Hai..lama tak update blog aku. Bukan tak ada cerita, ada banyak cerita nak kongsi, tapi tak berapa nak terang sangat.
Now, aku nak cerita kisah seorang yang "nerd" atau lurus bendul menjadi seorang yang tegas dan garang!. That was me!.. Korang semua tak percaya kan, dulu aku seorang pengecut, dan pendiam..senang kata stok kena buli lah. Tapi, cikgu-cikgu selalu back-up aku, bukan teruk pun, sekadar jadi usikan kawan-kawan aje..nge hee hee...
Kisahnya terjadi apabila aku pulang ke kampung minggu lepas di Tampin. Sekarang aku tak lah garang sangat, cuma sifat "blur" itu masih melekat macam kerak nasi kat hati aku. Adik-adik aku pun mengakuinya aku ni separa "blur" punya "type". Cerita lawak pun kadang-kadang aku boleh buat muka seposen, cerita sedih lagilah seposen. So, short story kan, mak aku mengadu tak dapat nak bawa keluar adik aku yang bekerja di salah sebuah kedai kat sana untuk makan malam family. Aku tak join sebab, tak plan pun nak balik. Mak aku terkilan adik aku yang no 4 tu tak dapat balik awal cause her supervisor very THE KEREK PERSON!...
Menurut adik aku, adik-beradik supervisor tu pun kerja kat tempat yang sama, tapi tak ada banyak masalah pun kalau nak balik on the spot, emergency case ke, tapi adik aku dah inform dari hari Selasa lagi nak balik awal pukul 6.30 petang, alih-alih supervisor dia boleh kata tak tahu?!.. Ada ke patut?. Mak aku punya hangin, cakap, "Nasib baik makan malam tak payah tempah meja, kalau majlis rasmi macam ni, siapa nak tanggung rugi?..nak mak sekolahkan supervisor ko tuh?" garangnyerrr my mommy..
Maka, aku ni tak boleh tengok adik aku kena buli macam ni, mulalah hati mendidih walaupun ada rasa ketar lutut jugak nak membalas dendam. Aku tak kisah kalau supervisor tu tak bagi adikaku balik, tapi masalahnya yang aku kisah sangat DIA NI BERAT SEBELAH, family matters dia put at the 1st place lagi, apa dia ingat staf bawah ni tak ada family macam dia ke?.. Kalau tak bagi balik, jangan bagi semua balik awal, understand!.
Aku pun dengan hati yang merah menyala, ergilah kedai adik aku pada sebelah petang esoknya dengan cita-cita dan harapan untuk menuntut bela hak mak aku. Aku dulik Hapa!. Aku pun, call adik aku suruh cakap kat supervisor dia nak balik awal sebab nak ganti semalam punya tak dapat balik. Alasannya, aku nak hantar dia ke Seremban, rumah tak ada orang, dan tak ada siapa nak jemput adik aku balik kerja malam nanti.
Korang tahu, supervisor tu tengah sedaaaapppp buat tahi mata sebelah cashier counter!. Sakit hati aku, adik aku disuruh jaga kaunter, and then dia melepak membuta. Kalau nak tidur ambil lah cuti kak oiii!..Tak sedap lah customer you all pandang kan?. Aku dengan selambanya, memula pergi serang adik dia, mulanya aku tak kenal..boleh lak aku cakap,:
"Garang sangat ke supervisor tu?...bukan nak balik suka-suka, memang malam nanti tak ada orang nak jemput adik saya...,".
Tersengih-sengih je budak tu dengar. Aku buat-buatlah nak pergi beli bateri 3A kat kaunter, masa tu adik aku jadi cashier, aku pun cakap separa kuat...
Sambil menuding ke arah supervisor yang baru nak bangun tido tu aku cakap
" Ni ke supervisor ko?.." Dia pun terjaga dan betulkan tudung nya yang tak ayu langsung. Muka bajet garang lah. Nak tergelak aku. Dalam hati, gentar juga, karang dia serang aku balik.
Aku : "Saya ni kakak dia ni, nak bawa dia balik pukul 6.30 petang nanti, bukan sekarang..sebab rumah saya tak ada orang, tak ada orang nak jemput dia..," (control geram ni)
Superbisa : "Yer..saya tahu.." (muka nak bajet kerek macam CEO syarikat international jer)
Aku : Boleh ke tak?
Superbisa : "Adik lelaki yang kecik tu kan ada rumah....". (cuba nak mengajar aku ni)
Aku dah start bengang bila dia suruh adik bongsu lelaki aku yang temankan kat rumah. Adik lelaki aku baru 14 tahun, lesen motor pun tak ada, badan dah lah keding.
Aku: (dengan bengang tahap gaban) "Adik saya ni tinggal area kampung, bukan area Taman Perumahan, banyak jiran kiri kanan, adik lelaki saya tu bukan ada lesen motor pun..dia ada dalam kereta saya tu, nak hantar Seremban. Mak ayah saya pulak nak hantar adik sorang lagi balik KL..."
Superbisa : Jadi dia ni (merujuk adik aku) nak berjalan kat KL lah?..(siot aje)
Aku : Berjalan apanya?..kan saya cakap tadi, mak ayah saya tak ada kat rumah! siapa nak jemput dia balik pukul 10 malam nanti?..kalau apa-apa jadi siapa nak tanggungjawab?..(keras bunyinya)
Agaknya tengok muka supervisor tu agak bengang jugaklah dengar jawapan aku. Serius aku cakap, ni lah first time aku buat orang marah dengan gaya aku bercakap.
Puas hati aku..aku pun memblahkan diri. Susulan cerita aku ambush supervisor kerek tu, telah tersebar di kalangan ahli keluarganya..aku pun cakap kat adik aku dengan penuh motivasi diri..
"Wehh..ko tak payah lah nak tolong sangat orang macam tu, kau tengok, gaji dia dah tentu lebih dari kau..tapi pergi kerja buat tahi mata!..kau sedar tak kau tengah kena buli?...kau disuruhnya jaga kaunter...pada hal dia boleh gilir-gilir apa..kalau mengantuk sangat, ambil je lah cuti.."
Mak ayah aku pun pelik aku cakap apa sampai supervisor tu bagi adik aku balik, sebab semalamnya mak ayah aku minta adik aku balik awal tak dapat.. Aku cakap jelah apa yang dah terjadi.
Adik aku bagitahu, adik-beradik dia nak cuti Sabtu Ahad pun tak ada hal, pada hal Sabtu Ahad tak boleh nak ambil cuti. Korang sakit hati tak?? Adik aku tambah lagi, lepas je aku balik..diorang buat mesyuarat henpon, tulis kat henpon pastu pas suruh baca gilir-gilir..Dulik Hapa aku..JANJI AKU MENANG!!!
Jadi, aku dah buktikan sekarang bukan Naive lagi...tapi I AM THE BOLD!...