Selasa, 13 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalam semua sahabat2 seantero dunia.
Salam Maal Hijrah 1437 hijrah. Aku tak de apa nak wish sgt sebab aku kalau masuk je tahun baru ni mulalah rasa sebak semacam. Perasaan tu macam nampak je buku amalan diangkat ke langit. Doa akhir tahun awal tahun silih berganti setiap kali tahun baru menjelma. Maaflah jika entri kali ni berbaur kesedihan sbb kdg2 rasa insaf dalam diri kita tak tentu masa tibanya..tengah makan pun tiba2 boleh ingat dosa pahala.

Jom baca sama- sama... 

Aku harap kita semua sentiasa dlm perlindunganNya... 
Ingatlah....walau ape pun masalah kita, berapa besar pun ia, mengadulah pada Allah SWT... sekian wassalam.

p/s : Best plak dengar ustaz yg ceramah kat surau dekat2 rumah ni. Sambil ampai baju sambil dengar ceramah..hehe

Khamis, 8 Oktober 2015

Rindu nak berblog balik...

Assalamualaikum semua nya... especially my followers yg hari2 tggu citer merapu meraban drp saya. Wuishhh mmg lame sgt dh aku tak berblog nih..almaklumlah sibuk dgn kojer jer...tp hati x pnh lupa dgn blog maya aku nih. Mane x nya drp ank 3 org ni dlm perut nk masuk 4 org dah... hahahah boleh lh sharing is  aring memacam kat sni...

Tp hr ni lain skit sbb aku tulis blog guna hp. Hahah sonang x pyh nk on plug laptop bagai nak brgaduh dgn ank2 sbb  nk guna laptop tu.

Aku hr ni tgh carik idea jugak ni ape nk ckpkt blog.. tgok habuk sawang x de plak tp pembaca alhamdulillah mningkat jgk. Wlaupun x update blog usang ni.

Ok sbb aku dh lame tak update blog mmg berguni2 lah citer aku nk kongsi dgn korang. Hehehe korang kalo bab citer panas mmg suka baca ye tak...  Aku skrg tgh cari customer yg nak tempah jahit manik kat baju... bukan aku lh yg jahit tgn tak brapa nk kreatif .. yg manik aku ckp ni adik aku yg amik tempahan. Dia duk shah alam. P

Dia ckp je stakat ni customer dia ok2 je..dia mintak aku tlg promote tempahan manik dia je.. Pattern manik dan corak boleh aje ikut kesukaan korang yg minat kiranya pinjam tgn dia je menjahit. Ye lah kita ni kdg2 kreatif mencorak tp nak menjahit tu tangan dh keras.. hahaha.

Nnt kalo aku free2 boleh upload hasil jahitan manik dia kat sini...tunjuk tu satu kemestian baru ade kepercayaan.



Actually tu je lah aku nak citer stakat ni...sbb aku nk list down kan senarai bahan citer aku kat sini...

Maaf ye gambar2 kat sini tidak berkaitan lgsg dgn entri kali ni. Ni gmbr bbq tak dirancang family aku 2 minggu lepas. Nmpk disitu "customer" sdg sabar menunggu ikan bakar siap di bbq kan..

Ni anak aku yang no 2 Hakim nama dia. Sdg kusyuk mengunyah ikan bakar hasil air tgn aku..hahaha
 Walaupun ayam perap ni nmpak terserlah poyonya disitu tp sbnrnya aku perap ayam ni dgn sos black pepper brand Giant tu dgn tabir sikit gula pasir ..hahah tapi sodap jo.. 
 Ikan bakar ni dah siap di bakar rsnya sedap gak lah smpai licin ...tp rencahnya pun aku beli yg instant. Gmbr bawah pulak anak aku si Hannah tgh berlakon dpan tmpt bbq... kalau harap dia bakar alamatnya smua mentah... hehe
Ok..sampai di sini je entri kali ni.. nnt2 kita sambung lagi ye dgn tajuk yg lebih membara.. bye..
Assalam..

Selasa, 18 Februari 2014


CERITA-CERITI-CERITU-CERITO AKU 2014

Assalamualaikum...semua kwn2 blogger ku yg teramat2-amaaatttt aku sayang.. aku terlupa, aku ade satu lagi rumah kat alam maya ni..kesian dah lama tak datang kemas. setahun dah aku tak datang2 rasanya, nak kata keja banyak, mmg tiap2 hari aku kena keja pun, sampai pencen pun tak abis2...sebenarnya bukan tak suka berblogger, tapi setiap gambar yg berkait dgn entri tak dpt nak masukkan sbb henpon tak de kabel, pc lak x de bluetooth...adesss!!!

Mesti la boring baca cerita tak de gambar betul tak?.. untuk tahun 2014 ni, hidup aku sikit berubah, Hannah dah masuk darjah 1, suka tengok dia rajin improve diri dia dari semasa ke semasa mungkin dia anak sulong kut... tak takut nak bertanya, cuma yg aku risau penyakit anemia dia susah nak nampak perkembangan positif lah, dah memacam aku buat, app klinik, makan bayam, makan hati ayam dia tak nak lak, bagi bayam pun tak suka, alih2 aku belikan dia Junior Gold, ok lah skit dia bleh telan... 

Hakim lak, aku decide masukkan dia prasekolah even dia baru 5 tahun... aku tak nak dia rasa sunyi sbb kakak dia tak de kat rumah, tetiap hari petang baru dpt jumpa kakak dia. bosan tgok hidup dia. tertekan plak nanti sbb tak de geng. Jadi, bila dia bersekolah ni, harapan aku dia dapat belajar berkawan dan belajar sikit2... Tapi, ada juga yg aku risau dgn dia ni, sbb dah mula nampak dia jadi malas nak sekolah. Bila aku tanya, dia kata takut cikgu marah. Pernah 2 kali aku call cikgu tanya sebab apa dia takut camtu, aku takut dia kena buli dgn kawan2 yg lagi besar dari dia...ataupun, cikgu selalu marah dia. Memang aku akui, Hakim budak yg agresif kat rumah, tapi hati dia cepat terasa kalo org marah dia. 

Hayfa lak, anak aku yang bongsu ni manja bukan lagi. Dah nak masuk 3 tahun, tahun 2014 ni tapi masih lagi tak berhenti breast-feed. Entah cara apa lagi aku nak buat. Sorang kawan aku cadangkan sapu dengan jadam yg larut dlm air suam, then sapukan. Rasanya memang giler pahit, aku tanya kawan aku dia pun tak sanggup nak buat sebab tak sampai hati..hehehe

Tahun 2014 ni, ade lah jugak buat keja sampingan bisnes kecik2 anak jer..bukan bisnes jual anak ok...hehe Baru je nak menceburi bidang bisnes gatal2 ni..nak tahu bisnes apa?.. Bisnes doorgift.. So far sambutan ok2 jer, rasa mcm nak pergi jauh lagi, sayang lak hobi ditinggalkan. Ha...sekarang pun aku ada bela anak kucing, Putih nama dia. Dia datang mmg misteri, pukul 1 pagi tengah lepak2 depan rumah, tetiba dia ngiau2 dtg kat aku. Puas aku halau, dia mcm takut nak jauh dari aku. Tak sampai hati lak, bela jerlah, bukan susah pun. Yang susahnya, askar aku 3 org tu, nak control dan bergaduh sbb tak dpt pegang kucing. Memang keturunan aku giler kucing, pak & mak sedara, sepupu sepapat semua giler ngan kucing. 

Sekarang ni, hidup aku pun sibuk dgn Wassap, sana sini asyik Wasap, memula tu mmg rimas, sikit2 bunyi, sikit2 bunyi lagi..tapi biler dah ade Group keluarga sendiri, terasa mcm amat penting lak nak tahu berita terkini keluarga besar, dari pak&mak sedara, sampailah ke cucu-cicitnya...huhu...

1hb Feb hari tu, mak dan ayah mentua ku selamat ke Tanah Suci Mekah mengerjakan Umrah, alhamdulillah, 12hb dah balik sini, tapi mcm nak patah pinggang menunggu kat Balai Ketibaan Antarabangsa dari pukul 7.30pagi sampai 10.30 pagi baru muncul muka diorang..lamanya...huhu Adalah demam dan batuk2 sampai hari ni pun masih ada lagi. 

Ok, citer pasal kawin lak, tahun lepas bulan 10, adik aku yang ketiga dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya dari Kedah mai tuh...hehe, tengok gaya, bleh masuk lah perangainya dengan keluarga aku yg sempoi ni. Skang dah pregnant pun masuk 4 bulan, yang kelakarnya adik aku yang no2 pun ambil berkat pregnant sama, due pun sebelah2 jer tarikhnya..jadi ada 2 org mak buyong. Dapat lah aku 2 org anak buah tahun ni. hehe Adik ipar aku yang no 4 pun dah mengikat tali pertunangan bulan 12 tahun lepas. 

Ade jugak lah, cerita tak sedap didengar,...tahun lepas mak mentua aku disahkan leukimia. Memang teruk sikit lah hidup masing2 time tu, dan mungkin sebab tu jugaklah, blog ni jarang diupdate. Rumah pun tunggang-langgang. Memang kejap sangat penyakit tu dtg, mcm tak percaya. Tapi nasib baiklah cepat tahu, mak mentua selalu demam sampai sebulan tak elok2. Rupa2nya ade penyakit leukimia. Sekarang dia ambil ubat khas, tak buat kemo tapi effectnya tak sampai setengah jam makan ubat tu, muntah teruk dan rasa seram sejuk....

Adik ipar yang last pun dah sambung study kat Russia, ambil medic nak ikut macam kakak dia jugak. Bagus jugak doktor ramai ni, bleh bukak hospital kat rumah..hehehe

Hmm..setakat ni jelah yang aku sempat share ngan korang semua. Nanti kalo ade citer best aku kongsi lagi. Orang sebelah2 ni pun dah start jeling2 dah ni, aku ni sibuk semacam jer...keyboard asyik tup tap tup tap je dari tadi...TAK KUASA AKAKKK!!! bye2 sayang2 semua....






Selasa, 19 Mac 2013

Masak Contest yang Giler Panik!!

Hai...you all.. Sori pada pembaca2 yang ghajin duk melangut kat blog aku nih. Kesian, bloggernya sekali-sekali dapat dtg "mengemas" rumah maya nih..hehhe (alasannnnn..) 

Dah masuk suku pertama tahun ni, aku masih lagi blurrrr dengan tugas. Blurr yang sikit-sikit nak tido..hehe, aku puas cari penawar macam mana nak mengatasi penyakit senang tido aku nih..hehe, bukannya buat-buat..eh-eh dah macam penyakit misteri lak. Bila nak tido, tak kira atas batu pun aku leh tido. Tapi kalau tak tido, lebih 24 jam pun aku maintain lagi..hmmm.. 

Oklah, bosan lak citer pasal tido, (tapi itulah yang ramai org suka)...hari ni fikir punya fikir aku teragak nak kongsi cerita pasal Pertandingan Memasak yang aku pernah ceburi...hahaha betul ke "Ceburi"?..hantam jerlah... Aku bukanlah kategori yang pandai masak sangat, just bolehlah...aje. 

Aku join contest ni time aku form 3. Aku terpilih masuk Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 1998 anjuran Maggi & Shell Gas. Fuhhh!!! bunyi macam poyo jo....tapi memang realiti..hehe... Aku ingat aku punya resepi Nasi Briyani apa ntah...nama susah gile nak ingat. Team aku terdiri 3 orang, member aku si Khaty masak semur sayuran ke, si Aslina masak pencuci mulut... Tak berapa nak hingat lahhh.. 


Lebih kurang macam ni lah rupanya nasi briyani tu....

So, setelah 2 kali cikgu KHB aku Pn Rohana ajar masak resepi nih kat sekolah, maka tibalah waktu dan masa yang ditunggu2. Aku ingat lokasinya kat Sekolah Menengah Puteri kat Seremban. Aku pepagi lagi dah bangun, sarapan apa yang patut dan bertolak naik keta cikgu. 

Sesampai kat sana, kitorang amik tempat nak masak, (amboihhh..excited punya pasal, kitorang amik meja masak yang menghadap juri..hambek ko!) dah itu je yang kosong. hehe. Kitorang pun tolonglah keluarkan barang-barang nak masak. Cek2 balik, kut2 ada yang tertinggal ke apa...so clear lah. Maka sharp pukul 9.00 pagi contest pun bermula.

Aku dengan bangganya mengeluarkan beras basmathi nak masak nasi nih, sebelum tu aku dah tumis segala macam benda untuk campur dalam nasi tuh. Aku gerun jugak, sambil basuh2 beras tu, sempat jugak jeling2 contestant sekolah lain. Mak oiii...kecut perut aku tengok resepi diorang...dalam hati aku berkata "Boleh menang ke nih?" hmmm... 

Dah siap menumis, dan basuh beras, time tu menanak nasi lak. Aku tengok bawah meja, berselirat wayar elektrik, aku pun tanpa buang masa terus on switch rice cooker yang dah siap dipasang oleh cikgu aku sebelum tu. "Tap..Tap...Tap...!" ish...apsal tak menyala lak rice cooker ni....jangan spoil kerja aku?..Takkan nak suruh juri rasa nasi mentah kut?.. Aku dah gabra giler dah, contestant lain mula jeling2 kat aku. Member aku 2 org tu, tak dapat nak bantu sebab diorang kena kejar masa siapkan resepi diorang plak, sebab time yang diberi hanya 3 jam sahaja!. 

Inilah jenama dan lebih kurang besaunya rice cooker yang aku dukung tu..hehe

Aslina tanya aku, "Fizah..boleh ke settle problem ni?..." aku dengan paniknya.."Tak pe As, ko masaklah dulu, taulah aku camner nak buat.... 

Hahahaha....ni yang aku nak gelak ni. Tanpa membuang lebih banyak masa membetulkan wayar elektrik yang hampeh tu, aku terus mengangkut rice cooker gedabak tu lari keluar dari tempat contest. Korang mesti nak tahu kan mana aku pergi dengan rice cooker tu?... Hahaha, aku telah mendukung rice cooker tu masuk kedalam sebuah kelas yang bersebelahan tempat pertandingan dijalankan. Mungkin juri ada yang terkejut tengok ada peserta mendukung rice cooker berlari-lari..!!! Dah macam apa ntah. Ada student2 sekolah tu yang menegur aku, aku kata ni resepi baru tau.

Akhirnya masak juga, nasi aku guna elektrik dalam kelas yang tak berkunci tu...Nasib Baikkkk. Cikgu aku pun panik jugak rupanya sebab tak de tempat nak masak nasi. Tapi, disebabkan rules contest cikgu2 tak boleh nak tolong, so, aku dah blajar nak solve problem team aku. 

Keputusan pertandingan amat menggumbirakan hati aku. Team sekolah aku dapat second place. Wang tunai RM5000 dan trofi. Ada hamper Maggi dan cenderamata dari Shell beserta Sijil Penyertaan. Bangganya time tu, dapat salam dengan Chef Florence Tan. ahahah...


Lebih kurang camni lah hamper aku tuh..bendasing2 dalam tu, konfem aku tak tahu guna..hehe pelik2 je nama nya.

Arakianlah citer aku yang sangat panik, lepas ni aku akan lebih berhati-hati memilih tempat untuk join contest..Minggu depannya, dalam Berita Harian ada terpampang nama aku join contest tu...hehe, tapi dah hilang keratan tu. (Dah balik tu baru aku teringat..patutlah tempat team aku memasak tu tak de orang nak pilih..rupanya, elektrik tak hidup!) HAMPEHHH...

Jumaat, 1 Mac 2013

Alkisah: Adoiyaiii..Sultan tanya aku?

          Dah masuk bulan baru ni, korang nak dengar citer best tak?..meh sini, Alkisah lagi, kisah ni terjadi ketika aku berumur 18 tahun. Masa tu aku baru belajar berjauhan dengan keluarga. Aku sambung belajar di sebuah negeri pantai timur. Disebabkan agaknya, aku tak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ni, aku seringkali demam dan sakit kepala. Sampai mak aku kirimkan air penawar untuk aku minum setiap pagi. 

          Di pertengahan semester tu, institusi aku belajar tu anjurkan satu pameran pembelajaran berunsurkan kajian. Aku memang excited take part dalam pameran tu, sebabnya, lecturer aku cakap ada orang besar nak datang nanti. Apalagi, aku dan sorang member lelaki kelas aku buat pameran tentang cuaca. Adalah, model yang kitorang reka, simple jer pun tapi menarik jugak..daripada nak kena bedah katak aku tak nak....hehehe..

            Prepare punya prepare, kami berdua dengan bangganya tulislah nama siapa punya kios pameran. Siapa entah nama budak tu, aku pun tak ingat dah. Banyak makan semut aku nih....hehe..

             Tibalah hari dan waktu yang dinanti-nanti. Aku dah siap gosok baju awal-awal dah....excited nak jumpa Sultan Terengganu. Tiba-tiba tak semena-menanya, aku kena migrain malam tu. Berdengung kepala aku nih, agaknya selalu lambat tido. Dengan sedih giler, aku terpaksa biarkan member team aku yang sorang tu jalankan pameran sorang2 tanpa bantuan aku.

           Maka, sepanjang hari aku just duk dalam hostel jer lah memerap dengan kepala yang tak henti-henti berdenyut2. Hei kepala...kenapalah hari penting ko nak menyakit?...tak boleh ke esok lusa?.... 

            Besoknya, aku pergi kelas dengan muka amat monyok. Aku cepat-cepat cari member team aku tuh. Dia sengih je, tanya aku sebab tak datang semalam. Aku cakap aku migrain. Dia kata, semalam Sultan Mizan datang tengok pameran kita tau...dia sempat baca nama kat kios ada 2 orang, dia tanya "Awak sorang sahaja?, Hafizah mana, kat sini 2 orang nama?" lebih kurang camtulah kawan aku cerita. Peh..walaupun soalan tu pendek, tapi berbunga bila Sultan Mizan yang pernah jadi Raja tanya apasal aku tak datang... Agaknya Sultan Mizan minat kat pameran kitorang kut...hehe. Terima kasih Sultan Mizan, Daulat Tuanku!!!....