Ahad, 17 Februari 2013

Di Kala Malam Bulan Mengambang...

Apa-apa hal sebelum aku ke segmen seterusnya aku nak ucapkan takziah kepada Allahyarham Kuswadinata atas pemergiannya semalam. Al-fatihah...

Hmm...korang mesti pelik kan kenapa aku tiba-tiba aje cerita pasal BULAN MENGAMBANG... jeng,jeng,jeng... Kepelikan itu sangat menggerunkan dan menyeramkan bulu tengkuk, bulu kaki, bahkan rambut juga boleh tegak berdiri kalau nampak itu "BENDA" ..bukan HANTU, dan sekutunya...tapi dia adalah U.L.A.R S.A.W.A... ya ULAR SAWA!!!..

Adusss...masuk 2 malam sebelum ni dah dua kali aku nampak jejak susur ular tu kat depan rumah aku nih...aka rumah mertua daa..Memang semak samun tebal depan rumah ni, dulunya masa aku memula kawen depan ni, pokok getah, alih2 ditebang, konon nak buat tapak perumahan, tapi dah masuk 4 tahun terbior gitu aje... Dah tak heran lah, benda menyusur tu dah tunjuk diri.. tapi, aku tak pernah nampak lagi, cuma kesan susur je atas jalan tar, jejak nya agak melekit dan berlendir, kalau dah siang terik pun, tak kering2 jugak. Cantik aje coraknya zig-zag..


Inilah lopak air yang dipercayai telah dilanggar oleh ular tersebut.
Cuba korang tengok dia punya corak menyusur tu, cantikkan?..saiznya besar jugak..

Mulanya, my Mr Suami yang baru balik dari kerja merepair pukul 1.00 pagi terlajak sampai rumah pukul 3 pagi, aku pun heran pasal dia pegi merepair tu rumah sebelah aje..adalah dalam jarak 25 meter jaraknya.. Aku tido mampus lak, tak dengar bunyi henpon panggil, tu yang dia takut nak balik naik motor masuk rumah. Jiran kami tahan jangan balikdulu, sebab jejak ular tu masih baru lagi. Bau pun tak hilang lagi.

Sampai aje kat rumah, menggelabah suami aku mengejutkan suruh bangun tido, jangan bagi anak-anak aku keluar main kat luar esoknya. aku ingat dia kena kejar hantu. pucat lesi!. Aku ni jenis susah nak percaya kalau tak tengok dengan mata kepala aku sendiri. Maka, aku pun minta naik keta nak snap gambar jejak tu konon nak tunjuk kat mak mertua aku.


Ni plak, pandangan dari jauh untuk dapatkan jalur zig-zag dengan lebih jelas lagi.. Aku tak berani nak snap banyak-banyak..almaklumlah, pukul 3 pagi kan, dahtu, dalam keta bukak tingkap kecik jer muat-muat hulur kamera...(ni pun tengah snap ni berteman dengan member suami aku) ahaha..

Dia cakap, jejak tu menghala ke rumah jiran dia, (dah macam Detektif Conan lak pagi buta tu)... hehehe..Seram mula naik ke tengkuk, bila dah ternampak jejak tersebut..PERGH!!! memang terbaeekk lah dia punya saiz.

Kena selang 4 malam, jejak itu ada balik, kali ni betul2 depan pintu pagar rumah aku.. Lagi lah ketar lutut aku. Sebabnya, aku ni jenis suka sidai baju pukul 6 pagi kat luar. Aku & Mr Suamijumpa jejaktu dalam pukul 1.30 pagi time nak hantar anak aku yang bongsu pegi hospital amik ubat. Dalam OTW tu kitorang pun singgah lah kat JPAM nak repot. Adehhh...diorang cakap kat aku, "Kalau akak dah jumpa nanti ular tu, telefon kami kat sini..nombor nya *********..." Ishh..kalau dah nampak, belum sempat telefon, ular tu dah hilang masuk semak...HMMMM alahaiiii... Ni mak mertua aku nak tabur belerang katanya, takut jugak..anak2 aku masih kecik lagi.

Ular tu pun, nampak gayanya, macam bertambah aktif mencari mangsa, aku takut ular tu tengah bertelur je dan bersarang kat semak depan rumah... Kata kawan suami aku, ikut hati dia NAK BAKOR AJEE semak tu...BUAT MASALAH BETULLLL...

P/S : Jiwaku dalam ketakutan... +_+


Jumaat, 1 Februari 2013

Kisah Anak Beranak kaum Artis

Salam pagi Jumaat semua...1 Malaysia yeah...hehe Pergh nampak bersemangat aku hari nih..mmg dasar org suka cuti Sabtu Ahad..(tak tahu esok & lusa lagi banyak keja nak buat kat rumah).

Agaknya semua pembaca dah tahu pasal kisah anak beranak sorang artis ni..hmm Shila, Sharnaaz & ND Lala. Aku tergerak hati nak komen pasal konflik ni sebabnya melibatkan kekeluargaan di situ..chewah macam ceramah agama lak..hehe!.. 

You know..kalau ayah kandung sendiri dah masuk campur hal percintaan yang dianggap diagung2kan oleh Sharnaaz terhadap Shila ( selepas mendakwa Shila ialah "bakal isteri") membuatkan bapa artis tu ND Lala, memberi kata dua..kata tiga dan kata empat....hambek ko Sharnaaz. Tulah bak kata ND Lala Sharnaaz ni "biadap" dah ayah si Shila tu hidup lagi berani mati bagi statement..Are you really sure ke Sharnaaz?. Ha ni aku bagi pautan artikel semalam Sharnaaz "biadap" 

ND Lala...Bapa kandung Shila Hamzah

teringat plak lagu Ana Rafali : Kalau Berpacaran, jangan tunggu lama-lama, kalau dah berkenan JUMPALAH AYAH DAN MAMA... hehe kenakan?..

Tapi, hari ni plak, aku baca Sharnaaz seakan membela diri?..ni kalo buat felem panggung dolu2 ni best gak..tajuknya "Bakal Bapa Mertuaku" ... Okey, kat sini plak kita dengar statement dari Sharnaaz sendiri.. 
Statement Sharnaaz ..bila aku dah teliti balik kedua-dua kisah kat atas ni, aku tahu mereka mampu berbaik-baik, cuma kedua-duanya punya cara dan identiti budaya yang tersendiri. Mungkin cara keluarga Shila, mahukan adat secara rasmi berbincang antara 2 buah keluarga, ada merisik, ada gelak tawa, ada usik mengusik...hehehe..tapi yang Sharnaaz pulak nampak macam benda-benda ini semua seakan remeh, adat melayu tu jatuh nombor dua, yang penting dia nak satu Malasia tahu Shila tu dia yang punya. Malunya Akuuuu!!!. 

Yelah, anak muda kena bagi tunjuk ajar yang betul. apa yang boleh, apa yang tak boleh, lagi-lagi melibatkan maruah keluarga..mak, ayah dan adik-beradik turut sama terpalit malunya. 

So, sekianlah, ceramah artis dari aku yang bukan dari golongan artis..artis tu pun macam kita jugak yang tak fofular nih...Kahwin tu kan benda yang besar dan berat tanggungjawabnya..jangan buat main-main. Silap langkah, diri sendiri yang merana. kalau sehari dua tak pe, kalau bertahun-tahun?..aper cer.. babai... cayang korang!