Selasa, 18 Februari 2014


CERITA-CERITI-CERITU-CERITO AKU 2014

Assalamualaikum...semua kwn2 blogger ku yg teramat2-amaaatttt aku sayang.. aku terlupa, aku ade satu lagi rumah kat alam maya ni..kesian dah lama tak datang kemas. setahun dah aku tak datang2 rasanya, nak kata keja banyak, mmg tiap2 hari aku kena keja pun, sampai pencen pun tak abis2...sebenarnya bukan tak suka berblogger, tapi setiap gambar yg berkait dgn entri tak dpt nak masukkan sbb henpon tak de kabel, pc lak x de bluetooth...adesss!!!

Mesti la boring baca cerita tak de gambar betul tak?.. untuk tahun 2014 ni, hidup aku sikit berubah, Hannah dah masuk darjah 1, suka tengok dia rajin improve diri dia dari semasa ke semasa mungkin dia anak sulong kut... tak takut nak bertanya, cuma yg aku risau penyakit anemia dia susah nak nampak perkembangan positif lah, dah memacam aku buat, app klinik, makan bayam, makan hati ayam dia tak nak lak, bagi bayam pun tak suka, alih2 aku belikan dia Junior Gold, ok lah skit dia bleh telan... 

Hakim lak, aku decide masukkan dia prasekolah even dia baru 5 tahun... aku tak nak dia rasa sunyi sbb kakak dia tak de kat rumah, tetiap hari petang baru dpt jumpa kakak dia. bosan tgok hidup dia. tertekan plak nanti sbb tak de geng. Jadi, bila dia bersekolah ni, harapan aku dia dapat belajar berkawan dan belajar sikit2... Tapi, ada juga yg aku risau dgn dia ni, sbb dah mula nampak dia jadi malas nak sekolah. Bila aku tanya, dia kata takut cikgu marah. Pernah 2 kali aku call cikgu tanya sebab apa dia takut camtu, aku takut dia kena buli dgn kawan2 yg lagi besar dari dia...ataupun, cikgu selalu marah dia. Memang aku akui, Hakim budak yg agresif kat rumah, tapi hati dia cepat terasa kalo org marah dia. 

Hayfa lak, anak aku yang bongsu ni manja bukan lagi. Dah nak masuk 3 tahun, tahun 2014 ni tapi masih lagi tak berhenti breast-feed. Entah cara apa lagi aku nak buat. Sorang kawan aku cadangkan sapu dengan jadam yg larut dlm air suam, then sapukan. Rasanya memang giler pahit, aku tanya kawan aku dia pun tak sanggup nak buat sebab tak sampai hati..hehehe

Tahun 2014 ni, ade lah jugak buat keja sampingan bisnes kecik2 anak jer..bukan bisnes jual anak ok...hehe Baru je nak menceburi bidang bisnes gatal2 ni..nak tahu bisnes apa?.. Bisnes doorgift.. So far sambutan ok2 jer, rasa mcm nak pergi jauh lagi, sayang lak hobi ditinggalkan. Ha...sekarang pun aku ada bela anak kucing, Putih nama dia. Dia datang mmg misteri, pukul 1 pagi tengah lepak2 depan rumah, tetiba dia ngiau2 dtg kat aku. Puas aku halau, dia mcm takut nak jauh dari aku. Tak sampai hati lak, bela jerlah, bukan susah pun. Yang susahnya, askar aku 3 org tu, nak control dan bergaduh sbb tak dpt pegang kucing. Memang keturunan aku giler kucing, pak & mak sedara, sepupu sepapat semua giler ngan kucing. 

Sekarang ni, hidup aku pun sibuk dgn Wassap, sana sini asyik Wasap, memula tu mmg rimas, sikit2 bunyi, sikit2 bunyi lagi..tapi biler dah ade Group keluarga sendiri, terasa mcm amat penting lak nak tahu berita terkini keluarga besar, dari pak&mak sedara, sampailah ke cucu-cicitnya...huhu...

1hb Feb hari tu, mak dan ayah mentua ku selamat ke Tanah Suci Mekah mengerjakan Umrah, alhamdulillah, 12hb dah balik sini, tapi mcm nak patah pinggang menunggu kat Balai Ketibaan Antarabangsa dari pukul 7.30pagi sampai 10.30 pagi baru muncul muka diorang..lamanya...huhu Adalah demam dan batuk2 sampai hari ni pun masih ada lagi. 

Ok, citer pasal kawin lak, tahun lepas bulan 10, adik aku yang ketiga dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya dari Kedah mai tuh...hehe, tengok gaya, bleh masuk lah perangainya dengan keluarga aku yg sempoi ni. Skang dah pregnant pun masuk 4 bulan, yang kelakarnya adik aku yang no2 pun ambil berkat pregnant sama, due pun sebelah2 jer tarikhnya..jadi ada 2 org mak buyong. Dapat lah aku 2 org anak buah tahun ni. hehe Adik ipar aku yang no 4 pun dah mengikat tali pertunangan bulan 12 tahun lepas. 

Ade jugak lah, cerita tak sedap didengar,...tahun lepas mak mentua aku disahkan leukimia. Memang teruk sikit lah hidup masing2 time tu, dan mungkin sebab tu jugaklah, blog ni jarang diupdate. Rumah pun tunggang-langgang. Memang kejap sangat penyakit tu dtg, mcm tak percaya. Tapi nasib baiklah cepat tahu, mak mentua selalu demam sampai sebulan tak elok2. Rupa2nya ade penyakit leukimia. Sekarang dia ambil ubat khas, tak buat kemo tapi effectnya tak sampai setengah jam makan ubat tu, muntah teruk dan rasa seram sejuk....

Adik ipar yang last pun dah sambung study kat Russia, ambil medic nak ikut macam kakak dia jugak. Bagus jugak doktor ramai ni, bleh bukak hospital kat rumah..hehehe

Hmm..setakat ni jelah yang aku sempat share ngan korang semua. Nanti kalo ade citer best aku kongsi lagi. Orang sebelah2 ni pun dah start jeling2 dah ni, aku ni sibuk semacam jer...keyboard asyik tup tap tup tap je dari tadi...TAK KUASA AKAKKK!!! bye2 sayang2 semua....