Isnin, 14 Mei 2012

Mother`s Day Mak Aku


Salam semua sahabat-sahabatku...semalam hari yang paling best sekali, sebabnya dapat sambut lagi Double Party..satu Mother`s Day and satu lagi Birthday Mak.

Kat atas tu kek yang diimport khas dari Secret Recipe (Choc Indulgent) huhuhu best..ada aiskrim. untuk aku sebagai Mama, suami dan anak-anak belanja makan Nasi Ayam. Kek ni untuk mak saya. Saya tak berapa suka kek. hihihi....Potong ayam jew semalam.

Buat surprise balik Tampin, sampai aje kat laman rumah, mak tengah siram pokok bunga dia. Bawa turun je kotak kek, terus tersipu-sipu malu..hehehe.cucu-cucu balik nak celebrate GrandMa`s Birthday awal sebab ikut tarikh Jumaat nih.

Tu yang jadi Double Party tu.


 Betapa excited nya mak aku nak potong kek tu. Siap tunggu abah aku balik pukul 10 malam nak potong kek. Tengok anak aku si Hannah, mana aje wan nya posing potong kek, mesti dia nak menyibuk jugak.



Wah..tersenyum masing-masing nak menunggu kek aiskrim masuk ke dalam tekak... yang tak ada dalam gambo ni adikaku dua orang, yang no 2 tu tak dapat nak balik, yang no 3 terpaksa kejar tren balik KL... Ni je lah yang hado...


Untuk My Mak...entri nikhas UNTUKMU...Untuk abah yang dah order awal-awal tu untuk Father`s Day..insyaAllah hehehe coming soon.. I love U Makkkk!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan mengulas...

Terima Kasih banyak-banyak yer...