walaupun aku bukan orang Melaka, tapi orang Tampin...aku tetap akan pilih Hospital Besar Melaka, & no wonder my husband sanggup drive dari rumah mak mertua aku kat Jelebu time sakit nak bersalin straight ke Melaka semata-mata untuk dapatkan service yang terbaik. Layanan diorang pun memang aku puji, disaat aku sakit bersalin anak yang ketiga 2 tahun lepas, Pembantu Jururawat melaung2 suruh aku Think Positive. Zikir banyak2. Time tu mmg aku down giler.

Ni gambar dari pandangan hadapan Hospital Melaka, aku Google je..

Ketika tu aku masuk ke Wad bersalin tak sampai 10 minit aku terus masuk labour room, alhamdulillah doktor perempuan cina & melayu (tak ingat nama dia) memang sedaya upaya pegang dan terus jerit dah nampak baby aku. (Wow..time tu Allah saja yang tahu) Nyawa aku diambang2 ajer... Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku selamat lahirkan Hayfa Addelia seberat 3.4 kg. After dah selesai, aku masih lagi berehat di labour room sambil diberi air milo panas dan roti sementara tunggu baby aku dibersihkan dan divaksinkan. 

Masa tu masuk Pembantu Jururawat tu lagi, dia bagi aku motivasi untuk bersalin, dia pesan "Jangan terus cepat cakap Tak Boleh, maka tak bolehlah kita bersalin, tanamkan dalam kepala "Aku Boleh, nak tengok anak aku sihat",insyaAllah Tuhan akan permudahkan, dan disaat sakit tu berzikir dan sebut Allah banyak kali". Sungguh bermakna nasihat tu pada aku. Kalau tak tentu anak aku dah "makan najis" istilah kalau baby lambat keluar dari rahim. Mungkin kecacatan otak akan berlaku. 

Dari hari 1st aku dalam wad (dapat bilik aircond) hehe, doktor dan nurse memang menjaga rapi baby2 kat sana. Yang paling suka, cara diorang bersihkan baby setiap pagi, mereka tak akan aturkan panjang2, just amik dalam 3 atau 4 orang baby sekali treat. So, taklah nanti tersalah bagi baby kat mak. Sampailah hari aku  discharge dari Hospital Melaka, security memang tinggi. 3 kali checkpoint semak nama diiringi dengan seorang nurse sampai pintu keluar untuk memastikan aku & husband adalah ibubapa kandung baby tu. Siap serah IC lagi kat 3 checkpoint tu, memang rasa susah sikit, tapi memang aku puji untuk elakkan penculikan bayi. Kandungan aku yang kedua dulu pulak, lambat bersalin seminggu, doktor pakar turun untuk berbincang dengan aku, untuk solve the problem. Dah siap operation theatre, tetiba sakit bersalin automatik datang. Hehe, tak jadi operaton.

So, itu semua pendapat aku, yang lain terpulanglah pada pembaca semua. tepuk dada tanyalah selera masing2. Jangan disebabkan terlalu ambil mudah, nanti akibatnya kita yang parah. Mungkin ada diantara pembaca blog ni yang tak dapat service yang diharapkan kat Hospital Melaka, tapi bagi aku itu normal depends pada keadaan masing2 ketika mendapatkan rawatan. Babai dulu semua...daaa..


4 ulasan:

  1. Hi, sy org jb...kemungkinan besar hubby akan ditukar ke melake..b4 ni mmg search psal hosp besar jb je..ni kne wt research pasal hosp melake..nk tanye ade 1st class x kt sane? Review awak wat sy think positive tuk deliver kt sane...thanks sgt..

    BalasPadam
  2. tahniah & time kasih sbb sudi baca entri sy pasal hospital melaka tu puan akmal... x silap saya mmg ade kut 1st class.. Sy pun takut jgk, kalo org lain think negative plak, after buat treatment kat sini, entri tu hanya pengalaman sy, dan tak pernah tanya pengalaman org lain kat hospital melaka tu.. btw, awak dah deliver ke?.. kat mana?..

    BalasPadam
  3. Sy lahir di hosp melaka.. tp kawin dgn org kuantan.. sy nk bsalin kt hosp melaka.. tandas pun x jauh.. wlupun 3rd class tp sy nmpk keadaannya jauh lebih selesa dr htaa pahang.. harap2 sempat la sy bsalin sane nnti..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dpt layanan yg sgt bgus masa bersalin ank 1st tahun lepas...
    Tahun ni 2nd baby insyallah nak jugak bersalin kt hospital melaka...

    BalasPadam

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...